Khamis, 19 Mei 2011

Cuti di Bahau

Sempena cuti wesak (17/5/2011) lepas aku ambek kesempatan cuti sampai 4 hari..iye la..sabtu ahad tentu cuti, selasa dah cuti lagi maka senin cuti tersepit aku harung ler sekali. Sepanjang 4 hari tuh macam biase la rutin aku idup aku sebagai surirumah hujung minggu..menggunakan sungguh masa yang ada. Baju yang setinggi Gunung Angsi aku setel kan bukan setakat rata..sampai clear aku lipat..senang ati tengok bakul baju tuh kosong..suka!

Dapur aku berkilat *yo yo'oo je ..cuma 1 je..aku kekal tidak masak..memang shorga tui la jadi bini Datok S ni..masak memasak laki aku yang punye..muahahhaha gelak jahat. Hari sabtu tuh aku bangun awal..tetibe datang angin nak make over umah. Umah aku ada 3 bilik ..2 bilik depan n 1 bilik belakang.Bilik aku yang depan, tengah bilik untuk budak -budak ni n bilik belakang aku wat tempat salin baju,semayang etc.

So ari tuh hati aku digerakkan Allah untuk rajin telebih je pagi tu..aku pandang cermin kat bilik tengah tuh aku telah mendapat ilham untuk mengubahsuai semua bilik umah ni. Memula aku alih lemari kat bilik tengah tuh ke bilik depan. Bilik tengah jadi bilik aku, bilik depan ubah jadi tempat bersolek dan work station laki aku..bilik belakang kekal. Memula dah angkat lemari baju blakang ke bilik depan tapi mengenangkan bilik air kat dapur lepas tuh mesti nak kene lalu depan kalau nak pakai baju terus ubah plan..Kekal di belakang.

At last setel semua dalam tengahari ops make over umah aku. Tak sangka tui sungguh gagah perkasa aku bila leh ngalih lemari dan katil besi. Sorang-sorang tui i buat tuh. Datok S pun tak caya aku mampu alih semua barang-barang tuh sendiri. Haa...baru dia tau bini dia ni gagah berani *riak la pulak..Motivasi aku ' kalau aku nak mesti boleh'...bagus kan..nak kemas umah pun kene ada motivasi..ingat apa beb/??

Skang aku puas sebab dah cantik umah aku. Umah aku tak banyak barang yang besar so aku pun terpaksa la perah otak untuk kretip ubahsuai umah. Pueh hati den!

Gitu la kesah aku kalau cuti-cuti kek Lonek. Sapa cakap jadi surirumah ni mudah? Leh duduk-duduk je? leh tido-tido je? kalau la betul semua tuh..besst nye kan..


Tiada ulasan: