Isnin, 19 September 2011

Sebelum tido..

Aku rasa dalam hidup aku ni semenjak berkahwin dan jadi mak orang ni melihat 2 anak dara aku ni bergurau dan tergelak adalah momen yang paling indah sekali. Selalunya anak dara aku ni jarang la kalau bergurau tanpa si adeknya menangis pengakhirannya. Tapi malam ni sebelum tido tadi mereka dok seronok sampai dua-dua tertido. Jangan ada yang mengigau cukup.

Aku seronok tengok anak-anak aku bergurau sesama derang. Dengar suara si adek tegelak besar bila diusik kakak rasa bersyukur sangat aku diberi peluang olehNya untuk menjadi ibu. Kenkadang bila tengok balik muka anak-anak ni macam tak sangka la pulak sampai ketahap ini perjalanan hidup aku ni. Aku bersyukur sangat-sangat. Dan aku sentisa berdoa agar Allah panjangkan umur aku dan suami supaya dapat melihat anak-anak aku ni membesar dan berjaya di dunia dan akhirat.

Pagi tadi aku g keje dari Bahau. Sepanjang perjalanan ke Bangi melalui LEKAS tiba-tiba hati aku merasa resah. Seolah-olah aku nak mati. Sirius aku menjadi takut sepanjang perjalanan. Membayangkan kalau ditakdirkan Allah aku mati sepanjang perjalanan tersebut. Mula la aku membayangkan eksiden kete ke, aku mati tiba-tiba tengah drive ke..Nauzubillah..jangan la Kau ambil nyawa anak-anak ku. Bagi la peluang mereka membesar dan bernafas di bumi Mu ini. Andai sampai masa untuk aku ..aku redha..cuma lindungila anak-anak aku Ya Allah. Aku teringat suami aku, mak ngan ayah, adek beradek aku, kawan-kawan aku..Ntah la..aku betul-betul takut masa tu. Tapi alhamdulillah aku dan anak-anak selamat sampai ke Bangi. Mungkin itu peringatan pada aku untuk tidak lalai dalam menunaikan suruhanNya, tugasku sebagai isteri, ibu dan anak.

Hhmmm....YA ALLAH..

Tiada ulasan: