Isnin, 26 Disember 2011

nak tukar rupe


Bila ye nak tukar rupe blog aku ni? Tadi menjengah blog makbed ni..kemain cantik ye dia ubah muka blog dia..ada kambin lagi..huhu

Aku nka tukar gek ler..tapi aku ingat nka tukar bekground ghope aku yang tembam ni..bulehh??muahahahaha

Awat cuti ni lama sangat..

Bosan giler aku cuti-cuti ni. Kemain panjang cuti kali ni.AKhir tahun je cuti panjang.Kalau la laling aku ni free tak sibuk macam menteri pertanian Uganda mesti kami sudah berjalan tak hengat.Tapi aku dah anak-anak maseh disini..duk umah layan blues..huhu

Aku lak bawak balik keje kononnya nak buat sepanjang masa cuti ni la tapi iye la..sampai kesudah la keje tuh macam mana dari hambek kat opis sampai la aku balik semula ke opis.Same je kot?hehehe..tak la. Aku ingt lepas setel hapdet blog ni aku nak buat keje ni la..bukan susah mana pun.maleh je lebih.

Anak-anak dara aku ni kalau dah berjumpa..jangan cite la 'meriahnya'.Yang si adek kalau tak 'menyanyi' untuk seminit bukan dia la. Yang si kakak kekal la dengan 'kebrutalan' dia. Si brutal 'belasah' si lembut..bayangkan la camne ghopenya rumah aku.Macam beranak 10 la rumah ni..hehehe. Anak aku si kakak ni walaupun dia brutal tapi sebenarnya dia manja. Aku nak kene pujuk dia lebih dari adik dia.Kirenya si kakak ni brutal tapi manja la..macam penah aku dengar je ayat ni...huhu

Ehh..panjang la pulak aku merapu ye? Ok im done.Aku nak siapkan keje ni..Chiaow!

Khamis, 22 Disember 2011

Perasaan aku

Tajuknye kemain!hehehe...sebenarnya aku nak cite yang malam tadi pukui 2300 aku telah merasa lapar lalu membaham nasi sepinggan bersama ayam panggang dan ulaman yang disonglap dari opis semalam. Dipadankan pulak dengan sambal tempoyak..perghhh...ayaq liuq meleleh nih! Sangat sedap kengkawan!

Semenjak aku positif berbadan 2 ni tetiba selera makan aku makin menjadi-jadi.My laling cakap badan aku dah sama besar dengan peti ais kat umah.See....sangat sweet ayat laling aku kan?huhuhu. Tapi siriesly memang aku cepat merasa lapar sekarang. Bukan lapar skit-skit ye puan-puan. Lapar yang melampau macam 1 hari tak penah makan.Hambek ko!Dah 2 tahun aku berpantang nasi (la sangat) tapi sekarang nasi adalah peberet nombor 1 aku.Oleh kerana aku lama sangat berpantang dari makan banyak mende jadi kali ni aku adalah orang yang sangat pantang..pantang melihat mende makan.Semua aku sebat!Balas dendam sungguh aku.

Dan sekarang hampir pukul 6 pagi..aku lapar la pulak. Sesi awal pagi pada hari ni.Baguskan?hahahaha

Nak tapi tak boleh - dan skit je

Dalam hidup ni kita kene faham..tak semua perkara, cite, kesah atau apa saja yang kita boleh cita atau luah. Nak cite kene tengok kat mana kita nak salurkan cite tuh dan pada sapa la pulak yang kita cite dan tentu adakah ianya berkaitan dengan orang tertentu. Kalau ada brani cite la kat dalam blog ni tapi bagi aku takde la aku nak bercite semua dalam blog aku ni. Ok ler aku tau memang takde orang yang melawat blog aku tapi kot ada lak yang terbaca dan kene pulak atau ada bau-bau taik dengan kesah idup orang memane..tak ke naye weh? Naya ke aku ler kene sembur, kene bambu atau paling teruk disula-teruk tuh??..haru dak?

Macam malam ni..aku ade mende yang dah terbuku lamaaa dalam hati aku ni tapi aku tak boleh nka luah kat sini. Aku risau kot ada yang terguris hati sesapa walaupun hati aku telah terguris dengan sesetengah orang. Senang kan? memikirkan perasaan orang lain la sangat janji tak dapat musuh. Baik sangat ke aku ni sampai memikirkan kan sangat perasaan orang?ke bodoh sebab tak berani nak crite?Ntah la...yang pasti pada masa ni aku sangat memikirkan perasaan orang yang mungkin akan terasa dengan luahan aku.

Meh la aku cite skit mende yang aku merapu ni. Aku marah bila orang mempermainkan perasaan aku. Aku bukan budak-budak yang baru abih sekolah. Aku ingat setiap butir ayat kata yang ditujukan pada aku. Itu dulu tapi bila sekarang ni baca statement kat situ aku betul-betul terasa hati, marah sampai nak lempang-lempang sebab perasaan aku selama ni telah diperkotak-katikkan. Mudahkan berkata-kata...susun ayat secantek mungkin dan layannn. Dan aku la yang bodohnya sebab kesannya sampai sekarang aku yang terasa kesannya. Manusia..mudah sangat lupa kan..mudah lupa. Hampir saja aku hanyut dan sipi lagi aku kehilangan segala disebabkan perasaan ni.

Tapi Allah itu Maha Kuasa. Kita yang manusia ni je lalai. Seolah hidup ni kita sendiri yang catur padahal semua sudah diatur olehNya sejak belum dilahirkan lagi. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku sangat pasti semua itu dan aku juga percayakan hukum karma. What u giv u get back. Akhir aku nak cakap..dikurniakan apa yang aku ada sekarang membuatkan aku patut menghargainya selagi boleh sebab semua ni hanya pinjaman. Pasti akan ditarik oleh Nya bila tiba masanya. Moga aku tidak lagi lalai. Moga aku akan jadi manusia yang lebih menghargai apa yang didepan mata aku. Moga semua bisa memaaf dan menerima aku seadanya sebab aku sedang berusaha untuk melakukan perkara yang sama terhadap kamu semua.

p/s : bisa mengurangkan berat dalam hati aku?
aku jawap ' alhamdulillah...lapang la skit'

Rabu, 21 Disember 2011

Dari aku



Adakah clear pada pandangan korang hape mende alah setan ni?

Tapi kalau aku nak korang tengok secara menjauh dan besar gambornya..dah boleh agak kan??

(


)


(


)


(


)


(


)


(


)


(


)





IYEEE!!ni la mende alah setan tuh. Pregnancy test. Diumumkan penulis blog ni disahkan peknen anak ke3 dowwhh..ALhamdulillah. Dalam pada aku sebuk berstudy untuk exam tuh kan sempat lagi memproses anak ye..eehhh...kalau tolak permintaan suami..derhaka..kene laknat! Tapi dah memang dalam perancangan kami sefamili untuk member adek kepada Sumaiyyah dan Sukainah dalam masa terdekat ni.

Tapi berapa bulan dah usia kandungan aku ni? Minta mahap aku tak tau sebab aku langsung tak hengat bila terakhir MIss P aku mai melawat aku...bulehh??
Muahahaha

Owhhh!!!



Aku sangat marah dengan line beruk selkom aku ni. Lembappp!!padahal aku duk tengah bandor ni!bukan aku duk ulu banat mana pun!Sangat tidak puas hati.

Aku tak tau la adakah masalahnya dengan leptop aku yang seusia makcik ketua kampung ni atau memang line selkom ni yang macam beruk nak panjat pokok (tapi derang itu panjat laju..salahkan selkom ma*&*^&*kuk ni).



Khamis, 15 Disember 2011

Asyik menyinggah je..

Ni dia..tuan nyer blog dah mai selepas bertahun-tahun tak hapdet.Baguih tui kan ka (pinjam sat trademark hang naa..).Bila aku tengok balik dari 28 Oktober last aku menulis dalam blog ni..kemain lamanya wehh!! Ni nak exam nyer hal la ni. Ok cakap pasai exam ni dalam entry yang lepas-lepas kan..semalam 14 Disember 2011 adalah kertas akhir aku..kertas BM 1.Perghhh....memang mencabar minda dan menggoncang buah jantung aku ni ha...maklum ler orang belajar last minit ni..

Sepanjang masa bermula dengan tarikh aku dapat jadual exam tuh aku dah stat study (la sangat..huhu) untuk exam ni. Naseb ler aku ada akak ipar yang keje cekgu kat Terengganu tuh maka dia menasihatkan aku study menjawap semua soalan percubaan stpm 2011 seluruh Malaysia. Haa...kaooo!!1 negara nyer paper aku print...naseb ler zaman dah maju ni..xde la aku nka kene cari kengkawang baru dikalangan cekgu seluruh negara nak dapat soalan. Taip dalam google then terus print out. Mudah dehh?

Alhamdulillah aku dikurniakan kawan sekerja yang sangat membantu. Dari segi pegawai penyelia aku..dia memberi kelepasan kepada aku untuk duduk study di library. Apa-apa hal dia tepon aku. Terima kaseh semua. Aku berserah dan bertawakal pada Allah sepanjang masa exam.

Doa dan tawakal la aku pada Dia moga apa yang aku study kuar la dalam soalan exam. Allah Maha Besar! Alhamdulillah ada juga soalan yang aku sempat study subuh spie sebelum exam kuar tapi boleh jawap tak ko kakchik??Alhamdulillah bulehh! walaupun dah lama tak mempraktikkan kelebihan merapu aku ni..huhu.

Ape pun aku kene tunggu bulan 3 tahun depan ler nak tau resultnya. Aku malu nka berdoa meminta kejayaan atas usaha aku yang sedikit ni tapi Allah Maha Mengetahui. Hanya Dia yang boleh merubah segalanya kan..kalau aku gagal pun aku redha dan aku bersedia untuk duduki peperiksaan tuh semula tapi kalau lulus..ALHAMDULILLAHHH!! err...korang kengkawan aku yang baek hati yang membaca blog aku ni tolong la mendoakan kejayaan aku ni ye..hehehe..luv la fren.


Jumaat, 28 Oktober 2011

tak sompek..

Kiranya kali ni aku datang semula hanya untuk buang habuk, sawang semua yang bertakhta di blog aku ni. Kemain banyak ehh! untuk ayat klisenya tak sempat la aku nak menulis dalam blog ni. Aku kan sekarang tengah sibuk dengan exam ni.

Bercerita pasai exam ni, terus terang dengan jujurnya aku merasakan yang aku tidak akan lulus.Bukan sebab aku tulis menunjukkan aku ni tak yakin tapi aku tau la kemampuan diri aku ni bila masuk bab belajar ni. Kalau tak lama dah aku ada degree aeroangkasa (tipu okeyh!). sedangkan dulu aku belajar dari lower 6 sampai ke upper 6 pun aku tak mampu dapat sijil penuh apa lagi dalam keadaan aku belajar sebulan setengah. Ada orang kata STP ni antara exam yang paling susah di Malaysia..iye ke? kalau tak belajar tapi nak ambik memang la jadi antara exam yang terpayah di antara payah...ehh...mampu pulak aku menaip tanpa memandang keyboard ye..(hasil lama chatting ni..huhu)

Tapi bila dah masa belajar pun tak banyak..maka like it o not aku kene hadapi ler exam. Takpe la..ibarat kata kawan aku...dapat pengalaman menjawap soalan stpm. Nak sedapkan hati aku la tuh tapi ok la..boleh la..tq fren

Tapi lagi sadisnya petang tadi kat opis aku dapat email...exam KPSL pulak. Periksa naek pangkat dowwhh yang bakal kali ketiga aku hambek.Boleh? Yang menjadi msalah problemnya ialah tarikh KPSL tuh sama dengan tarikh paper second last aku stp aku. Macam takde rezeki ler aku nak ambek KPSL tuh. Takpe la..takde rezki...memang aku tak sempat nak ambek pun..emm...bukan rezki aku..huhu.

Ape pun aku mengharapkan doa hb, famili dan kawan-kawan semua agar aku dapat menjawap soalan STP nanti dan moga-moga aku tak antar ler kertas bertulis nama aku je....aku berdoa, bermohon moga semua tuh tak terjadi..

Ahad, 16 Oktober 2011

1 tempat, 1 masa 2 kejadian berbeza (sila buka zip seluar anda)

Fuhh..fuhh...kemain banyak sawang dan habuk kat blog ni ye. Alahai..blog ibu sayang,ibu tak sempat la nak jenguk2 kamu..bizi bangett!Ibu bizi mengejar cita-cita ibu. Ni ibu ada cerita ni skit..errr..ape hal aku beribu bapa ni? Uhh..cite mudah..buang tebiattt!!huhu

Aku bukan nak gelakkan orang jauh sekali nak memperlekehkan maruah orang. Tapi apa yang aku dan laki aku nampak memang sesuatu yang lawak dan memang tak boleh diterima akal langsung. Tapi ape2 hal aku gelak dulu ye....muahahaha

Kejadian ni dah 2 minggu berlaku. Masa tuh hb aku datang ke Bangi. So kami seperti biase memang akan makan kat luar la. Dan tempatnye seperti biase adalah di Medan Selera Sg Ramal..Sate Willy. Tapi sebelum tuh aku kene pegi jemput hb aku ni kat Ampangan, NS. Tu dia aihh...kemain jauhnya. Aku malas nak balik ke Bahau sebab memikirkan esok nak kene balik pagi-pagi dengan anak-anak..letih la.

Seperti biasa kami pilih highway LEKAS untuk nak lekas sampai Bangi. Err..ke Sg Ramal benarnya sebab sate Willy tuh dah nampak melambai-lambai...tunggu ye..Sebelum sampai ke Sg Ramal tuh kami kene lalu tol RM 1 mendekenamatol tuh..lupo! kete tak la banyak Q tapi terkawal la. Sebelum 1 kete je lagi nak lepas untuk ke turn kami..tetibe aku terpandang kete yang tol sebelah.Macam kete lama la jugak brand Nissan hape ntah Derang tengah nak bayar tapi tiba-tiba kuar lak pesengger sebelah. Yang tak tahan tuh member tuh pakai kain pelekat doowhhh...rupenye kete derang enjin dah x power. Terus kete tu majuk tak nak jalan..sian tui. AKu rasa faktor umur kete tuh kot dia jadi lagu tuh. Terus ler member tuh menolak kete tuh ke tepi. Tak tahu la apa dia rasa tapi yang pasti malu tahap 10 kot..aduaaiii...klau aku pun..

Yang lagi bestnye..kete yang kat depan aku ni pun buat lawak jugak.Member pakai kete kebal. tau la cermin tingkap tuh tak berfangsi tapi takkan la sampai nak kluar tarik cermin tingkap tuh kot?hahaha..lawak ler lu bro!Aduhhh....macam-macam la. Tapi bagi aku dah cermin tuh tak boleh nka tutup..bior ke je ler..ape hal nak susah payah? bukan ujan pun dak..


Jumaat, 7 Oktober 2011

Wanita dan air mata

Gugel pasai tajuk ni ghopenya dah ramai yang buat tajuk ni. Tapi mostly adalah kaum hawa. Biase la kan...pompuan dengan air mata MEMANG tidak boleh dipisahkan. Aku pun pelik. Knape ye mudah benar air mata ni kuar?

Sebelum aku kawen, aku sangat susah nka kuarkan air mata. Kalau tengok mak menangis-nangis tengok drama melayu atau hindustan sampai kuar air mata aku yang pertama akan gelak..kuang..kuang..kuang...bagi satu tindakan yang memang tak rasional. CIte je pun..bukan betul. Kalau aku dalam kesakitan, aku tak penah menangis. Malah aku pujuk hati supaya bertahan dengan dugaan yang Allah berikan. Padahal aku penah mengalami kemalangan yang terdasyat la orang kampung aku kata tapi maseh lagi aku boleh berjalan tanpa ketahui kaki yang selisih tulangnya hanya untuk mencari telefon awam. Untuk mengkhabarkan pada mak yang aku dan adek aku kecelakaan.Pun susah untuk air mata aku mengalir.

Ketika aku mula bekerja di sebuah jabatan kerajaan, aku telah difitnah oleh seorang pegawai. Dia menfitnah aku sampai sanggup berjumpa dengan sedara aku di tingkat bawah (aku di tingkat 7 sedara aku di tingkat 2) hanya untuk menceritakan keburukan aku. SUdahnya aku mohon cuti sebulan tanpa gaji atas alasan menjaga ayah sakit. Pun aku tak menangis cumanya aku tensen bila diperlakukan begitu padahal aku tak penah pun bercakap dengan dia.

Tapi semuanya berubah bila aku berkahwin. Aku menjadi seorang yang sangat sensitif. SANGAT-SANGAT SENSITIF! aku sudah terikut dengan mak..pantang tengok drama ke, hindustan ke, bila laki aku tak sensitif dengan aku ke, aku mudah sekali menangis.AKu akan menangis semahu hati aku sampai aku rasa air dalam badan aku dah kurang..muahahaha...teruk tui!

Skang dah ada anak..lagi la..asal anak buat hal je aku pun nangis. Skit-skit nanges. Haisshh macam Neng Yatimah jr lak aku. Belum hal aku dengan laki aku lagi.Lagi la senang mengalir hujan air mata aku ni. Aku mencik tau sebab ni bermakna aku adalah seorang yang lemah. Menangis bagi aku adalah petunjuk aku adalah seorang yang lemah. Urghhhh!!

Dan masa ni aku pun tengah nangis. Sebab? Yang sangat tak munasabah kerana aku tak boleh buat selesaikan masalah kira-kira stpm nih. Aduhhh...tensi tui~!Sudahnya dengan sikap aku yang suka nanges, tensen n stress semua ni aku pun kurus mendadak.Hambek!nak sangat kurus..terus jatuh merudum berat tapi belum ler tahap model tuh. Tahap model saiz M je..
Emm...ntahapehape aku membebel ni...

Anak dara saya yang sangat mesra jiran..

Anak-anak dara aku ni semua nya sangat peramah. Semua orang yang derang baru kenai semuanya selamber ditegur..macam dah lama kenai je. JIran jemiran ape tah lagi..anak-anak aku..muahahaha

Satu pagi yang baru saje berlalu..anak-anak aku ni menegur jiran sebelah umah aku ni. Memula si adek yang 'hai' dengan auntie aniz tuh. Lepas tuh si kakak lak. Bab si kakak ni yang buat auntie aniz dia tak lena tido kot..

Adek : haiii
Kakak : cantik baju...

hahahahaha...rezki kamu la aniz...pagi-pagi dapat pujian ikhlas dari budak kecik...

Rabu, 5 Oktober 2011

Isnin, 3 Oktober 2011

Akhirnya aku disini..



Disini di mana? di tempat duduk aku ni dan menghapdet blog aku. Al kesahnya disebabkan aku patutnya berada di perpustakaan waktu untuk mengulangkaji segala soalan percubaan tapi aku jadi macam tensi la pulak. Asyik jawap soalan matematik yang tak penahnya dapat jawapan. Last-last aku berguru dengan adek aku yang kat Perlis tuh. Boleh la tolong aku selesai 2 soalan. Memang aku lembap la.Aku dah lama tak belajarkan. Dulu tuh ade cekgu yang ajar..senang ler skit. Skang semua atas kaki sendiri. Terbeban den!

Dan skang aku amat tensi sekali bila aku tak boleh menjawap soalan berkaitan angka-angka ni. Dah la banyak paper lagi aku tak cover. Rasa amat terbeban. Skit lagi aku rasa macam tka nak ambik je exam ni. Aku pun dah nampak tangga ke universiti pun dah jauhhhh sangat. Macam takde harapan je aku nak pegang ijazah tuh. Emmm...stupido i am.

Tapi aku tau semua ni takkan berlaku tanpa izinNya. AKu redha dengan apa saje resultnya. Doa aku moga aku tak gabra on tat day dan aku tak bagi kertas jawapan kosong. AMin.

* aku ketika tak boleh jawap soalan..tensenn!!!

Terbaru pasai aku...

Senin baru (26 Sept) aku dapat mende alah ni atas meja aku. Aku penah merepotkan dalam entri ni pasai ni . Lepas tuh aku penah le mengechek brapa kali ntah kat web MPM ni pasai status aku. Dikatanya takde dalam sistem. Giler frustt aku pasai aku dah yakin bangat nka sambung blajar nih. Akhirnya aku ambik keputusan redha saje aku tak ambik exam ini tahun tapi akan ambik tahun depan. ALih-alih datang surat ni. Lerr...lupa nka habaq mai...dalam sampul ni adalah jadual exam STPM untuk 2011. Makno eh aku adalah salah seorang calon untuk exam ni.

Selama ni aku telah salah masuk sistem yang menyebabkan aku berubah fikiran. Jahat tau! Tapi yang lagi sadisnya dari hari jadual ni mai bermakna aku hanya mempunyai masa lebih kurang 1 setengah bulan untuk belajar. Nak kene cover untuk 5 subjek dowwhhh..giler aahhh!! La ni efek pada diri aku ialah aku tak lalu nak makan bile ngingatkan exam ni. Makin dekat hari, makin aku blajar makin ler aku tak boleh nka sumbat makanan. Bagus tak?KUrus? Memang suka kalau boleh kurus. Tapi kalau gol terus? NAUZUBILLAHHH!! moga Dia akan beri aku kesempatan untuk menduduki exam ni.

Tapi kenapa aku maseh ada masa untuk hapdet blog ni? Sebab aku nka luahkan kat sini apa aku rasa. Aku rasa macam aku boleh buat. AKu harapa Dia luaskan kepala otak aku untuk terima apa aku blajar dan moga apa yang aku blajr sedikit sebanyak kuor ler dalam exam tuh nanti.Amin..amin....Naseb ler aku dikelilingi kengkawang yang memahami. ADa yang bagi sokongan untuk aku terus je ambik exam tapi ada juga yang kata aku buang masa. Ahh...pedulik kan! bagi aku ini yang aku nak so must face it. Mesti..insyaallah..Aku perlukan bantuan dari Mu Ya Allah..

Khamis, 29 September 2011

Rindu x?

Me n the geng selamat kembali ke INFRA dari kuantan at 1700hrs. Ikut Opis hour tui.Bukan apa...senang nka pulang barang. Banyak sangat barang terutama beg peserta. Bayangkan je la...aku bawak untuk 110 orang peserta siap extra 10 lagi tapi yang datang hanya 42 orang. Last sekali abih kursus aku sedekah je ler sebanyak mungkin pada makcik-makcik, pakcik-pakcik dan abang-abang sana. Seronok ler derang dapat beg tambahan. Siap mintak untuk JKKK yang tak datang tuh. Bagus tui.,muahahaha..rezki kamu ler.

Dari segi diet aku lak.Mati-mati aku hengat bila x ambik nasi, makan lauk berat akan menten. Tapi idokk. Berat menaik ghopenye. Ntah mana silap pun tak tau la.Tensi tui aku. Padahal menum air kosong pun banyak jugak tap still x turun. Oo lahai...lupa nka bagitau, kami melepak kat Hotel Grand Continental Kuantan, dok depan je dengan Kuantan Parade. Nothng great about Kuantan. everything is expensive. Sangat tidak berbaloi. Aku rasa dia kira dengan duit minyak dan duit tol sekali ler.Bayangkan extension wire yang 4 bradek tuh leh juai rm 26 kat Giant n jenama Giant. Tak berbaloi kan. Padahal aku beli kat Warta Bangi baru je belas2 something.Gilo!So aku nka nasehatkan pada kengkawan yang nka pegi Kuantan dan teringin nka beli baju ke atau sebarang souvenir dari kuantan beli je kat KL. Lagi giler murah. Betull!!
.
Esok keje, lepas keje aku nka terus balik ke kampung nak ambk adek. Rindu giler kat adek. Apa la kabar dia...tadi tepon tak hangkat..rindu kakak n adek..tunggu ibu okeh..

Selasa, 27 September 2011

KUANTANN>>>WAIT FOR ME OKEHH

Esok aku akan ke Kuantan. Keje ler yop. So ada sesapa behajat nak jimba-jimba dengan aku kat sana? leh le ye..huhu

Doakan perjalanan kami selamat..aminn

Anakk ibuuuu (slot meroyan)

Opis buat jamuan raya. Seperti biasa semua staf akan terlibat untuk mewujudkan stall so tema stall kali ni ialah Gerai Negeri. Stall terbahagi pada 4 ikut zon, zon utara, timur, selatan, sabah sarawak. Negeri Sembilan bersatu dengan Johor, Selangor, KL dan Melaka. Tugas cik kiah adalah sebagai tukang sebuk untuk siapkan rondang ayam. Den tolong kacau je. Mende dah siap. Rondang maman yo. Tak main ler rondang ayam beso2 ni. Bohsan.
Gerai aku buat masak sambal jawa, pecal, lomang, rendang ayam dan daging, kuah lodeh, nasi impit, kuah kacang, kek dan macam-macam la yang aku maleh nka tulih. Konsep gerai kami ialah 'Bumbung MInang, Tingkap Selangor, Beranda Johor, Tanggo Melaka'. Tapi aku tengok bumbung nya dah macam bumbung yang baru lepas serang tsunami je ha...hahahaha...tapi atas usaha kami semua stal kami mendapat tempat ke tiga dari 4 gerai. Buleh la ye..hemper besar tuhh!!

Tapi seperti biase takde gambor yek. AKu pun ngarap orang yang mana-mana sudi ngambik gambor aku..hahaha

Tapi aku makan beringat ye. Serpraiss!! aku makan tak banyak. Maseh bejaya memaintainkan berat badan aku..hooyeehhhh!!benarnya tak brapa nak selera makan sebab teringatkan anak-anak aku. Tak Tegamak doowwhh nak makan. Mitali aku kan?bling--bling--

Mende la anak-anak aku makan skang...rindu la ibu kat kamu.Ibu balik umah tadi kemain lama ibu betapa kat bawah, dalam kete..bosan nka balik umah. Abih..kamu berdua takde. Tak dapat la ibu melatih tekak ibu untuk bersuara key tinggi..hhmm...apa ibu melalut nih??



Jumaat, 23 September 2011

Baru beli ni tau..

Dah berbulan aku impi nka beli MP3 player ni. Tapi bila nka beli je ade je halangan. Iye ler..dari abih duit beratus beli mende alah ni baik aku beli pempes anak ke, susu anak ke. Tapi kali ni aku nekad. AKu lelapkan mata je ngulur duit beli mende alah ni.

Disebabkan tak lama lagi aku nka berjalan jauh maka tepat la kot tindakan aku nih. Beli..jangan tak beli.

pic:tq darling google

Kat atas ni ler gejet baru aku. Brand sony nwz-b162f. Suko ati den dapat boli mnde alah ni.Aku bawak adek aku sekali teman sebab dia pandai bab mende elektronik ni. Yang tak bestnye cino kodai tuh tadi kemain bangang nya. Bila orang tanya sony mp3 2 gigs dia cakap takde. Ape ke bodoh nya cina tuh padahal kami semua nampak ada yang 2 gigs kat bawah cermin display tuh.

Yang nampak tadi memula warna biru dengan pinky je. Tpi tak minat aku dua-dua kaler tuh. Ade 1 lagi kaler kat bawah tuh tapi pueh aku ngan budak sales tuh bagitau nak nengok kaler lain tapi haram kot cino nak alih. Dia buat derrkkk je. Geram tui! Memula nengok warna cekelet tapi tak cantik la pulak. Nampak merah terus mntak tukar. Lagi adegan kuang ajar dari cino tuh bila dia campak je mende alah ni. Mangkuk tui!

Tapi takpe la sebab aku nak sangat mende alah ni maka aku bayar dan terus blahh je. Tak koso denn!!Nyampah pun ado nengok muko mangkuk tuh!

Selasa, 20 September 2011

Terbaru tau...

Aku ada blog baru lagi. Tapi ini belog adalah belog pasai aku diet. Juga sebagai diari menu aku sepanjang aku diet. So leh la enjoy kat sini ye. Gigih tau i hapdet hari-hari.

Isnin, 19 September 2011

Sebelum tido..

Aku rasa dalam hidup aku ni semenjak berkahwin dan jadi mak orang ni melihat 2 anak dara aku ni bergurau dan tergelak adalah momen yang paling indah sekali. Selalunya anak dara aku ni jarang la kalau bergurau tanpa si adeknya menangis pengakhirannya. Tapi malam ni sebelum tido tadi mereka dok seronok sampai dua-dua tertido. Jangan ada yang mengigau cukup.

Aku seronok tengok anak-anak aku bergurau sesama derang. Dengar suara si adek tegelak besar bila diusik kakak rasa bersyukur sangat aku diberi peluang olehNya untuk menjadi ibu. Kenkadang bila tengok balik muka anak-anak ni macam tak sangka la pulak sampai ketahap ini perjalanan hidup aku ni. Aku bersyukur sangat-sangat. Dan aku sentisa berdoa agar Allah panjangkan umur aku dan suami supaya dapat melihat anak-anak aku ni membesar dan berjaya di dunia dan akhirat.

Pagi tadi aku g keje dari Bahau. Sepanjang perjalanan ke Bangi melalui LEKAS tiba-tiba hati aku merasa resah. Seolah-olah aku nak mati. Sirius aku menjadi takut sepanjang perjalanan. Membayangkan kalau ditakdirkan Allah aku mati sepanjang perjalanan tersebut. Mula la aku membayangkan eksiden kete ke, aku mati tiba-tiba tengah drive ke..Nauzubillah..jangan la Kau ambil nyawa anak-anak ku. Bagi la peluang mereka membesar dan bernafas di bumi Mu ini. Andai sampai masa untuk aku ..aku redha..cuma lindungila anak-anak aku Ya Allah. Aku teringat suami aku, mak ngan ayah, adek beradek aku, kawan-kawan aku..Ntah la..aku betul-betul takut masa tu. Tapi alhamdulillah aku dan anak-anak selamat sampai ke Bangi. Mungkin itu peringatan pada aku untuk tidak lalai dalam menunaikan suruhanNya, tugasku sebagai isteri, ibu dan anak.

Hhmmm....YA ALLAH..

Tengok je ni..

Sehari sebelum..

Yang Berusaha...la sangat...huhu


2 tahun berturut-turut anak rimau ni join open house kami..setia nih..hahaha


Merpati 2 sejoli..


Merdeka Raya tema kami


Nak jugak interfames..tkang ambik gambor ni..


Wahh..si baju biru tuh macam supervisa lak..


Gitu-gitu..

Ketika majlis...
Gigih atur lauk..


Pilih, Ready, Suap..Shoott!!

Geng dapur..
'Tuan rumah' si baju oren...huhu


Our boss

Muka-muka hepi dapat makan..


Cukup-cukup la kot..
untuk tuan rumah blog ni..
sat na..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sini bolehh..


sana pun bolehh...


MUAHAHAHAHAH...enjoy!!!

Sabtu, 17 September 2011

Bukan seperti yang dijanjikan..

Sori la geng. Entri ni bukan pic yang aku janjikan sebab pic mostly dalam pc kat opis. Nanti hokey aku masukkan.

Cuma ni aku nka luahkan kesakitan di badan aku. Sakit sesangat la. Semalam suami aku datang dia dah mintak tolong dia picit-picit badan aku skit. Picit sakit okeh..bukan geli-geli..tak baik tau korang! Aku pun tak tau kenapa badan aku ni sakit sampai macam ni. Tak boleh kene pegang skit pasti rasa macam bengkak je. Gilo tui! Yang aku pelik tuh angin tak abih-abih kuar. Dari mulut ke, montot ke semua lengkap. Berangin sangat kot badan aku? Esok nak cari orang picit kan badan aku ler. Tak tahan tui.

Udoh ler muka aku bengkak-surut-pun-sikit-je. Ni badan lak sakit-sakit. Takkan sebab aku buat keje potong buah hari open house hari tuh kot? Musykil tui.

Khamis, 15 September 2011

Open house 2011

Opis aku buat open house hari ni. Oppss..bkn opis..bahagian aku. Fuhh..letiih gile rasanya bila wat jamuan ni. Bukan letih buat keje ye..letih nak ngabih makanan ye..hehehe..sila ambil maklum.Tapi bagi aku tak berapa nak menarik jamuan ni sebab aku rasa aku tak cantek..boleh? Muka aku sembap yaww sebab aku telah memakan belacan yang aku tak tau ia adalah belacan..boleh?Punye la sedap makan ikan keli cecah air assam..perghh!!slurrppp!!hehehe..tats y muka aku pun membengkak macam belon malam tuh.Ala..kan aku dah cite kat sini.

Disebabkan itu aku sedaya upaya mengelak untuk bertemu dengan paparazi.Issshhh...malu la kalau mike semua tengok muka aku yang kembang membengkak ni. Ok badan aku dah naik tapi skit je okeh!Pipi aku bukan tembam sebab gemuk okeh.

So tugas aku kali ni ialah menyediakan buah-buahan je. Aku berkolaborasi dengan opismet aku Safi. Dia dah siap beli buah honeydew dan anggur maka aku pun beli ler buah epal untuk tidak menghampakan dia..hahaha.

Malas la pulak nak cite lebih. Jap lagi next entri aku bagi pulak gambaran semasa sepanjang kejadian tersebut.

Selasa, 13 September 2011

Rezeki kamu..


Aku rasa dalam bulan ni je dah 6 orang pompuan yang ngaku mereka itu sudah menjadi makyung aka mak buyung.Alahai...mula la aku pun rasa nak peknen gek. Kalau ikut yang aku ngan suami plan patut dah memboyot porot aku ni tapi takde rezki lagi la kot..takpe la..bagi dak adik membesar dengan kuat dan sihat bagaikan johan..sian member asyik batuk je..

Isnin, 12 September 2011

ELEGIKKK!!

Korang tau tak ni sapa?

betul!! Dark Vader dari Star Wars. SO apa motipnya aku kuar papar muka mamat nih? Sebab aku pun dah rupe dia ni. Muka alegik sebab nya ...entah..aku pun tak tau kenapa. Memula muka aku gatal-gatal di bahagian dahi. Kemudian bawak ke mata dan pagi tadi aku bangun tido ini la hasil nya. Aku ada lah sepupu kepada dia ni. Pueh aku pikir ngape muka aku jadi begini. Ingat kan sebab aku ada makan belachan sebelum balik KL. Tapi aku pun tepikir yang aku baru je guna pencuci muka baru. Ntah la..aku pun tak tau ngape. Tensi tui aku! Pagi tadi lalu LEKAS nak balik Bangi aku gigih guna TnG sebab tak nak ada kes tol gate gal o boy yang mati tekujat tengok muka aku.Tengok..aku baik kan?huhu

G klinik tadi dapat la aku MC sehari. Okeh la dari aku jadi bahan eksperimen lawak kengkawan aku kan..hahaha..x sanggup okehh!

kene lagi..


Ingat tak pasai anak dara aku si adek yang admitted lps?Tengok ni. Kalau diikutkan 22 Sept ni kene jumpa doktor untuk review sakit dia tuh. Tapi yang harunya bebaru ni lepas abih cuti raya adek kene selsema lagi. Komplit sakitnya. Oleh kerana nak elok sebelum appointment tuh maka aku dengan gigih bawak adek ke Spital Azzahra di Bangi.Bagi aku redha la kalau kene bil mahal mana pun janji adek elok lepas tuh tapi hampeh! maseh lagi tak ok. Beratus dah abih...bila nak baek ntah la...harap adek baik la sebelum appoinment tuh...


Meroyan la sat...




Pada entri ni, semua pun tau aku terpaksa EL atau blah -je ke Alor Setar maka aku pun merembat je la apa saje baju yang aku ingat nak bawak. Tapi satu yang aku mesti ingat ialah kamera comel aku. Aku takde la suka ambek gamba sangat tapi kalau takde mende alah ni leh demam la pulak.Kamera aku adalah yang macam dalam pic atas brand Samsung ES25 tapi warna itam.

Tapi nak dijadikan cite balik dari Kedah baru ni mende alah comel ini telah tertinggal di sana. Makanya takde la kamera aku...takde la aku nak bergambor..takde la bahan aku nak merapu kek sini...takde la ape-apa pun..tensen aku...dah la kene tunggu ntah lain tahun bila baru leh aku dapat kamera aku ni...harap panjang lagi la umur aku nak dapat jumpa balik kamera ni...hhmmm..

wordless monday







Dia anak yatim piatu..

Dalam orang semua bergembira menyambut syawal, suami aku diuji Allah dengan berita kehilangan mak aka MIL aku pada 9 syawal baru ni. Takziah pada famili suami aku. Memang hebat dugaan famili mertua aku hadapi. Tahun lepas adek ipar bongsu, anak tunggalnya dan suaminya meninggal akibat kemalangan pada 6 Syawal 2010. Tahun ni sekali lagi dibulan Syawal ibu mertua ku dijemput olehNya. AKu redha dan aku pasti suami dan famili juga redha. Yang pasti kita semua akan dijemput ke sana cuma bila dan bagaimana hanya Dia yang tahu.
Aku dapat berita ni dalam petang kui 6 kot. 2130hrs kami bergerak dari Bangi ke Kedah.

Alhamdulillah 0345hrs kami semua selamat sampai di Alor Setar. Dan sangat berterima kaseh pada semua ipar duai dan sedara mara di Kedah sebab sudi menunggu kami. Akhirnya 1030hrs jenazah selamat dikebumi. Alhamdulillah semua anak-anak arwah semua sempat menabur bakti kali terakhir untuk arwah. Masing-masing ambek part sikit-sikit. Ada yang ambek part mandi sampai ke part sembahyang jenazah. Semua merasa. Bagi aku sebagai menantu agak terkilan bila tak dapat nak join bila nka mandikan jenazah. AKu dah niat nak sama-sama mandikan arwah mak tapi keadaan anak-anak kecil aku tak mengizinkan aku. Aku tak dapat nak menabur bakti pada mak mertua aku untuk kali terakhir. Maafkan Ti mak..

Mak..damai la mak di sana. Kesian anak-anak mak. Semua macam kosong bila mak takde.Anak mak Shubli bawak kete tak henti dari KL ke Alor Setar mak. Dia tak sabar nka jumpa mak. Maafkan anak dan menantu mak ni sebab tak mampu nka tunaikan hasrat mak nak ke Bahau. Maafkan kami mak. Kekangan masa dan ekonomi membataskan pergerakan kami mak.Mak selalu kata ayah ada dengan kami di Bahau berkali-kali sebelum mak pergi. Padahal mak nak jumpa dengan ayah dan adek kat sana.Mak..bulan Syawal juga mak pergi lepas Adek pergi pada Syawal tahun lepas. Adek pergi 6 Syawal mak pulak 9 Syawal. Kami redha mak..kalau ditakdirkan kami pulak syawal tahun depan...kita akan bertemu di sana ye mak. Maafkan saya mak...kalau saya gagal menjadi pilihan pilihan mak. . Alfatihah untuk mak di sana.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Ucapan raya

Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua korang yang baca blog aku ni (ok..aku tau memang takde yang baca blog aku nih)

Raya tahun ni aku tak balik Kedah okeh..eko-no-money. So boleh ler sesape nak datang ke umah aku kek Jolobu tuh..

Pada yang beraya jauh-jauh tuh jangan keselamatan rumah anda...iye la..ingat orang je kene jaga keselamatan ke? umah pun kene tau! masuk dek orang yakni pencuri ilang ler weh rete bende...
Oleh itu kalau yang duk taman tuh jangan lupa inform pak polisi ketiadaan anda dirumah untuk derang pantau okeh..

Kalau kat kampung lak..beringat ler pada yang ada anak. Tengok-tengokkan anak tuh..kot la ramai-ramai sepapat tuh ada lak yang kreatip buat mercun dari bahan terbuang ke,bahan semulajadi ke..ingat anak-anak anda yang baru mula nak idup baik kecik atau dah besar iye..

Aku pun dok ingat kan orang.Aku pun kenkadang lupa tapi takpe la kan..kita ingat mengingati iye

Akhir kalam...berhati-hati di jalanraya

Selasa, 23 Ogos 2011

b.a.b.i pun tak malu giler gini

Haaa....SILA JANGAN memikior ke lain apa bila anda membaca tajuk ni. Memang..ianya memang tajuk yang hampeh tapi percaya la..apa yang aku alami lagi la sangat hampeh!
Kesah aku ni ada 2 situasi tapi lokasi nya ada di 2 plaza tol di somewhere Kedah dan LEKAS.Errghh..aku nak cite pun aku malu nih!muahahaha

SItuasi 1

kami sefamili on the way ke Bangi melalui highway LEKAS. Ok ler laki aku ni memang ler asal dari sebuah kampung di Kedah tapi bukan la kampung ulu banat. Cumanya ari tuh mungkin laki aku terlupa ke hapa agaknya. Kan ke stended ler kalau sesapa yang lalu LEKAS ni memang banyak tolnya. Cekik darah tui. Tapi mengenangkan dekat nak balik kampung maka layan kan je ler. Kalau dari Pilah tol pertama ialah tol Senawang yang rege RM 1.90 (mahal doo..). Yang kedua lak Tol Setul tapi tol yang ni kene ambik kad dan bayar kat Tol Kajang something-mende-kenamanya. Regenya RM 4.90. Benarnya biasa dah laki aku lalu tol ni dan tahu yang memang sampai je tol kat Kajang kene bagi kad dan duit.
Tapi pada hari kejadian tuh sangat sadis bagi kami. Laki aku bagi duit je. DIA BAGI DUIT JE...yang budak tol ni pulak menunggu ngulur tangan nak mintak kad. Naseb ler laki aku ni tak blah gitu je. Kalau blah gitu dia melanggor lak tiang tol tuh kan. Dan naseb baek ler aku ni bini prihatin. Aku cakap ler dngan laki aku ' b, kad tol awk mana'..warghhh!!! rupenye laki aku TERSANGAT LUPA untuk bagi kad tol. Dia ingt bayar duit je. Warrghhh!!!lagi sekali. Dia boleh lupe!TENSI tui aku! Malu dengan budak tol lagi sekian..tapi takpe..dah setel ok.

Situasi 2
Kejadian bongok ni pulak berlaku kad tol somewhere Kulim hightech. Time ni derang ni tengah promosi kad Touch n Go. Selama ni kami pengguna Paid n Go tegar. Setel bayar duit budak tol ni tanya kalau nak beli kad TnG tuh. Tengah promosi katanya dalam 20rm padahal aku tau itu la harga benornya.
En. Laki ku ni tau TnG ni tapi ntah ngapa hari tuh dia macam blurrr je bila budak tuh buat offer.?
Macam tak nka beli memula tapi lepas aku usyar en laki ni suh beli baru ler member kata ok. Tapi disini la bermula kesah bongok yang malu giler pork amat sangat.

Suami : ok sya beli..bagi 2 la
Aku lak blur...ape hal nka beli 2? adakah 1 untuk aku guna?

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&



Suami : bukan macam prepaid ke? bila dah abih duit nak kene beli kad baru?
Budak tol : *terdiam

Aku?..... rasa nak masuk muka ngan badan dalam dashboard ..


Nabila Huda (anak Amy Serach) bakal bercerai?.

Wahh..aku ada entri pasai artis dowwhh...percaya la..
kredit untuk dia ni..

Dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.


“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya. Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati"
Kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.
Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah...Boleh??

Apa pun moga masjid ni maseh bisa kukuh lagi...insyaallah

Ahad, 21 Ogos 2011

For u my dear kazen..


Entri ni adalah sambungan dari entri ni. Pic diatas diambil masa kenduri kawen aku tahun 2006. Masa ni masih lagi famili yang bahagia. Kazen aku ni (bang din..masih tidak mampu memanggil arwah bang din) adalah kazen aku yang paling tua belah mak aku. Kirenya dia ni macam pengganti along aku kalau ape-apa hal di KL dan pakar rujuk aku serta sis aku.

Bebaru ni bila dapat called dr mak pasai kematian dia, aku agak melompat dari katil. Macam susah nka percaya sebab aku baru je begelak ketawa dengan dia sehari sebelum puasa di kampung. Kebetulan ada famili dia (famili pak long ) buat kenduri arwah dan dia pun sampai lambat. Aku dengan mak berborak dengan dia di dapur rumah pak long yang mana kami semua tau memang port terbaek untuk kami semua bekumpul dengan air teh. Maseh terngiang-ngiang lagi di telinga suara dia suruh bancuh teh. Lepas ni memang aku tak mampu nak menum teh sebab akan teringatkan dia.

Tak dapat dipastikan sebab kematian.Kami cuma boleh cakap...sudden death atau kematian mengejut. 'dah sampai masa dia' ayat termudah kami cakap sebab cakap lebih tanpa sebab boleh mengundang fitnah..dosa lagik.

Kenkadang bila terdengar lagu Rindu Bayangan atau Hotel California lagi la melelh air mata aku. Lagi Rindu Bayangan lagu yang dia nyanyi waktu kenduri kawen Bangah Fizi di KL. Hotel California lak lagu yang aku request dia nyanyi waktu kenduri di Jelebu. Ohh..abang ku..sungguh aku tak pecaya yang kau sudah pegi meninggalkan kami. Untuk selama-lamanya.

Luluh hati aku bila tengok anaknya Aus dan Mamat yang menangis. Sedih mengingatkan kenangan bersama ayah mereka. Semestinya banyak kenangan pahit manis mereka anak beranak...isskk...isskk...dibandingkan dengan kenangan kami yang hanya sekadar sepupu ni.Kenangan dengan istrinya? Ada kesah sedih disebaliknya tapi cukup aku katakan 'dia meninggal tanpa istri dan anak disampingnya '.Ok jangan ditanya atau 'errkk??" ini semua takdir masing-masing. Mak aku cakap dah bahagian masing-masing. Dan aku pasti semua anak-anaknya (Nor, Amin, Adib) pasti sangat bersedih mengingatkan arwah ayah mereka. Apa lagi perginya di bulan ramadhan dan hanya tinggal beberapa hari untuk raya.

Aku sekeluarga pun dah rasa takde bahang kemeriahan raya yang bakal datang ni,.nka pulak aku tak balik kedah tahun ni..eemmm..aku pun tak pasti patut tak aku buat entri ni dengan tajuk ni. Entah ler...tapi yang pasti sambil taip ni sambil layan mata aku yang kabur ni...air meleleh semedang...

Amin untuk arwah Saifudin Yusof

Khamis, 18 Ogos 2011

abang aku dah takde...

16 Ogos sepatutny adalah hari ulangtahun mak ngan ayah yang ke 41.Tapi sedihnya kami pada tarikh yang sama abang sepupu aka abg din aka anak buah manja mak meninggal. Alfatihah untuk arwah...

nanti kita (aku ler) story apa yang terjadi pada tarikh dapat berita itu.
Mood~ sedih

Ahad, 14 Ogos 2011

Terima kaseh Allah


Akhirnya adek discharged ari nih. Paru-paru dia tidak lagi berbunyi bila bernafas which means kahak dah takde dalam paru, batuk dah tiada, demam dah kurang, muntah dah takde, cirit sudah berganti najis biasa, selera makan menum alhamdulillah..harap lepas ni adek akan ok. Terima kaseh Allah.Kau permudahkan urusan hamba mu ini..aminn





Sabtu, 13 Ogos 2011

Boleh ke?


Aku jalankan rutin macam kat uma even aku bermalam kat spital.Gila sakit badan tido sekatil dengan adik. Tempat tido yang dia bagi untuk mak yang menjaga adalah seperti sofa bed yang tak boleh lipat. Naseb aku ler! gamaknya kene la aku numpang dak adek. Adek pun aku tido dengan dia lagi stim mata dia nak tido. Alhamdulillah..anak aku jarang melalak malam-malam. Mungkin sebab dah jadi anak dara...dah besor..

Tadi doktor yang mengechek cakap mungkin anak aku boleh discharged esok. Insyaallah harap betul ler yang doktor tuh cakap. Demam adek pun dah kurang. Cirit dia pun dah tak berapa nak cair.Antibiotik yang disumbat dalam tangan macam nampak improvment.Skang budak-budak dalam wad semua bakal melalak bila nampak orang yang pakai baju putih dan pink ni.Pantang nampak sungguh.AKu rasa kalau dah besar mesti berdoa jangan la si baju putih atau si pinky ni datang. Haru!

Tak larat dah aku tido dalam wad..bosan!sakit badan!Tapi demi adek...ibu sanggup dek...silap!benarnya demi anak-anak ibu sanggup..bior cuti ibu dah nak zero jumlahnya..ibu sanggup. Maka citenye raya tahun ni ayah n anak-anak akan beraya kat bahau je la ye...huhu

doakan rezki raya ni..

Aku tetibe mempunyai menat nak juai kueh untuk raya.Biskut raya ler namanye. Tapi beskut aku ni beskut simple tapi aku rasa mesti ramai yang malas nka buat kan..kan..kan..so disini aku nak pekenalkan beskut raya aku cornflakes coklat mk..harga rm 15 sebalang 50 biji. Sudi?
leh oder ke haku...0147190310
lepas raya pun leh je ..aku layan je
ni sample pic beskut raya aku...







Jumaat, 12 Ogos 2011

di mana la hati ko mak...

Semalam aku ngan adek je tido dalam wad ni.Subuh tadi ada masuk 2 pesen. Semua kes demam panas. Yang lagi sadis sorang tuh kali ke 2 kene sawan tarik. Nauzubillah..jauhkan anak-anak aku dari dugaan berat sebegitu ya Allah.Belum mampu lagi nak menanggung beban melihat anak-anak aku menderita begitu.

Kat sini aku brau perasan semua doktor ngan misi kat sini memanggil kami yang si ibu ni 'mak'.Berborak biasa pun derang panggey mak. Aterr..kot tak sesuwei nak memanggil kami akak ko adek ko..tapi aku layan kan yo. Memula ingatkan kot aku salah dengar..bila dah betul dengar kot kat aku sorang je dia panggey gitu..ghopenye dengar kat katil sebelah, jiran katil depan semua nye sama. Kesahnya. Tapi semua doktor pompuan ..takde doktor laki.Bagus jugak takde la malu sangat kami yang 'mak' vog di divas ni.muahahaha....

Tadi masa lawatan YB doktor ni kat jiran sebelah..haku tedengar serang cakap pasai sorang baby yang mak dia lari tak balik..tinggalkan anak dia sorang-sorang kat sini.Derang kata kalau tak datang lagi mak eh nak kene panggey pekeja sosial spital ni uruskan kes dak ni. Yang aku nak bgtau korang bukan pasai baby ni nak kene dialihkan ke orang lain tapi mak dia.Untuk pengetahuan koraang baby tuh memang baby sangat baby. Dalam umur 9 - 10 bulan kot.Bayangkan la macamane keadaannya klau baby yang duk dalam wad takde 'mak'nya.Kesian,sedih,hiba,geram,tak sampai hati segala macam mak nenek bercampur.

Katil baby tuh diletak sebelah kaunter senang misi-misi ni nak jaga.Tapi iye la..mana nka sama dengan mak sendiri yang jaga ye dak?baru je tadi aku dengar baby tuh melalak lapar..kemain lama dia nangis n kemain lama baru ler aku dengar dia diam..rasanya sebab dah kene sumbat milk kot, Aduhh...siannya la.Patutnya mak dia akan terus sua tetek bagi susu kat anak dia tapi yang ni??kene tunggu mana-mana misi yang free untuk buat milk.Tapi misi sini semua nye ok..alhamdulillah..semua caring kat baby tuh.

Dengar lagi baby tuh nangeh.Aduhh...aku nka buat apa nih? aku teruskan dengan memhapdet blog ni boleh?

Sian anak dara aku..

Malas nka tulis panjang..sila tengok ler gambar-gambar yang sempat aku snap bila mood rajin aku bertandang...huhu

waktu si kayna sihat




di dalam wad..2315hrs 110811
bekas tangan kene cucuk..kat situ je 3 kali dicucuk