Khamis, 12 Januari 2012

Persiapan akhir dan perasaan saya..

Baru je selesai mendraf email untuk ucapan selamat tinggal kepada kengkawan di opis aku.ramai tanya tak sedih ke nak tinggalkan infra..tipu ler kalau aku kata aku tak sedih tapi ye lah...takkan la aku nka berguling-guling untuk menyatakan betapa aku sedih untuk meninggalkan kamu semua kan? Allah je yang tahu apa dalam hati aku tika aku mendapat tahu berita kesahihan pertukaran aku ni. Sungguh aku tak menyangka seawal ni aku akan bertukar. Selama ni kalau orang tanya 'maseh di INFRA kakchik?" dan jawapan klise aku adalah ' ha'ah..tetap,berpencen dan bersawang kat sini'..muahahahaa...x boleh blah nyer jawapan aku. Sapa sangka akhirnya aku akan tinggalkan jua Bangi terchenta ni. Dalam umur aku yang muda lagi *muda lgi ke?? aku selalu memplanning yang aku akan duk di kampung di kala aku nka pencen nanti. Tapi Allah Maha Mengetahui. Akhirnya aku akan balik ke kampung untuk berbakti di sana..untuk orang-orang asli..boleh?

10 tahun aku di KL dan selangor ni. Macam tak caya sungguh aku berjaya harungi hidup di kota *ayat novel ni dengan banyak cerita,ceriti,pahit,manis, kenal orang tuh,kenal orang ni, dapat bf,bakal bf..hehe lepas tuh kawen, beranak dan sampai ketahap sekarang ni. Allah Maha Besar..hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk hambanya. Semua telah berlalu tahun ke tahun dan yang pasti kebahagian menunggu untuk aku dan famili aku.Itu la jugak harapan aku bila dapat pindah ni.

banyak kenangan pahit manis sepanjang aku disini. Tiap tahun ada manis,masam,pahit dan segalanya sepanjang di sini. Tapi bagi aku..yang pahit aku simpan dan aku jadikan iktibar dan pengalaman hidup supaya lebih beringat dan yang manis..lagi la aku simpan,simpul ketat-ketat, nunnn jauh di satu tempat di sudut hati aku..sampai mati ..insyaallah aku takkan lupa.

Dikesempatan ini..aku nka mintak mahap banyak-banyak pada sesapa yang terguris,terasa,temarah atau apa-apa je sepanjang kita berkawan atau berkenalan. Aku tak sengaja sebab aku pun bukan sempurna mana..maafkan aku sahabat sekalian. Yang termakan,termenum..aku mintak tulun la halalkan kalau tak muntah darah la den weh..huhu...

Apo laie den nak merapu ni?entah la..mahap zahir batin la kot??hehehe..

Tiada ulasan: