Jumaat, 12 Ogos 2011

di mana la hati ko mak...

Semalam aku ngan adek je tido dalam wad ni.Subuh tadi ada masuk 2 pesen. Semua kes demam panas. Yang lagi sadis sorang tuh kali ke 2 kene sawan tarik. Nauzubillah..jauhkan anak-anak aku dari dugaan berat sebegitu ya Allah.Belum mampu lagi nak menanggung beban melihat anak-anak aku menderita begitu.

Kat sini aku brau perasan semua doktor ngan misi kat sini memanggil kami yang si ibu ni 'mak'.Berborak biasa pun derang panggey mak. Aterr..kot tak sesuwei nak memanggil kami akak ko adek ko..tapi aku layan kan yo. Memula ingatkan kot aku salah dengar..bila dah betul dengar kot kat aku sorang je dia panggey gitu..ghopenye dengar kat katil sebelah, jiran katil depan semua nye sama. Kesahnya. Tapi semua doktor pompuan ..takde doktor laki.Bagus jugak takde la malu sangat kami yang 'mak' vog di divas ni.muahahaha....

Tadi masa lawatan YB doktor ni kat jiran sebelah..haku tedengar serang cakap pasai sorang baby yang mak dia lari tak balik..tinggalkan anak dia sorang-sorang kat sini.Derang kata kalau tak datang lagi mak eh nak kene panggey pekeja sosial spital ni uruskan kes dak ni. Yang aku nak bgtau korang bukan pasai baby ni nak kene dialihkan ke orang lain tapi mak dia.Untuk pengetahuan koraang baby tuh memang baby sangat baby. Dalam umur 9 - 10 bulan kot.Bayangkan la macamane keadaannya klau baby yang duk dalam wad takde 'mak'nya.Kesian,sedih,hiba,geram,tak sampai hati segala macam mak nenek bercampur.

Katil baby tuh diletak sebelah kaunter senang misi-misi ni nak jaga.Tapi iye la..mana nka sama dengan mak sendiri yang jaga ye dak?baru je tadi aku dengar baby tuh melalak lapar..kemain lama dia nangis n kemain lama baru ler aku dengar dia diam..rasanya sebab dah kene sumbat milk kot, Aduhh...siannya la.Patutnya mak dia akan terus sua tetek bagi susu kat anak dia tapi yang ni??kene tunggu mana-mana misi yang free untuk buat milk.Tapi misi sini semua nye ok..alhamdulillah..semua caring kat baby tuh.

Dengar lagi baby tuh nangeh.Aduhh...aku nka buat apa nih? aku teruskan dengan memhapdet blog ni boleh?

Tiada ulasan: