Akhirnya setelah setahun berjuang untuk bertukar demi untuk bersama keluarga..hari ni aku telah mendapat surat yang mengesahkan tempat aku kat tempat keje baru.Iyup!aku yang sengal ni akan berhijrah ke tempat baru. Sempena 2012 ni aku sambut dengan berita penghijrahan aku ke daerah Jempol. Aku akan bertukar ke JAKOA. What is JAKOA?JAKOA stand for Jabatan Kemajuan Orang Asli atau dulu dikenali sebagai JHEOA.
Apa aku rasa sekarang?sedih?hepi?teruja? emm...kosong...empty..tuh je yang aku rasa.Bukan aku tak nka pegi...bukan..tapi aku rasa macam..terlalu awal.Emm...aku target aku dapat bulan Mac atau April tapi ye la...kita merancang kan...Tuhan menentukan.Maka aku redha je. Cakap pasai redha ni..aku tak penah pun pegi tengok opis baru aku ni walaupun aku selalu nampak signboard opis ni kalau gi Bahau.AKu redha macamane sekali tempat keje baru ni,macamane cara keje baru ni..aku redha je. Yang pasti rentak keje aku akan bertukar seiring dengan rentak keje baru ni.
Yang paling aku pikirkan ialah bagaimana agaknya situasi aku yang akan tinggal serumah dengan laling aku selepas 5 tahun tak penah duk bersama. Macam-macam yang aku pikirkan pasai ni. Mampukah kami?mampukah aku? Salah satu sebab aku mintak tukar ni adalah kerana anak-anak aku. Aku rasa tak mampu lagi untuk menjaga tanpa kehadiran ayah derang ni. Aku perhatikan 'kebrutalan' si kakak ni terjadi salah satu apabila dia berdepan dengan aku..ibunya sahaja. menurut ayahnya..kakak mudah sekali dijaga bila dgn dia.Amat berbeza bila dengan aku..so camno tuh? Lagi 1 dah hampir setahun aku berulang pagi senin dengan anak-anak dari Bahau.Aku tak boleh bayangkan situasi itu bila anak-anak dah mula sekolah nanti. Tentu kesian sebab penat dan akan ilang perhatian pada pelajaran lalu merosot prestasi.
Nauzubillahh..jauhkan la! Apa lagikan doa dari seorang ibu untuk anak nya melainkan doa yang baik-baik sahaja? Apa aku buat ni adalah untuk kebahagiaan famili aku. Untuk suami dan anak-anak. Sebab pangkat?ada yang bising kat aku kalau pindah jauh-jauh gini peluang kenaikan pangkat kurang. Emm...lantak la! aku langsung x terpikirkan pangkat ke hapa..pangkat x menjamin apa-apa. Apa yang aku pegang..rezeki ada dimana-mana. Ada rezki aku naek pangkat..ade la..xde rezki aku nak naek pangkat..gini la pangkat aku sampai ke pencen. Takpe..aku redha..sekali lagi..aku buat demi famili dan demi Allah. Ramai nasihatkan aku..berjuang di jalan Allah demi kesejahteraan famili..dunia akhirat.
Dan untuk aku teruskan perjuangan aku ditempat baru ni..aku dah lama berfikiran positif dan terbuka. No matter what happen..aku kene hadapi..memang bukan mudah tapi aku percaya Allah sentiasa ada untuk permudahkan urusan hambaNya ini. Aku pegang doa tuh.
Untuk penutup..aku ucapkan selamat tinggal dan terima kaseh pada semua yang menyokong,membantu pertukaran aku ni..kenkawan yang banyak berada di sisi aku masa haru biru aku tika suami tiada disisi..aku sangat menghargai korang semua..hanya Allah saja yang membalas jasa korang. Kita hanya merancang Dia yang menentukan..aku pasti ini yang terbaik dari Dia untuk aku. Percaya lah..memang aku hilang korang untuk hari-hari bersama tapi kenangan bersama kita dulu akan aku kenangkan hari-hari..selagi maseh diberi peluang oleh Allah untuk benafas di bumi ini..aku akan ingat.
- Salam penghijrahan -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan