Khamis, 11 Ogos 2011

Kene masuk jugak...

Dalam entri lepas aku ada membebel pasai kayna demam x kebah-kebah kan? so selepas aku el ari tuh..balik bahau lagi teruk demam dia. Kali ni dengan muntah dan cirit.Komplit kata orang jawa.Maka ari senin seterusnya aku terpaksa el lagi sebab ni. Aku benarnya bukan suka el atau mc ni. Tapi semenjak ada anak ni semua el atau mc adalah disebabkan anak. Tapi subuh tuh aku ada berdoa agar dibalikkan sakit anak pada aku sebab aku kesian tengok derang ni tahan sakit. Ditakdirkan tuhan aku lak yang sakit tengahari tuh. Konon nak mc untuk anak akhirnya aku sendiri yang mc sebab salah makan.

Susahnya kalau house manager yang sakit n. Maka umah akan tak jadi beru[a rumah..berupa tongkang pecah lagi ada. Agaknya berkat doa seorang ibu...anak aku demam kebah ..aku lak yang tido tak hengat lepas stim ubat.

Memang tak sangka tui. Cempedak jadi kiwi. Aku benarnya risau rajin EL ni. Bukannya orang paham masalah kita.Tapi nka buat camne..

Khamis pagi tuh aku decided nka bawak adek ke spital swasta untuk chek darah ke hapa sebab aku tak puas hati dengan dokto2 lain semua kata dia tak serius. Pegi spital Azzahra..tu dia..kahak sudah bersarang dalam paru-paru.Kene ambik darah, kene masuk gas untuk cair kahak. Ini semua kene ditempuhi oleh adek dengan perasaan cemas ditambah pulak dengan ibu dia yang takut dengan segala macam jarum ni..elok sangat le tuh.

Akhirnya doktor kat sana buat surat suruh refer kat spital gomen sebab kahak dia masih ada lagi kat paru-paru. Adek di refer ke spital serdang so here we are...bekampung di hotel 3 bintang spital serdang. Waktu aku menulis ni adek dengan nyenyak tido. Sian dia...letih benar nampaknya. Mana taknya sampai ke petang tadi je dah 5 kali 2 blah tangan dia kene cucuk. Ambik darah untuk itu la..ini la...sebak aku tengok adek meraung bila jarum menyinggah kat tangan dia tuh tapi untuk kebaikkan dia jugak.Aku pun kene jadi hati kering demi untuk kesihatan adek di masa depan.Yang paling tersisih adalah kakak dia la...sian kakak dia..kalau kes macam ni kakak akan jadi anak terbiar ler. AKu pun tak sempat nak uruskan keje la, kakak, rumah n macam-macam lagi.

Tapi doa aku moga adek akan cepat sembuh. Moga tiada lagi penyakit berbahaya yang bersarang di dalam badan dia. Sudah-sudah la..aku tak sanggup tengok adek menjerit kene cucuk..sian!
KOrang tolong doakan adek ye...tq..amin

Tiada ulasan: