Jumaat, 7 Oktober 2011

Wanita dan air mata

Gugel pasai tajuk ni ghopenya dah ramai yang buat tajuk ni. Tapi mostly adalah kaum hawa. Biase la kan...pompuan dengan air mata MEMANG tidak boleh dipisahkan. Aku pun pelik. Knape ye mudah benar air mata ni kuar?

Sebelum aku kawen, aku sangat susah nka kuarkan air mata. Kalau tengok mak menangis-nangis tengok drama melayu atau hindustan sampai kuar air mata aku yang pertama akan gelak..kuang..kuang..kuang...bagi satu tindakan yang memang tak rasional. CIte je pun..bukan betul. Kalau aku dalam kesakitan, aku tak penah menangis. Malah aku pujuk hati supaya bertahan dengan dugaan yang Allah berikan. Padahal aku penah mengalami kemalangan yang terdasyat la orang kampung aku kata tapi maseh lagi aku boleh berjalan tanpa ketahui kaki yang selisih tulangnya hanya untuk mencari telefon awam. Untuk mengkhabarkan pada mak yang aku dan adek aku kecelakaan.Pun susah untuk air mata aku mengalir.

Ketika aku mula bekerja di sebuah jabatan kerajaan, aku telah difitnah oleh seorang pegawai. Dia menfitnah aku sampai sanggup berjumpa dengan sedara aku di tingkat bawah (aku di tingkat 7 sedara aku di tingkat 2) hanya untuk menceritakan keburukan aku. SUdahnya aku mohon cuti sebulan tanpa gaji atas alasan menjaga ayah sakit. Pun aku tak menangis cumanya aku tensen bila diperlakukan begitu padahal aku tak penah pun bercakap dengan dia.

Tapi semuanya berubah bila aku berkahwin. Aku menjadi seorang yang sangat sensitif. SANGAT-SANGAT SENSITIF! aku sudah terikut dengan mak..pantang tengok drama ke, hindustan ke, bila laki aku tak sensitif dengan aku ke, aku mudah sekali menangis.AKu akan menangis semahu hati aku sampai aku rasa air dalam badan aku dah kurang..muahahaha...teruk tui!

Skang dah ada anak..lagi la..asal anak buat hal je aku pun nangis. Skit-skit nanges. Haisshh macam Neng Yatimah jr lak aku. Belum hal aku dengan laki aku lagi.Lagi la senang mengalir hujan air mata aku ni. Aku mencik tau sebab ni bermakna aku adalah seorang yang lemah. Menangis bagi aku adalah petunjuk aku adalah seorang yang lemah. Urghhhh!!

Dan masa ni aku pun tengah nangis. Sebab? Yang sangat tak munasabah kerana aku tak boleh buat selesaikan masalah kira-kira stpm nih. Aduhhh...tensi tui~!Sudahnya dengan sikap aku yang suka nanges, tensen n stress semua ni aku pun kurus mendadak.Hambek!nak sangat kurus..terus jatuh merudum berat tapi belum ler tahap model tuh. Tahap model saiz M je..
Emm...ntahapehape aku membebel ni...

Tiada ulasan: