Selasa, 26 April 2011

Kehadiran (23-24/4/2011)

Ok sambung..kami selamat sampai di Petronas Sg Besi kui 10++ pagi. Takde la lama beza jarak masa dengan geng konvoi yang lain. Kazen dijangka nekah kui 11 kat Masjid mendekenamanya kat Wangsa Maju. Punye la konvoi dengan perantin..ada dalam kire-kire 5 biji kete dan ada lagi selebih yang menunggu kek masjid. Antara geng konvoi ialah Pak Usu, Uncle sefamili, Longkak sefamili, Ujang dan Mak Usu.

Dalam pada nak terima menantu tuh..Mak Usu Daro ni leh lak somput.Nak terima menantu dio somput lak..suko naa agak eh..huhu..Nasib la kami sampai belum kui 11 lagi maka aku, Kak Lang, Mak g ler ngantor Mak Usu den ke klinik ambek gas. Sian lak nengok dio..diamm je susah nak bernapeh (bernafas). Sementara Mak Usu ambek nyawa dia..takkan kitorang nak nganga nunggu dalam kete kan?oohh..baru ibu prasan..dak kakak pakai selipaaa wehhh!! Mako ibu tanpa pikir panjang * seb baik ayah ko ada bagi ibu duit blanje..huhu..terus g jeyjey Wangsa Maju...cari slipar paling murah untuk kakak...jadi la dari buang masa lepak tepi jalan tunggu Nek Su nya kan.
Ngam-ngam sampai kelinik derang dah setel..bagus!Terus g mesejid tengok bangah nekah. Alhamdulillah Bangah Fizi dah jadi suami orang dengan sekali lafaz. Masa dia sudah akad tuh tiba-tiba aku jadi sebak MySpace..aku ni rajin sangat emo zaman-zaman umur dah menginjak 3 siries. Ntahapohapo..

Setel kat mesejid..sesi yang ditunggu-tunggu..MAKAN TIMEE!! huh! dah kui 3 yop..lapor nasi!Maka sekali lagi diet aku ke zimbabwe..tala nasi je kejenya...MySpace..
Lepas tuh biase la untuk perantin ada sesi gambar-gambar gitu...tapi gambar aku upload kat entri lain..huh..gilo aku rajin updated blog ni...sambung laen naa...

Jumaat, 22 April 2011

Pemergian (21/4/2011) dan Kehadiran 23-24/4/2011)

Petang semalam aku dapat called dari Bangah aku..Paklong Aziz meninggal. Dengar suara dia sebak je. Bro aku memang rapat dengan pak-pak sedara dia nih. Paklong Aziz ni ialah abang kepada ayah aku tapi lain ayah. Wan den (Wan Mayang aka Mariam) kawen ghamai. Dengar2 nye atuk den (Atuk Ujang) pun kawen ghamai. Sebab tuh la cucu cicit dia semua pakat kawen lambat. Jangan pikir lain lak. Zaman dulu bukan susah nak kawen. Cakap je " den nak nekah dengan ekau" torouigh (terus) yo la nekah. Sebab tuh ayah den ramai adek beradek tiri eh. Satu mak satu bapak sorang yo adik eh..Induk.

Tapi aku rasa terkilan skit sebab aku tak dapat tengok arwah kali terakhir. Aku dapat berita petang 21/4/2011 tapi hanya petang 22/4/2011 aku sampai Jelebu. Bukan aku sengaja tapi Kak Lang aku yang macam-macam hal. Menunggu Kak Gal (my niece) balik dari sekolah tapi disebabkan hari Jumaat maka dapat kami gerak awal *aku escaped awai2 lagi..ampun bos. Kebetulan hari sabtu esoknya (23/4/2011) kazen aku Bangah Fizi pulak nekah.Agak ketara la kebizian kami sefamili. Patutnya malam tuh ada kenduri doa selamat untuk Bangah Fizi kat Semban. Dah la siang tuh bizi kat umah aku sebab Mak Usu (mak pada Bangah Fizi..auntie Den) masak kat umah untuk kenduri kek Semban tuh..huh aku rasa macam belit-belit je ayat aku ni..tak paham? ade aku kesah??.

Untuk adil, mak aku bagi-bagikan kami sefamili..mak g kenduri kek Semban (sedara mara dia kan) dan aku, Kak Lang akan bawak ayah ke kenduri arwah Pak Long (abang ayah kan...). Abih kenduri 2200hrs..perghh giler penat! Esok pagi-pagi nak kene bangun awal lagi sebab nak join konvoi perantin kat Petronas Sg. Besi KL dalam kui 10...giler aku driving non stop dari Jumaat lagi. Tapi sedih skit sebab hb aku tak dapat join g KL sebab bizi dengan keje. Ok aku tak marah sebab macam laki aku cakap ' tak keje takde duit'. Kang sapa nak bayar duit taska anak2?duit blanje ibu?ok..ok..back on track

aku sambung ler..lotih den menaip

huarggghhh!!!

aku nka nulis lagi tapi aku dah


so aku nka




ssambung esok..nite2
* pic :cilok sat dr abg google


Adab Berpakaian Menurut Islam

Firman Allah SWT dalam Surah al-A'araf, ayat 26 yang bermaksud; “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan- bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia melalui Nabi Muhammad SAW adalah penyelamat dan pembawa rahmat kepada mereka dan seluruh kehidupan mereka. Ia penyelamat manusia dalam setiap kegiatan dan kehidupan mereka di dunia dan memberi rahmat kepada manusia di saat bertemu kembali dengan Tuhan mereka di akhirat kelak.

Dalam hal ini, Islam telah memperincikan secara jelas tentang adab dan peraturan dalam mengurus kehidupan manusia termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pakaian dan perhiasan untuk mereka. Islam sebenarnya adalah agama yang mudah dan memudahkan umatnya bila garis dasar yang ditetapkan dalam berpakaian ialah menutup aurat dan bersih.

Aurat mengikut jumhur ulama bagi lelaki ialah dari bawah lutut hingga ke atas pusat mereka. Walau bagaimanapun, adab dan kesopanan dalam berpakaian menurut Islam menambahkan sehingga ke atas bahu apabila kita diminta meletakkan kain atau pakaian lain menutupi hingga ke atas dua bahu ketika hendak sembahyang.

Manakala aurat bagi wanita ialah seluruh tubuh mereka kecuali muka dan dua tangan bermula dari pergelangan tangan mereka. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa seluruh tubuh wanita itu adalah aurat termasuk muka mereka dengan alasan muka juga boleh menarik perhatian lelaki yang “hatinya berpenyakit” dan akan menimbulkan fitnah dalam masyarakat. Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Selain itu, Islam yang diterima oleh seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia adalah berpunca dari pembawa yang sama iaitu Nabi Muhammad SAW dan baginda adalah dari bangsa Arab yang berpakaian mengikut budaya bangsa baginda. Oleh sebab puncanya bermula dari bangsa Arab yang mana cara pemakaian mereka ialah jubah, serban atau kopiah (sesuatu yang menutup kepala) bagi lelaki dan berjubah labuh menutup seluruh tubuh bagi wanita, maka ia juga turut dikira sebagai budaya pemakaian Islam bahkan lebih jauh lagi ia sudah dicap sebagai imej Islam itu sendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud;“Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

Rasulullah SAW sendiri dalam segala segi manjadi rujukan dan ikutan setiap umat Islam yang komited dan istiqamah dengan suruhan agama, maka mereka turut meniru dan membudayakan setiap amalan dan tindakan termasuklah cara Rasulullah SAW berpakaian dalam hidup mereka. Itulah yang melambangkan imej dan syiar Islam sehinggakan keperibadian seseorang hamba itu turut dinilai melalui cara mereka berpakaian.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud; “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Inilah antara lambang kesempurnaan dan ajaran bagaimana Islam mendidik umatnya dalam berpakaian dan memilih pakaian yang melambangkan ketaqwaan kepada Allah. Oleh itu, kita sebagai umat Islam dan selagi kita meyakini bahawa setiap ajaran Islam itu benar dan meyakini bahawa Allah itu benar, maka kita akan dengan rela hati memilih dan berpakaian menurut Islam dan menjulang tinggi pakaian yang manjadi syiar dan lambang keislaman dan ketaqwaan kita walaupun ada mereka yang membenci, marah atau menyerang kita.

Ketahuilah, hakikatnya mereka mahu menyerang Islam itu sendiri tetapi mereka memperalatkan seorang dua golongan yang berperangai syaitan tetapi meniru pakaian Islam. Yakinlah Allah tetap bersama kebenaran dan Allah pasti bersama kita selagi kita bersama kebenaran. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisaa', ayat 85 yang bermaksud; “Sesiapa yang memberikan syafaat (tauladan) yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan tauladan yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas semua perkara.”

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat

AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Hadis riwayat Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh

PAKAIAN yang jarang atau nipis sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Hadis riwayat Muslim)
3. Pakaian tidak ketat

TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan.

4. Tidak menimbulkan riak

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud, “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.”

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud, “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud, “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

6. Larangan pakai sutera

ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq 'alaih)
7. Melabuhkan pakaian

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Menurut riwayat Imam at-Tirmidzi dan Nasai, dari Ummu Salamah r.a., “Ya Rasulullah, bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah?” Sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi ke atasnya.”

8. Memilih warna sesuai

CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud, “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (Hadis Riwayat an-Nasa'ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas

TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya. Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.

Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

10. Larangan menggunakan perhiasan yang berbunyi

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud, “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Wanita muslimah tidak dibenarkan menggunakan rantai kaki yang berloceng yang melilitkan kakinya. Rantai berloceng ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.

11. Berlebih-lebihan dalam berwangi-wangian

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina.” (Hadis dari Abu Musa al-Asy’ari)

Wanita muslimah tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak hingga menusuk hidung orang yang dilintasinya. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Wanita yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Rasulullah SAW. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

12. Larangan bertabaruj

Wanita yang menjaga maruah dirinya tidak mengguna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslimah kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya sahaja. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti pelakon opera Cina! Jika hendak bergincu, gunalah gincu yang tidak menyerlah warnanya.

13. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bermaksud, “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”

Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya.” (Hadis riwayat Muslim).

14. Selepas beli pakaian

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmidzi yang bermaksud, “Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah.”

15. Berdoa

KETIKA menanggalkan pakaian, lafazkanlah: “Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.”

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

Semoga menjadi amalan kita sehari-hari!

(copy dari email ustaz Hisya..trimas pren)

Day 17

20/4/2011

Siries aku takde perasaan bila tengok tarikh tuh. Takde beri makna apa2 pun. Hokey...hokey..pada yang tidak mengetahui..hari jadi aku.Aku rasa sepanjang aku kawen ada sekali je kot laki aku beli kek..selebihnya dia wished je. Dan seperti biase aku tau jawapan dia apa kalau berkait hadiah " abi dah bagi hadiah tak ternilai dunia akhirat untuk ayang..tuh budak 2 orang tuh"...iye..trimas very2 much laki ku..*emmm MySpace

Tapi this year kononnya nak seprais aku ler...kui 0005 (12.05 am) dia sms aku wished aku.Trimas ler laki ku terchenta. Takpe la takde hadiah pun..ibu dah biase...MySpace

Aku memang dah plan baik punyer nak diet ari nih tapi nak dijadikan cite kui 0530 pg aku memerut dalam bank umah aku. Punyer la sakit perut ni tuhan je ler yang tau. Selalunya aku lepas dah melepas ok ler tapi kali ni makin ke sakit.Aku mula risau aku kene apendiks ke hapa..mula la terbayang kalau aku sakit camne dengan budak2 ni..sapa nak jaga derang, macamne laki aku nka datang dengan dia pun tak sihat * kami famili banyak penyakit huhu.. camne budak2 ni nak g sekolah..aku dah tak larat dah. Last2 aku nekad aku kene setelkan budak2 ni dulu. Dengan sedaya upaya ler aku buat rutin macam biase..mandi2, kemas2, chantek2 dak 2 orang ni, tepon Auntie Safi derang mintak tolong bawak aku ngantor ke sekolah mereka n g klinik ambik MC. Terpaksa ler auntie Safie derang mendukung dak adik ke bawah. G klinik feveret aku Klinik Zalfah dapat ler MC sehari.

Huh! aku pun pelik macamne aku leh sakit perut cenggitu.Tambah lak mual2 lagi..kalau gitu mesti orang syak aku peknen padahal aku sakit perut. Aku rasa sebab malam sebelum tuh aku telah memakan sardn yang dicampur 6 cili api yang hanya di ketuk2. Perghhh!!!sedap giloz!Mantopp!! tapi ni la padahnya..perut tak tahan. Bikin malu orang Nogori yo..x tahan podeh!penamo eh!

Balik klinik aku bantai tido sampai tengahari..hamek ko! Ingatkan lepas bangun ilang la kot sakit perut..pun masih berbaki sakit. Huru hara lak pikir camne nak ambek bebudak ni. Petang tuh ujan lak lebat tak hengat..aduhhh!!! Pagi tadi tepon laki aku dia cakap dia pun tak ok...tapi kalau ok dia datang.

Keputusan drastik terpaksa diambil. Dengan kredit tepon yang nyawa-nyawa ayam kene sembelih aku menelepon semua umat yang ada ..adek akan dibawa pulang oleh nanny nya..kakak tumpang teacher Permata balik..setel.

Allah Maha Pengasih..tak sampai 5 minit kakak balik..ayah dia pun sampai..Alhamdulillah!!!
Terus kui 8 malam kami g ambik adek. Sungguh Allah permudahkan urusan aku ari ni. Kirenya ni la besday aku yang sangat tak boleh dilupakan...sambut besday atas katil gitu

Neway...Selamat Harijadi Kakcchik...sweet 13...muahahahaha....
aku dah 31 lerr

Cito eh den dan Pejabat Tanah Jompo

Untuk kemudahan anda, rujuk episod 1 dan episod 2

Bila dan selesai urusan memasukkan nama aku dalam geran tanah yang baru ni aku ada terperasan macam aku bahagian aku ni kurang. Tanah eden tuh ado 3 penamo dan bahagian mak ngan ayah den yang paling besar. Tapi bilo tengok balik ado yo bahagian den macam x sampai pun setengah eke. Ikutkan asal bahagian mak ialah 49/149 dan ayah 49/149 so mengikut pengiraan manual kalkulator biaso den ialah 49 +49 = 98 dan tidak la aku terpikir nak kiro sekali yang /149 tuh. Itu la penyobab eh den telah mengambil keputusan bengong tanpo pikir sebaik gilo pork mungkin untuk cuti.Haduhh...di saat2 ni aku rasa sangat bagus kalau aku ada kawan dikalangan penghulu-penghulu.Sebab apa aku cakap bengong? sebab aku tak menelepon merujuk sesapa hal ini. Rugi benar cuti aku rasanya. Sobab apo den katokan cuti den ghugi? ce cite..ce cite..

AKu terjah kaunter Pejabat Tanah dan terus bagitau sobab musabab aku datang melawat derang. Punyo la lamo aku duk nunggu baru derang panggey..comey dak kerani tuh

" kak, betul la geran ni..takdo salah kiro pun,apo masalah eh kak?"

"dek , akak tengok dan kiro macam kurang je bahagian akak ni banding dengan 2 penamo ni"

"ce akak tengok" dio kuarkan kalkulator saintifik eh..aku kuar kan sempoa aku * aku tipu

"49/149 +49/149 = 49/258, kalau bahagian derang ni bila dicampur menjadi 1..ce akak tengok laie saya kire * 3 4 kali dia mengira guna saintifik kalkulator depan mata aku tui tak kak"

"lerrrr..patut la akak salah kiro..senang kemain cito ehh" *hancus cuti den sehari

Tu la cito eh cuti aku yang jahanam sehari dan diet aku yang juga jahanam hari tuh. Bagus kan?

Khamis, 21 April 2011

Day 16

19/4/2011

Layan nescafe 3 in 1 sebab begerak dari Bahau ke Bangi kui 0600hrs dengan anak-anak. AKu dah bosan duk Bangi. Yang ni aku cite lain..sambung yang kesah kat Pejabat Tanah lepas.

Lepas ke Pejabat Pos beli setem hasil aku kene lak berarak ke Pej Tanah. Kejap je urusan matikan setem tuh kat Bahagian Hasil. Yang lamanya pasai urusan kat Bahagian Tanah tuh. Punye lama sampai laki aku tetido dalam kete. Lepas tuh g lak ke Bahagian Hasil nak bayar....

eh..ehh..ni kesah lain nih..utk tarikh ni lain citenye aduh..banyak dah masa hari ni aku guna utk tulis blog ni. Makin besor le montot ibu nnt.

Ibu sambung laen tau..banyak lagi kesah beshh dari aku..
sat aaa..

Day 15

18 /4/2011
Ilang diet aku ari ni. Aku cuti hari ni sebab nak nguruskan hal pertukaran nama tanah dari mak ayah pado den. Sebenarnya dah lama tukar cuma aku rasa macam kurang je jumlah bahagian tanah aku. Disebabkan aku bizi sangat nka menguruskan hal tuh maka takde lah aku sempat nka berdiet atau lebih tepat aku langsung tak makan. Setelkan banyak hal yang boleh dibuat hari tuh.

Sebelum setel hal aku, kene setelkan hal umah n anak-anak dulu. AMboihhh..anak-anak dara aku ni macam tau je ibu dia cuti ye. Kui 9 pun tak bangun-bangun. Shorga sungguh kalau ibu tak keje. Senang nak tido sampai tengahari ye..mintak mahap ye anak-anak ibu. Kamu semua kene bangun awai sebab tuh ibu takde kompromi..hangkat je 2 orang tuh masuk bilik air. Terus siram!

Anak-anak dah setel. Kemas umah lak. Nasib aku ada kat umah dari sabtuday maka takde la banyak sangat sepahnya. Kemas, sapu lantai dan mop lebih kurang..sedap mata aku memandang so I AM SO READY!!. anak-anak dah setel, umah pun dah siap, nak letak mano lak bebudak ni? kalau bawak g kang mako tak jadi apo urusan aku nih! Maka terpaksa la aku merelakan bebudak ni duduk kat umah jiran aku Kak Dah. Nasib baik ari ni dia tak ngikut Abg Mie naik lori. Kalau dak haru ler.

Hari ni 18 April is a Monday Blues. Nka wat urusan kat opis gomen pulak. AKu dah nekad dah kalau macam-macam hal aku gomo je kat sana. Aku tak bagitau lagi apa urusan aku ye dak..huhu. Begini citenye..

Bulan feb lepas mak ngan ayah decided nak bagi tanah yang takde la besar mana pun kat Bahau pada aku. Abih..ofer kat abang-abang semua tak nak..xpo la..den trimo yo..syukur alhamdulillah. Untuk urusan gitu kene la aku cuti 2 hari la pulak. Berarak aku dengan mak ayah ke Pejabat Tanah Jempol sebab tanah tuh dalam Daerah Jompol. Tak abih lagi urusan tuh sebab aku tak bawak surat beranak yang menyatakan aku ni anak kandung mak ngan ayah..* ekau macam ghoman anak myanmar so tak boleh la nak mati setem hasil. Tapi takpe la sebab urusan mak ngan ayah dan setel.

Sebulan (perhatikan beza jarak hari aku datang balik..ni semua sayangkan cuti) lepas tuh aku baru aku datang dengan bawak surat beranak aku. Punye la nak matikan setem tuh..kene pegi ke pejabat pos beli setem hasil then kene pegi lak ke Pejabat Tanah tuh balik nak matikan setem untuk memaktubkan nama aku dalam geran tanah yang baru ni.

Panjang lak ai..aku sambung di Day 16..

Day 10 - 14

13 - 17 / 4/2011

Disebabkan aku dah lama x updated sebab aku tido awai maka xde la aku hapdet pasai diet aku nih.Tapi weekend lepas aku balik umah Bahau haram pun aku tak timbang sebab aku takut jarum tunjuk ke angka lebih dari 62++..OMG!!

Lagi sebab aku jarang hapdet

1) *ulang sebab tadi dengan penjelasan aku nak ngajor anak-anak aku tido awal dan bangun awal. So nanti bila dah sekolah takde la derang mengelat nak bangun mandi wpun skang aku dah rasa susah giloz nak kejutkan derang ni bangun mandi.Jangankan si kakak, si adik pun sama susah .

2) Aku plan tido awai aku akan bangun awai dalam kui 0430 nak kemas umah, nak kemas blog aku ni sekali. Tapi gamaknya macam dah tak boleh je sebab aku selalu terjaga setiap jam buat milk adik. Ibu mithali kan aku? Laki aku jauh je ni..kalau dia ada dekat aku memang keje dia ler yang buat milk anak. Selalu terjadi perkara aku akan terbangun kui 0530 pagi..itupun dah ditolak dengan masa aku berangan bergolek tak hengat ..tu la pasai bangun lambat.

3) Jangan aku bermimpi malam tuh atau stat mimpi kui 0400. Kalau subuh spie tuh aku mimpi memang alamat nye hapdet sekadar hapdet dalam mimpi je..huhu

4) Jangan aku bergayut dengan laki aku tengah-tengah malam. Kalau gitu citenye makanya memang benar aku akan bangun jam 0530.

Err..macam banyak lagi alasan aku ..ok la..lebih tepat kalau dikatakan aku ni ada penyakit malas nak hapdet...huhu..senang cito!

Day 9

12/4/2011

bf - telur separuh masak
3 gelas air

lunch - ikan goreng 1 + sayur grg
3 gelas air

diner - x hengat..huhu


Day 8

11/4/2011

puasa sunat senin

sahur - 2 telur separuh masak
3 gelas air kosong
ending secawan kopi mak dara

buka - ayam bakar +sayur goreng
3 gelas air kosong

Selasa, 19 April 2011

Menarik dari kami...

><><><><><><><><><><




TUNGGGU!




><><><><><><><><><><><>

Menarik dari kami...

><><><><><><><><><><




TUNGGGU!




><><><><><><><><><><><>

Sabtu, 16 April 2011

Story behind the picture

Gambar-gambar kenangan Echah bersama kami di INFRA


luv this pic





















Isnin, 11 April 2011

Day 6 & 7

9-10/4/2011

Hb aku telah menganjurkan kenduri kecik-kecik. Memulanya aku hengat betul2 ler kocik-kocik ghupo eh besar sebab tumbang lembu sekor. Dulu dia kata anak lombu alih2 pada hari kejadian ialah seekor mak lembu.Pueh nak ngabehkan lauk. Daging bt masak kicap ngan sop. Penuh satu kawah. Berebut-rebut daging dalam kawah tuh nka kuar..muahahaha.Oleh kerana hari tuh ada kejadian lain maka aku pun terpaksa la langgar diet aku. Bf mmg x sempat. Menu untuk kenduri tu ialah DAging MasSak Kichap, GUlai Ayam Omak DEn (sinonim dengan gulai lemak cili api) dan Sup DagiNG.

Untuk berkongsi rasa bangga dan hampeh pada diri aku, chef untuk DAging MasSak Kichap dan Sup DagiNG ialah laki aku sendiri *tepuk tepuk tepuk . AKu? bini nye yang terchenta ni bertugas sebagai pembantu dapur sahaja. Itu pun ketua dapur disandang oleh kakak epar aka SIL ku terchenta KAK Ngah KurSiAh.

Kronologi kejadian pagi tuh bermula dengan kehadiran SIL aku. Sementara dia tunggu ketua chef balik dari balik ambek daging, aku selesaikan dulu keje rutin 'membaikpulih' umah anak-anak. Selesai keje rutin tuh, buka tv untuk lalaikan askar-askar terchenta dan aku terus begerak bertugas sebagai pembantu dapur. Naik lenguh tangan aku memotong segala jenis mak nenek bawang. Setiap jenis 3 kg, ado 3 jenis * korang tau bwang jenis lain selain yang 3 tuh?? bawang yang harus dikejekan sebelum chef stat masak. Itu pun dah dekat kui 11 tghari. Korang penah dengar orang kenduri dengan tumbang lembu sekor chefnay stat masak lauk tghari rembang n kejadian lak bermula kui 1230?x penah kan? Mesti gelabah kan kalau korang yang terlibat. Haa...ni lah yang terjadi dalam kenduri kami. KUi 1130 tgahri omak den sampai dari Jolobu. Ni chef diimpot khas untuk masak gulai lomak ayam cili padi. Upah?Kira harga anak beranak je..hehehe


Tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Segala lauk siap dimasak kui 1230 & terus dihantar ke tempat kejadian. Sempat lagi kami buat kenduri doa selamat kecilan untuk arwah ayah mertua dan adik Ta sekeluarga.Trimas untuk famili aku yang sudi datang memeriahkan suasana. Untuk mak, abang joi, kekel, kak ngah ngan kakak. Trimas le diataas bantuan anda semua kalau takde le semua umat ni terkangkang jugek la aku ngan laki aku ari tuh.
Pic? dapat sekeping je..itupun sebab lauk tuh dimasak di belakang umah aku. Gulai ayam masak lomak cili api omak den..enjoy..dan diet aku pun jahanam ari tuh..bagus kan?


Selamat Berjaya Echah

Entri kali ni saya tujukan khas pada sahabat saya yang bernama SIti Aishah bt Mamat. Sahabat saya ni telah mendapat jawatan baru iaitu Pegawai Sosial gred 41. JAwatan ni lebih tinggi dari jawatan yang sedang dipegang skang Kire boleh kata sahabat ni naik pangkat ler. Benarnya sahabat aku (baru masuk mood s a blogger) ni asal kejadiannya bukan ler sahabat sangat. MAngsa kutukan aku dengan kengkawan lain je.

Sebelum nak masuk mood berpisah dengan Echah ni meh nak bagitau skit memula kawan ni masuk keje sini (INFRA RED). Batch minah ni ramai. Dalam 8 orang kot dan bagi aku derang ni sangat poyo..time tuh la. Poyo ler sebab derang ni semua sait (side) pegawai. So tak leh nak join kami-kami yang kulikutif ni.Tapi untuk diri aku ni memang aku dah agak dah kalau aku kata aku tak leh ngam memang nanti ditakdirkan tuhan aku akan keje dengan salah seorang deme ni. Emm...Allah Maha Besar..ditakdirkannya aku kene keje dengan Echah.Kene jaga kursus dengan dia berganding dengan Ustaz Nazri aka Ustaz Rok. Stat kursus berjalan lancar dan baru la aku tau camne si minah. Dia adalah seorang yang sangat giler..ngam sekali dengan kepala aku dan ustaz nazri. Kire best la kan keje dengan dia..dan jenis minah ni dia sanggup belajar sampai tahap orang kondem dia asal dia dapat catch up. Aku perasan bos aku yang sangat ntahapehape tuh memang layan dia macam bongok je tapi si echah ni menten je.Memang aku salute dia ni. Tapi memula keje memang aku tak berapa mesra sangat ler tapi sebabkan banyak nak kene outstesen dengan dia so kene la baik dan mesra. Kalau tak buhsan?!!

Banyak kenangan manis pahit sepanjang kami keje sama. Memang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..aku jumpa pengertian peribahasa ni sepanjang kami bersama. Chah ko ingat lagi tak peserta kita kat Melaka tuh? Akak yang kita ingat muda anak dara lagi ghopenye member dan umur 40++ n dah ada anak dara. Rajin ko kata aku nak tau rahsia awet muda dia kan padahal ko pun sama nak tau.Aku paham ko malu so ko jual nama aku atas kapasiti aku dah kawen.Takpe..aku sangat paham. Time kita gi Perak masa aku tengah peknen 7 bulan tuh ko ingat tak?ko, aku, Cik All ngan CIk Saiful.. 5 hari outstesen baru ler aku tau habit ko bile tido..gemor mengimpit dan takut gelap..hahahaha...lawak tui la aku rasa ko ni time tuh.AKu ingat kan warieh aku je suka tido ngimpit2 ni..kawan aku pun ada jugak!LAyan kan je ler..kita dapat mak angkat sama kan chah..naseb baik dia tak ambek ko jadi menantu kan chah..tu pun sebab 'ibu' tuh takde anak laki. Anak dara dia lak yang jadi pujaan Cik All dan CIk Saiful..muahahaha..macam-macam laki orang tuh kan..

Sebelum ni kalau aku tak sempat nak ambik anak kat taska aku selalu mintak tolong ustaz nazri ambek sebab umah dia atas setingkat dari taska. Lepas ustaz kawen dan pindah ke putrajaya aku mengalihkan tugas tuh pada Echah. Tengkiu echah sebab jadi nanny anak-anak aku. Dari kakak sampai la ke adik ko tolong jaga. Baru la aku sedar ko ni mmg ada bakat jadi nanny iye. AKu puas hati ko jaga anak-anak aku walau aku bagi 2 2 sekali ko sanggup jaga. AKu terharu chah. Sampai ko ajor ngaji dak kakak. Halalkan ye chah ilmu IQra yang ko dah bagi pada kakak. Ape daya ko dapat ngajor kejap je.

Lepas tuh aku dapat berite CNN dari osmet ko aka auntie Farah bagitau ko dah bertunang. Warghhh??dalam ingatkan ko takde boifren ghpenya ko dah tunang ye. Rezki ko ye chah..kenal dalam mukabuku , kenal kat luar , kapel, tunang dan bulan 6 ni ko nak kawen. Aku rasa macam baru je kenal ko ni.Dah nak nekah dah ko ye.Ape pun aku sefamili mendoakan kebahagian yang bakal ko tempuhi.

Ko tau tak chah aku paling suka kalau kuar dengan Z, Farah bile ko ada sekali. Aku suka dengar ko berdikir barat dengan Z. Lepas ni Chah rindu ler aku nak dengar korang bermokyong.SUnyi rasanya ko takde ni. Z pun dah takde gu (klik) nak berdikirbarat..eemm...rindu saat kita bersama dulu kan..

11 April 2011 Echah ke KK untuk melapor diri kat tempat keje baru dia. Memula dapat surat ke Kinabatangan alih2 lepas lapor diri ko kene ke Ranau ye? Ingatkan kot la ko leh jadi kawan Bung Mukhtar atau kawan Zizie ke * ke jadi num 3 bung??huhu cari pasai aku ni! kan ko penah cakap kat aku 'dalam nasib tak baik mesti ada nasib baik'. Aku pasti ko boleh hadapi cabaran di tempat orang sebab ko ialah Echah..yang kuat walaupun kenkadang blur dengan situasi semasa...muahahah

Chah..aku benarnya sedih ko gi ni sebab aku dah takde nanny berkaliber. Selebihnya sebab sedih ilang kawan yang sangat baik. Tapi aku pasti ko bukan jenis yang mudah lupa kawan. AKu ngan anak-anak pasti sentiasa ingatkan ko..bile anak-anak aku besar nanti aku akan pastikan derang ingat auntie Echah derang ni terutama kakak..ko kan tok guru dia..
AKu taknak crite banyak sebab aku rasa dah banyak aku bcrite. Aku kat sini pun bebel sorang-sorang je..takde sape yang sudi baca..huhu..

good luck Chah..we lov u ok..

Mood : sedih

Day 5

8/4/2011

bf - ayam grg 3 + temun
air 3 gelas

lunch - g merendek kat Alamanda dengan Kak Lang i

diner - nasi 4 sudu + itik masak kecap (nyum nyum hb sya masak)
air 3 gelas


Khamis, 7 April 2011

Kesah di alam pekerjaan

Aku stat keje umur aku 21 tahun 2001.Tahun 2000 aku ambek ekzem STP tapi jgn kao tanya rezabnye ye. Kalau ok takde la aku keje kulikutif macam skang..huhu..
Memula aku keje adalah sebagai ...

jeng..jeng...Align Center




........................................................................................
--------------------------------------------------



chekgu... sandaran je..hehehe

Citenye aku tak menat pun jadi chekgi ni tapi dah rejeki aku la kot? asal kejadiannya aku g meneman kawan aku je interview since lepas stp takde xtvt lagipun jaman tuh aku je yang boleh drive dan ada kete.Kami pegi berempat (Liza, Ina, Yati dan aku) tapi yang tersangat nak jadi chegi ni Liza dan Ina je ..aku dengan Yati pulak dipaksa untuk g join sekali interview tuh.
Giler bosan.

Tapi dalam berempat tuh ghopenye aku dengan Yati lak yang lulus jadi chekgi yang Liza dan Ina tak dapat..eemmm...nak cakap apa? Yati tekad tak nak terima tapi bagi aku lak aku nak cuba jadi chekgi.Maka bermula la jadual aku sebagai chekgu Fatimah dan the best part is aku ngajar subjek Moral..hahaha..lawak..lawak..kakchik ngajar Moral?macam tak pecaya!Buang sampah pun aku campak merata ni nak ngajar bebudak buang sampah dalam tong sampah??
Eehh...ok apa? Tak cuba mana nak tau kan? AKu ngajar budak form 1 sampai form 2. Boleh la jugak aku ngajar tapi aku rasa bukan jiwa aku la ngajar-ngajar ni. tak sesuwei ler! Sempat ler aku jadi chekgi dalam 3 bulan..sempat ler merasa gaji chekgi..sempat ler kene sound dengan panitia sebab ngajor guna sandal..huhu..

Keje seterusnya aku sambung dalam part 2 sebab konpom panjang tahap longkang taknak baca nye..okeh?


Day 4

7/4/2011

bf - scramble egg + 2 hotdog rebus
3 gelas air

lunch - seketul drumstik grill meiden +sayur sawi grg
3 gelas air

diner - sate 5 cucuk + slices red velvet
3 gelas air

* korang caya ke menu utk diner aku tuh? aku pun x caya dgn diri aku..leh ke tahan..huhu

Day 3

Day 3
6/4/2011

bf - 2 bji telur rebus+mayo+serbuk lada itam
3 gelas air

lunch - seketul kepak ayam masak merah (kuah ambik skit)
acar timun+karot (besar punye temun ngn karot)
3 gelas air

diner -1 bji telur rebus+mayo+serbuk lada itam (malas nak masak)
3 gelas air

p/s : segelas Kopi Mak Dara - x blh kopi2 ni during induction tapi bile menum bersemangat balik..terus segar badan..x ngantuk2..huhu

Rabu, 6 April 2011

Hati ku bukan disini

Emm...bukan entri untuk berjiwang-tak-boleh-tahan tapi sebab aku dah mula rasa letih nak berulang-ulang dari Bangi ke Bahau ke Bangi. Hb aku dah rajin menyungut skang sebab banyak duit abih kulu kilir menjemput mengantor kami. Ok la aku trima walaupun kenkdang pedih gek tinger dengar tapi kene selalu muhasabah diri sebab memang duit laki aku je yang banyak habih. Duit aku? buat menyimpan untuk kecemasan dan hari tua kami *iye ke?

Hati aku bulat, xde segi, xde bucu, aku nak transfer. Aku kene buat sesuatu supaya aku ngan anak2 dapat tinggal bersama dengan ayah derang.MESTI! Aku mulakan hari dengan berdoa pada subuh bening supaya Allah memudahkan urusan aku. Sebelum tuh aku cite dengan hb dan meminta restu dari dia. Alhamdulillah Tuhan permudahkan urusan aku dengan berjumpa semua bos besar.

Mesra alam ghopenye derang ni semua. Ni sebab sinonim dengan bos garang sebab tuh tak tepikir semudah ni nak bercakap dengan derang ni. Tq bos!
Surat permohonan dihantar pada pertengahan Feb 2011 dan aku akan menunggu, menunggu, menunggu dan menunggu moga-moga ada rezeki aku bertukar.AMIN!

* korang tolong doakan ye..tq

ADik pun dah pandai merajuk..

Simptom ni benarnya baru ni je aku nampak. Dalam 2 3 minggu ni. Aku jarang marah dak adik sebab dia yang selalu jadi mangsa buli'an kakak. Bukan tak penah marah, penah tapi jarang ler..sikap ni mula teserlah bile balik Lonek umah ayah derang. Ayah derang ni suka sangat mengusik anak -anak dia sampai nangeh2 bebudak ni. Aku lak pantang dengar derang nangeh sebab aku dah hari2 dengar kat Bangi.

1 hari kat Lonek tuh ayah derang ni telah marah dengan ini adik. Bukan marah sangat pun..marah2 manja je. Amboih yang dak adek tuh punye la muncung, pandang muka ayah dia sampai x bekelip tuh.Kemain bulat mata dia. AKu takde hp canggeh nak snap pic klau tak memang aku buat untuk santapan mata korang. ADa lagi. Skang dak adik ni sudah pandai guling2 macam kucing kejor ekor sendiri ..kalau kita ambik barang kat tangan dia...hahahaha...sungguh2nye guling ditambah dngan menyanyi sekuat hati dia..muahahahaha...lawak la adekk!!MySpace

Nak tegelak ibu tengok adek buat muka lagu tu. Amboihh!!anak dara ibu ni dah besar ler. Ini bermakna ibu dengan ayah sudah boleh bekeja keras untuk memberi adik kepada kakak sukainah lak.MySpace

Nak luruh jantung ibu nak ooiii!!!...

Kesah ini berlaku sekitar 2 hari berturut-turut
Pelakon utama: Sumaiyyah, Sukainah
Pelakon xtra : Shubli, Siti Fatimah

Situasi 1

Berlaku baru je lagi bolum laie masuk seminggu. Kejadian berlaku pada jam 2130hr (0730 ptg. Keadaan sebelum tuh ujan yang amat lebat yarabbi. Memula ada la 2 orang pekerja laki aku yang datang keumah nak ambik gaji. Ketika itu aku lak tengah sibuk di dapur dengan bajet nak kemah umah ler sebelum bertolak ke Bangi. Kadang-kadang aku jengok juga kat hall tengok anak-anak tengah terbaring melayan tv. Tak lama kemudian datang lak ayah derang aka laki aku ke dapur untuk membelasah sepinggan pulut.Bila aku tanya mane anak, ini jawapannya
' ada kat luar tengah tengok tv'

Kemudian ayah derang ni terus mengangkut pinggan dan makan kat meja depan. Aku lak bawak kopi mak dara aku menuju ke laki aku. Tibo-tibo bolum laie aku sampai ko mejo makan dan nasib baek aku tak mencampak cawan ke muko laki den, aku tengok

PINTU GRIL DOPAN UMAH DEN MEEENGAAAANGOOOO!!!!
abih mano anak-anak daro dennnn????!!!

Mako soro den tolah bertukar menjadi soro chipmunk seropo berduet dengan Justin Bieber (apo den lalut ni??) memanggil bebudak ni. Nak gugur jantung aku mencari derang ni sobab aku risau derang berarak kat jalan (sebelah umah aku jalan bosar..treler kau-kau nyer besar lalu situ).Tapi tak sompek sojam soro den nak pocah aku nampak dah bebudak 2 orang tuh tengah SODAP main lumpur kek dopan umah. Pup pap pup pap aku dengar dak kakak menepuk air dan menguli tanah lumpur dengan adek eh dengan sangat hepi x sangko dapat meraso nekmat shorga dunia tanpa ibu n ayah disisi. Aduuuhhhh!!!!time tuh aku pun tak tau apekebende jadah yang aku tempik. Gugur jantung ibu anak ooiii... dapat jumpo korang. Memang sangat naseb baek bebudak ni tak ke tepi jalan. Kalau tak entah la..eeiii...nauzubillah la!
Memulo aku marah tak hengat kat bebudak 2 orang ni. Tak kiro la ko adek manjo ko..akak baik ko, 2 2 ibu tempik.


Ibu "bla...bla...bla...bla..bla..bla..bla...bla...bla...bla..bla..bla..bla...bla...bla...bla..bla..bla..bla...bla...bla...bla..bla..bla..
bla...bla...bla...bla..bla..bla..bla...bla...bla...bla..bla..bla.." * aku lupo jadah hapo aku dok bebel kat 2 hamba Allah ni.

Bukan derang je kene..ayah derang pun tersembur sekali sebab dia boleh duduk makan dengan senang ati padahal gril tuh depan mata dia je.*HANTU PULUT SUNGGUH!!!
Urut dada aku. Lepas pueh menjerit aku rasa nak tegelak pun ado..bile kenang2 balik camno la dak adek tuh dengan merangkak-rangkak leh lak dia sampai ke luar umah tuh.
Dahla depan tuh tanah merah berbatu -batu lagi..x sakit ke dek?moskil tul ibu!
semangat waja tui ko ye kakak ngan adek ni. Suka sangat iyee...

Situasi 2

Kejadian baru je berlaku dalam kui 8 malam tadi. Sebelum tuh bebudak ni pueh bergayut dalam tepon dengan ayah derang. AGak nye rindu sesangat dengan ayah derang kot. AKu lak sibuk kat dapur macam beso la ado yo kojo yang tak sudah. Gril umah kat Bangi ni jarang sangat aku kunci sebab iye la duk kuartes. Macam safety la sangat **konon** . Yang si kakak ni kalau bab buat ibu risau memang chempiang. AKu pegi je depan aku tengok pintu umah aku dah ngango macam mulut boyo. Ahhh...sudah??!! mano lak poe bebudak nihh??* ni x saspen sangat*
Kakak ngan adek kat luar umah tengah maen selipar ibu. Cantik je kan drang duk. Comel je aku nengok!huhu
Maka aku terus mengangkat derang masuk umah sebab dah gelap..risau lak kan..
Bila dah masuk umah mende pertama aku soal ' kakak rindu ayah ke'
kakak jawap ' ha..ah.Kakak tunggu ayah'
'ayah mana bu? ayah tak datang?'

Syahdu aku dengar ayat anak dara aku tuh. Aku terusss text ayah derang bagitau kejadian tadi. Ayah reply
** sian..esok ayah datang**
(aku pun suka #bling#bling)

Atkins Diet in 40 Days

Day 2 - 5/4/2011

bf - telur rebus 2 bj +mayonis+serbuk lada itam
air 3 gelas

lunch - ayam masak merah -1ketul
air setengh botol den hadap
acar temun godang

diner- telur rebus 1 bj + mayonis+serbuk lada itam
air 3 gelas

p/s : aku berjaya menahan diri aku dari makan coklat..chaiyok!

Selasa, 5 April 2011

Aku dah konpius

Aku benarnya memendam rasa *x tahan ayat..hehehe
aku dari dulu lagi mengidam nak genggam..


............................



..............................


................................


..................................


GENGGAMMM...segulung ijazah MySpace

oohh...its like a dream come true.
Tapi benarnya aku pun tak tau apa yang dalam pikiran aku.EEmm...camno dalam kepalo sendiri pun tak tau? gilo apo??hahaha..aku konpius. Aku dah register untuk ambik ekzem STP semula. Ok dulu aku ade ambik STP tapi jangan di tanya la lulus ke idak..memang aku nyesal sangat sebab tak belajar sungguh-sungguh dulu. Aku admit ler aku memang seorang bengap even dalam famili aku pun tersohor aku yang bengap cipan.Hmm...time cikgu ngajar den melangok yo kojo eh atau kenkadang MySpace..:( too bad

Kembali ke landasan.Ramai yang tak setuju dengan cara aku yang nak ambik STP sebab ramai soh aku terus ambik degree guna pengalaman keje. Tapi benarnye aku ada plan baeekkk punyer dengan sijil STP tuh tapi tengok la gone gayanye. La pun aku haram kot stat blajar apa-apa lagi..haru!

Bile dah tak penah usik buku ni aku mula pikir nak ambk diploma terus cumanya kene ambik masa ler..4 tahun..kalau aku lulus semua ler.Kalau tak sampai anak 10 kot baru aku abih blajar. Lepas tu aku ingat nak sambung ambik ijazah..iyess! IJAZAH. Bayangkan aku memakai jubah dengan topi itu menggenggam skroll tuh...ambik gambar sambil lempar topi ke atas..MySpace..kalau la...kalau la...

Ngape tetibe kuor entri ni? Sebab tadi aku terbaca blog sahabat aku. Member dapat sambung belajar. Huh! aku sangat jeles bila membaca entri dia tuh. Bukan jeles sebab dengki. Aku jeles sebab aku tak dapat sambung lagi sobab eh ado masalah dalaman negaro. Xpo la den ambek cito ekau buek penaik semangat den untuk terus maju belajar untuk sambung belajar dan mendapat degree.

* entri gigih aku dengan jiwa yang meluap..huhu

Sempat lagi ko ye..mangkuk!

Marah sangat ke statement aku tuh? marah la jugak..ce cite..ce cite...gini al kesahnya...

Pagi tadi dari rumah ke sekolah anank dara aku ada tedengar bunyi orang berteriak kemain nye kuat. Pusing kiri pusing kanan..tuu diaa..melaut manusia kat sebelah sekolah kakak tengah eksesais. Tu semua geng BTN yang datang berkusus kat tempat aku ni. Aduhh...aku mula la memikir tempat mana nak ikut yang dekat untuk mengelak dari mereka-mereka ini. Aku tau ler memang derang tuh semua bukan nak tengok aku tapi aku kemaluan yang besar kalau berada berhampiran dengan ramai manusia yang aku tak kenal ni. IIsshhh....aku ni pemalu,segan, malu, malu dan malu MySpace. Ok ler kalau tak caya MySpace..

Tapi aku nak buat camne? Terpaksa la jugak lalu kat situ sebab terdekat dan memungkinkan aku tumbuk kad (punch card) aku dengan tulisan warna itam..huhu..huh! aku nekad lalu kat situ itupun lepas aku nampak Kak Efa slamber je pun lalu. IYess..u can do it kakchik! Memula lalu memang aku tunduk macam jepun tunduk hormat..langsung tak pandang kiri kanan..perghh...Tuhan je ler yang tau tebal gonne ghoman(wajah) aku. Memang ler tak lawa dahh...aku kan pemalu tahap gaban.

Sampai tengah -tengah antara grup derang tuh tiba-tiba...SERANGGGG!!! hoh??!! terpaksa la aku memberentikan diri di tengah-tengah alam maya tuh supaya derang tak telanggar aku. Ghupenye derang kene buat kumpulan kat sebelah kanan tempat derang bekumpul tuh. Adduhhh..time2 ni la ye korang nak berlari. Itu tade hal la kan. Yang buat makcik agak marah tuh bila makcik sempat merasa ada orang telah menepuk montot makcik yang ala-ala jiana jain ni.Lerr...dan kesilapan aku ialah tak reti nak pusing tengok samada makhluk laki atau
pompuan yang berbuat demikian..Eeeiii...suwey tui kalau pagi-pagi ni dimulakan dengan negatif tindakan.Awat la korang tak tepuk tiang besi tuh? Isshhh...

Kalau ada yang menanya kenapa tak buat lawak spontan jadi penyiasat time tuh? Jawapannya sebab aku x kuasa! bukan merelakan tapi sebab mereka-mereka itu semua lagi ramai dari aku.So jalan terbaik BLAH DENGAN PENUH HORMAT DARI SITU!. Dun waste ur time bebeh. Lagi 5 minit je lg ko nak tumbuk kad.Makanya aku pun berjalan selamber seolah-olah ok ke opis dan tumbuk kad aku dengan catatan masa 0752hrs. Huh! NASIB SEMPAT!

p/s : aku seorg yg sgt tidak suka melanggar peraturan *dulu jaguh

Isnin, 4 April 2011

Atkins Diet in 40 days, Day 1

4/4/2011

bf - 2 bji telur separuh masak
3 gelas air koson

lunch - sebijik Zinger beger :D
1 botol kecik mineral

diner - 1 kfc dramstik
3 gelas air koson

berat : 63kg **OMG**
sasaran : 55 kg **ngee**