Ahad, 21 Ogos 2011

For u my dear kazen..


Entri ni adalah sambungan dari entri ni. Pic diatas diambil masa kenduri kawen aku tahun 2006. Masa ni masih lagi famili yang bahagia. Kazen aku ni (bang din..masih tidak mampu memanggil arwah bang din) adalah kazen aku yang paling tua belah mak aku. Kirenya dia ni macam pengganti along aku kalau ape-apa hal di KL dan pakar rujuk aku serta sis aku.

Bebaru ni bila dapat called dr mak pasai kematian dia, aku agak melompat dari katil. Macam susah nka percaya sebab aku baru je begelak ketawa dengan dia sehari sebelum puasa di kampung. Kebetulan ada famili dia (famili pak long ) buat kenduri arwah dan dia pun sampai lambat. Aku dengan mak berborak dengan dia di dapur rumah pak long yang mana kami semua tau memang port terbaek untuk kami semua bekumpul dengan air teh. Maseh terngiang-ngiang lagi di telinga suara dia suruh bancuh teh. Lepas ni memang aku tak mampu nak menum teh sebab akan teringatkan dia.

Tak dapat dipastikan sebab kematian.Kami cuma boleh cakap...sudden death atau kematian mengejut. 'dah sampai masa dia' ayat termudah kami cakap sebab cakap lebih tanpa sebab boleh mengundang fitnah..dosa lagik.

Kenkadang bila terdengar lagu Rindu Bayangan atau Hotel California lagi la melelh air mata aku. Lagi Rindu Bayangan lagu yang dia nyanyi waktu kenduri kawen Bangah Fizi di KL. Hotel California lak lagu yang aku request dia nyanyi waktu kenduri di Jelebu. Ohh..abang ku..sungguh aku tak pecaya yang kau sudah pegi meninggalkan kami. Untuk selama-lamanya.

Luluh hati aku bila tengok anaknya Aus dan Mamat yang menangis. Sedih mengingatkan kenangan bersama ayah mereka. Semestinya banyak kenangan pahit manis mereka anak beranak...isskk...isskk...dibandingkan dengan kenangan kami yang hanya sekadar sepupu ni.Kenangan dengan istrinya? Ada kesah sedih disebaliknya tapi cukup aku katakan 'dia meninggal tanpa istri dan anak disampingnya '.Ok jangan ditanya atau 'errkk??" ini semua takdir masing-masing. Mak aku cakap dah bahagian masing-masing. Dan aku pasti semua anak-anaknya (Nor, Amin, Adib) pasti sangat bersedih mengingatkan arwah ayah mereka. Apa lagi perginya di bulan ramadhan dan hanya tinggal beberapa hari untuk raya.

Aku sekeluarga pun dah rasa takde bahang kemeriahan raya yang bakal datang ni,.nka pulak aku tak balik kedah tahun ni..eemmm..aku pun tak pasti patut tak aku buat entri ni dengan tajuk ni. Entah ler...tapi yang pasti sambil taip ni sambil layan mata aku yang kabur ni...air meleleh semedang...

Amin untuk arwah Saifudin Yusof

Tiada ulasan: