Ahad, 5 Februari 2012

den pantang kojo last2 minit nih..

Haa...tu la deh! Dah la keje tuh aku belum termaktub kene buat last2 bising suh aku buat..apa cerr? ngamuk ape hei ni kakchik?begini critenye......

semalam..jumaat bos aku bagi keje pasai data tabika orang asli. Dia cuma tunjuk-tunjuk je  format tuh tapi tak kata dateline keje ni. Jadinya aku pun sibuk la buat keje lain..almaklum banyak kojo la katakan...klisee.. data tuh takde la aku ambik endah sangat..buat lebih kurang je ler. Dalam kui 1630 petang 1 called telah mari dari HQ di semban. menanya aku pasai tabika. Bila aku tanya format tuh dia lak tak paham. sudahnya aku lak yang kene explain kat dia mende alah tuh sebab aku pun tak paham yang mana dia nak. Ghopenye dia nak yang data pasai tabika yang bos aku suh buat pagi tadi. 

Hambek!!lagi beberapa minit nak balik dia tepon menanya. Aku cakap aku bagi keje tuh hari rabu tapi di bekeras nak hari senin atau selasa. Lupa kah dia senin dan selasa kami orang nogori bercuti? ke dia eager nak repot untuk dia siap so dia suh aku siapkan hari senin? huh!tak nak den datang opis ni luar waktu opis. Takut den!

Pueh aku betekak dengan dia baru la dia kata ok hari rabu.Naahhh...kan ke senang bro? Aku memang la akan buat keje tuh tapi tengok la masanya.Aku kalau keje last minit ni mula aku sakit kepala. akhirnya memang takde keje yang siap.Aku buat insyaallah keje tuh..tapi masuk keje rabu ni ye...

yang bos aku pun 1 heii...cakap la siang-siang pasai duedate keje tuh. Ni tak pasai-pasai aku lak sakit kepala pasai ni. HUH! x gomar den!

Sabtu, 4 Februari 2012

Derang lagi terer area utan nih...

khamis baru ni aku g site visit (macam YB daaa...) ke tabika kampung orang asli Kampung Batu Peti...jalan nak masuk kampung ni takde la susah benar. Jalan pun jalan tar..bukan la jalan tanah merah ke hapa ke ye..kiri kanan jalan dikeliling pokok getah. dalam perjalanan nak ke tabika ni aku ngan bos aku ternampak 2 orang budak kecik..aku rasa lingkungan umur sumaiyyah dengan sukainah. opkos la aku kesian dan risau kan sebab bebudak..duk dalam utan lak tuh. dalam kepala aku mula la dok pikir macam2.

aku saspek 2 beradik ni kot main-main kat luar rumah lepas tuh terus jalan sampai tak sedar terus sampai ke utan ni..aku saspek la..aku bajet bos aku ni nak berenti tapi dia tak berenti..slow-slow dia kedepan ...ehhh!!tak boleh jadi ni?!!terus aku beleter dengan dia bos..'stop lerr' last2 dia maleh dengar aku leter dia stop then tanya mana mau pigi? di bantainye nangeh la pulak..parah!

abih dah nangeh gitu kebetulan ada kete kat depan nak kuar makan kami pun tepaksa berlalu ke depan. Dalam pada tuh aku nampak ade sorang pompuan naek motor dan aku bajet ni mak derang nihh. Iyup!bila aku pusing belakang je memang mak derang sebab dia berenti nka ambik bebudak tuh. Lerrr...!!bertuah tui la mak dia!ade ke patut?

bos aku tuh ade gek cakap...bebudak ni lagi terer kawasan utan ni compare kita..hahahah...aku lupa yang aku deal dengan orang asli. Hutan kan mainan derang..

Muahahahahaa...macam mane leh lupa??

Jumaat, 3 Februari 2012

Disini aku tercampak

Macam orang merajuk daa...xde arr...untuk pengetahuan korang walaupun korang tak nak ambik tau..aku dah menjadi warga Bahau dah hampir 2 minggu. Aku dah pegi opis baru aku.Termasuk aku jumlah staf adalah 40 tapi dibuang 0.Boring giler aku duk opis baru nih. Aku rasa macam kembali ke zaman batu. Bukan nak mengata aku ni dari bandar sangat tapi aku tak sangka yang aku akan gunakan semula mesin potostat yang sehelai ambik msa 5 menet nak kuar.Giler lembap! Tapi for the sake of my famili aku redha. Aku kene tukar corak keje aku kat tempat baru ni. Kat sini stafnya semua laki tapi semua laki orang. Nampak macam garang je tapi sebenarnya ok. Orang lama..banyak pengalaman n derang pun tak kedekut nka shared. Ok la kan?

Kat opis ni memang resam tiap-tiap hari bukak je pintu sampai la orang-orang asli mintak bantuan rumah ke hapa ke..tapi bukan aku la nak menanya derang..aku pas kan pada orang-orang senior ni. Aku dengar je..sronok dengar derang layan orang-orang asli ni. Bab klakar--klakar la..bab yang asyik nak memarah pun ada tapi totally derang ni datang sebab nak mintak bantuan dan memang mulut n muka kene manis la dak?hahaha...

Masalah lain di tempat keje baru ni ialah failling. Pelik tui aku.Memane je masalah sama. Jenis maleh nka minit surat lepas tu surat dikumpul sampai tahap tak boleh  nak ditutup. Parah tui la. naseb la aku jenis suka menyebok semua keje kat tempat lama dulu ada la skit-skit ilmu aku yang leh aku guna kat sini. Boleh la bantu-bantu skit.

Kat opis ni lak..xdo cleaner. Cakap pasai cleaner ni aku teringat dolu2 masa aku bujang2 masa zaman aku gemar berchatting aku selalu ngaku aku keje cleaner cum tealady..huhu..nahh hambek ko!!aku kat sini jadi cleaner tak rasmi. Baru je tadi aku kemas bilik mesyuarat opis ni yang....perrghh|!!aku rasa kalau aku buat masa perut aku 9 bulan konpom aku beranak kat sini gek..muahahaha. Aku ingat lepas ni aku nak keje sampai 9 bulan la sebab aku tak yah la tahan sakit lama..agak2 banyak keje aku layan je. Ni aku rasa tak lama lagi ade jugak aku kene jadi tealdy lak...untuk mesyuarat ke hapa ke ...konpom la tuh!

Bagus kan? seronok keje kat sini keseluruhannya...aku enjoy walaupun kenkadang aku tak tau nak mula mana keje yang terlalu banyak..sampai 1 tahap aku langsung tak boleh buat sebab tak tau nak usik mana dulu..boleh?huhu

Ok aku nka tido...sakit kepalo. Jumpo laen..

Khamis, 12 Januari 2012

Persiapan akhir dan perasaan saya..

Baru je selesai mendraf email untuk ucapan selamat tinggal kepada kengkawan di opis aku.ramai tanya tak sedih ke nak tinggalkan infra..tipu ler kalau aku kata aku tak sedih tapi ye lah...takkan la aku nka berguling-guling untuk menyatakan betapa aku sedih untuk meninggalkan kamu semua kan? Allah je yang tahu apa dalam hati aku tika aku mendapat tahu berita kesahihan pertukaran aku ni. Sungguh aku tak menyangka seawal ni aku akan bertukar. Selama ni kalau orang tanya 'maseh di INFRA kakchik?" dan jawapan klise aku adalah ' ha'ah..tetap,berpencen dan bersawang kat sini'..muahahahaa...x boleh blah nyer jawapan aku. Sapa sangka akhirnya aku akan tinggalkan jua Bangi terchenta ni. Dalam umur aku yang muda lagi *muda lgi ke?? aku selalu memplanning yang aku akan duk di kampung di kala aku nka pencen nanti. Tapi Allah Maha Mengetahui. Akhirnya aku akan balik ke kampung untuk berbakti di sana..untuk orang-orang asli..boleh?

10 tahun aku di KL dan selangor ni. Macam tak caya sungguh aku berjaya harungi hidup di kota *ayat novel ni dengan banyak cerita,ceriti,pahit,manis, kenal orang tuh,kenal orang ni, dapat bf,bakal bf..hehe lepas tuh kawen, beranak dan sampai ketahap sekarang ni. Allah Maha Besar..hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk hambanya. Semua telah berlalu tahun ke tahun dan yang pasti kebahagian menunggu untuk aku dan famili aku.Itu la jugak harapan aku bila dapat pindah ni.

banyak kenangan pahit manis sepanjang aku disini. Tiap tahun ada manis,masam,pahit dan segalanya sepanjang di sini. Tapi bagi aku..yang pahit aku simpan dan aku jadikan iktibar dan pengalaman hidup supaya lebih beringat dan yang manis..lagi la aku simpan,simpul ketat-ketat, nunnn jauh di satu tempat di sudut hati aku..sampai mati ..insyaallah aku takkan lupa.

Dikesempatan ini..aku nka mintak mahap banyak-banyak pada sesapa yang terguris,terasa,temarah atau apa-apa je sepanjang kita berkawan atau berkenalan. Aku tak sengaja sebab aku pun bukan sempurna mana..maafkan aku sahabat sekalian. Yang termakan,termenum..aku mintak tulun la halalkan kalau tak muntah darah la den weh..huhu...

Apo laie den nak merapu ni?entah la..mahap zahir batin la kot??hehehe..

Rabu, 11 Januari 2012

kesah anak ngan ayah derang..

Disebabkan aku kene melapor diri subuh spie kek seremban maka anak-anak aku terpaksa la aku tinggaikan kat ayah derang. Emm...bukan aku x caya kat laling aku bila bab jaga anak. Yang sadisnya pagi tuh jugak la ayah derang ni demam ni. Aduhh!! aku dah agak dah kalau demam ni maknanya anak-anak aku bakal jadi anak terbiar la nih. yeahh!!naluri ibu ni memang kuat. Anak-anak aku kui 10 pagi baru mandi. Gosok gigi? mintak mahap la yo! bakal jadi lombong emaas la dalam mulut si kakak tuh.

Tapi aku salute laling aku ni sebab dia jarang mulut bising banding dengan aku yang sambil tangan jalan kemas umah mulut aku pun berjalan gek 'menyanyi' untuk famili tercinta..muahahaha..Tadi on the way nak ke Seremban si kakak tepon dengan suara sayu dia nak ikut.Dia ingat ibu dia balik Bangi.tak la sayang...ibu tak balik Bangi. Ibu keje kat Seremban.Sian...sedih hati aku dengar dia ckap tadi..ishh...ishh..

Petang laling calld bagitau esok dia ada meeting dengan sapa ntah pagi. Ahh..sudahh!!mana lak aku nak letakkan anak-anak aku ni?dah la taska tak cari lagi, jiran sebelah umah aku lak takde umah ari tuh, aku lak nak kene balik keje kat Bangi.. Ufff!!ibu penin!ibu penin! Dalam pada tuh aku saje google taska kat Bahau. Dapat la pulak. Alhamdulillahh!!terus tepon terus setuju.

Malam tuh balik je dari Seremban sampai bahau terus g survey taska tuh. Menggagau je cari umah tuh tapi jumpa la akhirnya. Pagi esok tuh lepas ayah derang ngantar ke sana aku tepon owner taska tuh. Derang tanya anak aku penah antar taska ke sebelum ni..Aku pun ye la tapi ape hal kan..sebab derang tengok anak-anak aku tak takut langsung even 1st day n nanny pun semua orang baru. Derang wat macam biase je. Alhamdulillah..aku risau gek terutama si kakak sebab dia dah besar. Si adek takde hal..duk mana pun dia boleh idup.Tapi alhamdulillah sangat-sangat anak-anak aku sangat berdikari. AKu suka anak-anak aku macam tuh mungkin sebab dari dalam perut aku lagi derang dah rasa duk dengan aku je sebab ayah derang jauh jadi duk mana-mana pun derang pandai bawak diri. Lagi satu memang aku tak ajar anak takut dengan keadaan sekeliling. Biar derang jadi kuat. Sekental semangat Sumaiyah.

Ingatkan bersawang kat situ je..

Aku ada cite kat sini kan pasai den kono transfer balik kampung. 9hb Jan aku g melaporkan diri kek HQ JAKOA di Seremban dengan menumpang sepupu aku subuh spie dari Bahau. Kemain la baik aku ni kazen aku cakap datang lapor diri subuh sebab selalu orang datang tengahari atau petang atau dengan kata laen sesuko hati derang. Aku lak tak tau kalau tau memang aku pun nka buek gitu yo!huhu..

Sampai je kat sana ramai je beratur kat luar pintu sebab polisi antara staff JAKOA negeri ni tiap-tiap minggu rotate jadi pemegang kunci opis. Jadi ari tuh yang pemegang kunci tuh pulak ntah poie ke mano mako eh semua pakat behimpun luar opis nak punch kad. Last sekali semua punch kad merah..muahahhaa. Aku?orang baru kan..ikut je la. Secara kasarnya staf kat opis Seremban ni aku tengok ok..semua peramah. CC kat sini semua peramah dan baik..kire senang la aku nak kontek derang kalau ape-ape hal kat daerah nanti kan.

Rupenya dalam ramai-ramai staf tuh ada sorang CC ni dah dekat 10 tahun berulang dari Juasseh ke Seremban.Perghh..tegar tui dia berulang.Kemain jauh eh macam dari Infra nak ke Damansara melalui jalan yang jem lagaknya. Tapi agak haru sikit sebab aku tak dapat jumpa dengan Pengarah JAKOA cik Bakar sebab aku dapat tau jumaat minggu sebelum tuh derang dah rai Cik Bakar dapat transfer ke HQ JAKOA sebab naek pangkat. Congrats bos! So kene la aku mengadap Timbalan Pengarah (TP). Aku ingatkan macam kat opis lama gred 41..ghopenye gred 27.hambek!muda sesangat ko dah jadi TP yo!

Ni aku nak cite pasai keje aku kat daerah Jempol nanti. Semua yang bercerita kat aku agak mengecutkan perut aku. Sebab aku akan lebih menjaga kebajikan orang-orang asli di sekitar daerah Jempol. Ni yang aku paham skit-skit la tapi kalau salah mmintak mahap la yo. Sampai derang cite kalau derang sakit penin kepala sikit pun derang akan panggil orang JAKOA ni. Macam keje JKM pun ada aku rasa tapi aku redha je la. Aku dah nekad bila mintak tukar ke jabatan ni. Aku langsung tak survey keje baru ni sebab lagi akan buat aku sedih nka tinggal kota metropolitan ni (lah sangat..muahahaha). Aku nekad aku redah je macamane pun keje aku nanti. Kenaikan pangkat? ada yang kata susah la skit aku nak naek pangkat kalau dah duk daerah nu tapi bagi aku..betul-betul aku tak kesah. Ada rezki aku naek pangkat..alhamdulillah. Takde rezki aku keje la macam biase...berpencen dan bersawang la pulak kek JAKOA Jempol tuh.

Bagi aku ni semua boleh menambahkan pengalaman dalam diri aku. Kene jugak la kot keje kehulu ke hilir dengan diri aku ni. Lagi pun aku rasa kat opis lama aku dah lama dalam zon selesa. Insyaallah la..memang aku tau banyak dugaan bakal menunggu aku tika keje di daerah nanti tapi aku akan cuba dan mesti boleh buat.Insyaallah..sok kalau baca cite pasai aku merintih kek tompek kojo baru nanti layan kan je la yo..huhu

ADIoz

Khamis, 5 Januari 2012

Penghijrahan..

Akhirnya setelah setahun berjuang untuk bertukar demi untuk bersama keluarga..hari ni aku telah mendapat surat yang mengesahkan tempat aku kat tempat keje baru.Iyup!aku yang sengal ni akan berhijrah ke tempat baru. Sempena 2012 ni aku sambut dengan berita penghijrahan aku ke daerah Jempol. Aku akan bertukar ke JAKOA. What is JAKOA?JAKOA stand for Jabatan Kemajuan Orang Asli atau dulu dikenali sebagai JHEOA.

Apa aku rasa sekarang?sedih?hepi?teruja? emm...kosong...empty..tuh je yang aku rasa.Bukan aku tak nka pegi...bukan..tapi aku rasa macam..terlalu awal.Emm...aku target aku dapat bulan Mac atau April tapi ye la...kita merancang kan...Tuhan menentukan.Maka aku redha je. Cakap pasai redha ni..aku tak penah pun pegi tengok opis baru aku ni walaupun aku selalu nampak signboard opis ni kalau gi Bahau.AKu redha macamane sekali tempat keje baru ni,macamane cara keje baru ni..aku redha je. Yang pasti rentak keje aku akan bertukar seiring dengan rentak keje baru ni.

Yang paling aku pikirkan ialah bagaimana agaknya situasi aku yang akan tinggal serumah dengan laling aku selepas 5 tahun tak penah duk bersama. Macam-macam yang aku pikirkan pasai ni. Mampukah kami?mampukah aku? Salah satu sebab aku mintak tukar ni adalah kerana anak-anak aku. Aku rasa tak mampu lagi untuk menjaga tanpa kehadiran ayah derang ni. Aku perhatikan 'kebrutalan' si kakak ni terjadi salah satu apabila dia berdepan dengan aku..ibunya sahaja. menurut ayahnya..kakak mudah sekali dijaga bila dgn dia.Amat berbeza bila dengan aku..so camno tuh? Lagi 1 dah hampir setahun aku berulang pagi senin dengan anak-anak dari Bahau.Aku tak boleh bayangkan situasi itu bila anak-anak dah mula sekolah nanti. Tentu kesian sebab penat dan akan ilang perhatian pada pelajaran lalu merosot prestasi.

Nauzubillahh..jauhkan la! Apa lagikan doa dari seorang ibu untuk anak nya melainkan doa yang baik-baik sahaja? Apa aku buat ni adalah untuk kebahagiaan famili aku. Untuk suami dan anak-anak. Sebab pangkat?ada yang bising kat aku kalau pindah jauh-jauh gini peluang kenaikan pangkat kurang. Emm...lantak la! aku langsung x terpikirkan pangkat ke hapa..pangkat x menjamin apa-apa. Apa yang aku pegang..rezeki ada dimana-mana. Ada rezki aku naek pangkat..ade la..xde rezki aku nak naek pangkat..gini la pangkat aku sampai ke pencen. Takpe..aku redha..sekali lagi..aku buat demi famili dan demi Allah. Ramai nasihatkan aku..berjuang di jalan Allah demi kesejahteraan famili..dunia akhirat.

Dan untuk aku teruskan perjuangan aku ditempat baru ni..aku dah lama berfikiran positif dan terbuka. No matter what happen..aku kene hadapi..memang bukan mudah tapi aku percaya Allah sentiasa ada untuk permudahkan urusan hambaNya ini. Aku pegang doa tuh.

Untuk penutup..aku ucapkan selamat tinggal dan terima kaseh pada semua yang menyokong,membantu pertukaran aku ni..kenkawan yang banyak berada di sisi aku masa haru biru aku tika suami tiada disisi..aku sangat menghargai korang semua..hanya Allah saja yang membalas jasa korang. Kita hanya merancang Dia yang menentukan..aku pasti ini yang terbaik dari Dia untuk aku. Percaya lah..memang aku hilang korang untuk hari-hari bersama tapi kenangan bersama kita dulu akan aku kenangkan hari-hari..selagi maseh diberi peluang oleh Allah untuk benafas di bumi ini..aku akan ingat.

- Salam penghijrahan -