Khamis, 21 April 2011

Day 15

18 /4/2011
Ilang diet aku ari ni. Aku cuti hari ni sebab nak nguruskan hal pertukaran nama tanah dari mak ayah pado den. Sebenarnya dah lama tukar cuma aku rasa macam kurang je jumlah bahagian tanah aku. Disebabkan aku bizi sangat nka menguruskan hal tuh maka takde lah aku sempat nka berdiet atau lebih tepat aku langsung tak makan. Setelkan banyak hal yang boleh dibuat hari tuh.

Sebelum setel hal aku, kene setelkan hal umah n anak-anak dulu. AMboihhh..anak-anak dara aku ni macam tau je ibu dia cuti ye. Kui 9 pun tak bangun-bangun. Shorga sungguh kalau ibu tak keje. Senang nak tido sampai tengahari ye..mintak mahap ye anak-anak ibu. Kamu semua kene bangun awai sebab tuh ibu takde kompromi..hangkat je 2 orang tuh masuk bilik air. Terus siram!

Anak-anak dah setel. Kemas umah lak. Nasib aku ada kat umah dari sabtuday maka takde la banyak sangat sepahnya. Kemas, sapu lantai dan mop lebih kurang..sedap mata aku memandang so I AM SO READY!!. anak-anak dah setel, umah pun dah siap, nak letak mano lak bebudak ni? kalau bawak g kang mako tak jadi apo urusan aku nih! Maka terpaksa la aku merelakan bebudak ni duduk kat umah jiran aku Kak Dah. Nasib baik ari ni dia tak ngikut Abg Mie naik lori. Kalau dak haru ler.

Hari ni 18 April is a Monday Blues. Nka wat urusan kat opis gomen pulak. AKu dah nekad dah kalau macam-macam hal aku gomo je kat sana. Aku tak bagitau lagi apa urusan aku ye dak..huhu. Begini citenye..

Bulan feb lepas mak ngan ayah decided nak bagi tanah yang takde la besar mana pun kat Bahau pada aku. Abih..ofer kat abang-abang semua tak nak..xpo la..den trimo yo..syukur alhamdulillah. Untuk urusan gitu kene la aku cuti 2 hari la pulak. Berarak aku dengan mak ayah ke Pejabat Tanah Jempol sebab tanah tuh dalam Daerah Jompol. Tak abih lagi urusan tuh sebab aku tak bawak surat beranak yang menyatakan aku ni anak kandung mak ngan ayah..* ekau macam ghoman anak myanmar so tak boleh la nak mati setem hasil. Tapi takpe la sebab urusan mak ngan ayah dan setel.

Sebulan (perhatikan beza jarak hari aku datang balik..ni semua sayangkan cuti) lepas tuh aku baru aku datang dengan bawak surat beranak aku. Punye la nak matikan setem tuh..kene pegi ke pejabat pos beli setem hasil then kene pegi lak ke Pejabat Tanah tuh balik nak matikan setem untuk memaktubkan nama aku dalam geran tanah yang baru ni.

Panjang lak ai..aku sambung di Day 16..

Tiada ulasan: