Khamis, 22 Disember 2011

Nak tapi tak boleh - dan skit je

Dalam hidup ni kita kene faham..tak semua perkara, cite, kesah atau apa saja yang kita boleh cita atau luah. Nak cite kene tengok kat mana kita nak salurkan cite tuh dan pada sapa la pulak yang kita cite dan tentu adakah ianya berkaitan dengan orang tertentu. Kalau ada brani cite la kat dalam blog ni tapi bagi aku takde la aku nak bercite semua dalam blog aku ni. Ok ler aku tau memang takde orang yang melawat blog aku tapi kot ada lak yang terbaca dan kene pulak atau ada bau-bau taik dengan kesah idup orang memane..tak ke naye weh? Naya ke aku ler kene sembur, kene bambu atau paling teruk disula-teruk tuh??..haru dak?

Macam malam ni..aku ade mende yang dah terbuku lamaaa dalam hati aku ni tapi aku tak boleh nka luah kat sini. Aku risau kot ada yang terguris hati sesapa walaupun hati aku telah terguris dengan sesetengah orang. Senang kan? memikirkan perasaan orang lain la sangat janji tak dapat musuh. Baik sangat ke aku ni sampai memikirkan kan sangat perasaan orang?ke bodoh sebab tak berani nak crite?Ntah la...yang pasti pada masa ni aku sangat memikirkan perasaan orang yang mungkin akan terasa dengan luahan aku.

Meh la aku cite skit mende yang aku merapu ni. Aku marah bila orang mempermainkan perasaan aku. Aku bukan budak-budak yang baru abih sekolah. Aku ingat setiap butir ayat kata yang ditujukan pada aku. Itu dulu tapi bila sekarang ni baca statement kat situ aku betul-betul terasa hati, marah sampai nak lempang-lempang sebab perasaan aku selama ni telah diperkotak-katikkan. Mudahkan berkata-kata...susun ayat secantek mungkin dan layannn. Dan aku la yang bodohnya sebab kesannya sampai sekarang aku yang terasa kesannya. Manusia..mudah sangat lupa kan..mudah lupa. Hampir saja aku hanyut dan sipi lagi aku kehilangan segala disebabkan perasaan ni.

Tapi Allah itu Maha Kuasa. Kita yang manusia ni je lalai. Seolah hidup ni kita sendiri yang catur padahal semua sudah diatur olehNya sejak belum dilahirkan lagi. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku sangat pasti semua itu dan aku juga percayakan hukum karma. What u giv u get back. Akhir aku nak cakap..dikurniakan apa yang aku ada sekarang membuatkan aku patut menghargainya selagi boleh sebab semua ni hanya pinjaman. Pasti akan ditarik oleh Nya bila tiba masanya. Moga aku tidak lagi lalai. Moga aku akan jadi manusia yang lebih menghargai apa yang didepan mata aku. Moga semua bisa memaaf dan menerima aku seadanya sebab aku sedang berusaha untuk melakukan perkara yang sama terhadap kamu semua.

p/s : bisa mengurangkan berat dalam hati aku?
aku jawap ' alhamdulillah...lapang la skit'

Tiada ulasan: