Tajuknye kemain!hehehe...sebenarnya aku nak cite yang malam tadi pukui 2300 aku telah merasa lapar lalu membaham nasi sepinggan bersama ayam panggang dan ulaman yang disonglap dari opis semalam. Dipadankan pulak dengan sambal tempoyak..perghhh...ayaq liuq meleleh nih! Sangat sedap kengkawan!
Semenjak aku positif berbadan 2 ni tetiba selera makan aku makin menjadi-jadi.My laling cakap badan aku dah sama besar dengan peti ais kat umah.See....sangat sweet ayat laling aku kan?huhuhu. Tapi siriesly memang aku cepat merasa lapar sekarang. Bukan lapar skit-skit ye puan-puan. Lapar yang melampau macam 1 hari tak penah makan.Hambek ko!Dah 2 tahun aku berpantang nasi (la sangat) tapi sekarang nasi adalah peberet nombor 1 aku.Oleh kerana aku lama sangat berpantang dari makan banyak mende jadi kali ni aku adalah orang yang sangat pantang..pantang melihat mende makan.Semua aku sebat!Balas dendam sungguh aku.
Dan sekarang hampir pukul 6 pagi..aku lapar la pulak. Sesi awal pagi pada hari ni.Baguskan?hahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan