Isnin, 26 Disember 2011

nak tukar rupe


Bila ye nak tukar rupe blog aku ni? Tadi menjengah blog makbed ni..kemain cantik ye dia ubah muka blog dia..ada kambin lagi..huhu

Aku nka tukar gek ler..tapi aku ingat nka tukar bekground ghope aku yang tembam ni..bulehh??muahahahaha

Awat cuti ni lama sangat..

Bosan giler aku cuti-cuti ni. Kemain panjang cuti kali ni.AKhir tahun je cuti panjang.Kalau la laling aku ni free tak sibuk macam menteri pertanian Uganda mesti kami sudah berjalan tak hengat.Tapi aku dah anak-anak maseh disini..duk umah layan blues..huhu

Aku lak bawak balik keje kononnya nak buat sepanjang masa cuti ni la tapi iye la..sampai kesudah la keje tuh macam mana dari hambek kat opis sampai la aku balik semula ke opis.Same je kot?hehehe..tak la. Aku ingt lepas setel hapdet blog ni aku nak buat keje ni la..bukan susah mana pun.maleh je lebih.

Anak-anak dara aku ni kalau dah berjumpa..jangan cite la 'meriahnya'.Yang si adek kalau tak 'menyanyi' untuk seminit bukan dia la. Yang si kakak kekal la dengan 'kebrutalan' dia. Si brutal 'belasah' si lembut..bayangkan la camne ghopenya rumah aku.Macam beranak 10 la rumah ni..hehehe. Anak aku si kakak ni walaupun dia brutal tapi sebenarnya dia manja. Aku nak kene pujuk dia lebih dari adik dia.Kirenya si kakak ni brutal tapi manja la..macam penah aku dengar je ayat ni...huhu

Ehh..panjang la pulak aku merapu ye? Ok im done.Aku nak siapkan keje ni..Chiaow!

Khamis, 22 Disember 2011

Perasaan aku

Tajuknye kemain!hehehe...sebenarnya aku nak cite yang malam tadi pukui 2300 aku telah merasa lapar lalu membaham nasi sepinggan bersama ayam panggang dan ulaman yang disonglap dari opis semalam. Dipadankan pulak dengan sambal tempoyak..perghhh...ayaq liuq meleleh nih! Sangat sedap kengkawan!

Semenjak aku positif berbadan 2 ni tetiba selera makan aku makin menjadi-jadi.My laling cakap badan aku dah sama besar dengan peti ais kat umah.See....sangat sweet ayat laling aku kan?huhuhu. Tapi siriesly memang aku cepat merasa lapar sekarang. Bukan lapar skit-skit ye puan-puan. Lapar yang melampau macam 1 hari tak penah makan.Hambek ko!Dah 2 tahun aku berpantang nasi (la sangat) tapi sekarang nasi adalah peberet nombor 1 aku.Oleh kerana aku lama sangat berpantang dari makan banyak mende jadi kali ni aku adalah orang yang sangat pantang..pantang melihat mende makan.Semua aku sebat!Balas dendam sungguh aku.

Dan sekarang hampir pukul 6 pagi..aku lapar la pulak. Sesi awal pagi pada hari ni.Baguskan?hahahaha

Nak tapi tak boleh - dan skit je

Dalam hidup ni kita kene faham..tak semua perkara, cite, kesah atau apa saja yang kita boleh cita atau luah. Nak cite kene tengok kat mana kita nak salurkan cite tuh dan pada sapa la pulak yang kita cite dan tentu adakah ianya berkaitan dengan orang tertentu. Kalau ada brani cite la kat dalam blog ni tapi bagi aku takde la aku nak bercite semua dalam blog aku ni. Ok ler aku tau memang takde orang yang melawat blog aku tapi kot ada lak yang terbaca dan kene pulak atau ada bau-bau taik dengan kesah idup orang memane..tak ke naye weh? Naya ke aku ler kene sembur, kene bambu atau paling teruk disula-teruk tuh??..haru dak?

Macam malam ni..aku ade mende yang dah terbuku lamaaa dalam hati aku ni tapi aku tak boleh nka luah kat sini. Aku risau kot ada yang terguris hati sesapa walaupun hati aku telah terguris dengan sesetengah orang. Senang kan? memikirkan perasaan orang lain la sangat janji tak dapat musuh. Baik sangat ke aku ni sampai memikirkan kan sangat perasaan orang?ke bodoh sebab tak berani nak crite?Ntah la...yang pasti pada masa ni aku sangat memikirkan perasaan orang yang mungkin akan terasa dengan luahan aku.

Meh la aku cite skit mende yang aku merapu ni. Aku marah bila orang mempermainkan perasaan aku. Aku bukan budak-budak yang baru abih sekolah. Aku ingat setiap butir ayat kata yang ditujukan pada aku. Itu dulu tapi bila sekarang ni baca statement kat situ aku betul-betul terasa hati, marah sampai nak lempang-lempang sebab perasaan aku selama ni telah diperkotak-katikkan. Mudahkan berkata-kata...susun ayat secantek mungkin dan layannn. Dan aku la yang bodohnya sebab kesannya sampai sekarang aku yang terasa kesannya. Manusia..mudah sangat lupa kan..mudah lupa. Hampir saja aku hanyut dan sipi lagi aku kehilangan segala disebabkan perasaan ni.

Tapi Allah itu Maha Kuasa. Kita yang manusia ni je lalai. Seolah hidup ni kita sendiri yang catur padahal semua sudah diatur olehNya sejak belum dilahirkan lagi. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku sangat pasti semua itu dan aku juga percayakan hukum karma. What u giv u get back. Akhir aku nak cakap..dikurniakan apa yang aku ada sekarang membuatkan aku patut menghargainya selagi boleh sebab semua ni hanya pinjaman. Pasti akan ditarik oleh Nya bila tiba masanya. Moga aku tidak lagi lalai. Moga aku akan jadi manusia yang lebih menghargai apa yang didepan mata aku. Moga semua bisa memaaf dan menerima aku seadanya sebab aku sedang berusaha untuk melakukan perkara yang sama terhadap kamu semua.

p/s : bisa mengurangkan berat dalam hati aku?
aku jawap ' alhamdulillah...lapang la skit'

Rabu, 21 Disember 2011

Dari aku



Adakah clear pada pandangan korang hape mende alah setan ni?

Tapi kalau aku nak korang tengok secara menjauh dan besar gambornya..dah boleh agak kan??

(


)


(


)


(


)


(


)


(


)


(


)





IYEEE!!ni la mende alah setan tuh. Pregnancy test. Diumumkan penulis blog ni disahkan peknen anak ke3 dowwhh..ALhamdulillah. Dalam pada aku sebuk berstudy untuk exam tuh kan sempat lagi memproses anak ye..eehhh...kalau tolak permintaan suami..derhaka..kene laknat! Tapi dah memang dalam perancangan kami sefamili untuk member adek kepada Sumaiyyah dan Sukainah dalam masa terdekat ni.

Tapi berapa bulan dah usia kandungan aku ni? Minta mahap aku tak tau sebab aku langsung tak hengat bila terakhir MIss P aku mai melawat aku...bulehh??
Muahahaha

Owhhh!!!



Aku sangat marah dengan line beruk selkom aku ni. Lembappp!!padahal aku duk tengah bandor ni!bukan aku duk ulu banat mana pun!Sangat tidak puas hati.

Aku tak tau la adakah masalahnya dengan leptop aku yang seusia makcik ketua kampung ni atau memang line selkom ni yang macam beruk nak panjat pokok (tapi derang itu panjat laju..salahkan selkom ma*&*^&*kuk ni).



Khamis, 15 Disember 2011

Asyik menyinggah je..

Ni dia..tuan nyer blog dah mai selepas bertahun-tahun tak hapdet.Baguih tui kan ka (pinjam sat trademark hang naa..).Bila aku tengok balik dari 28 Oktober last aku menulis dalam blog ni..kemain lamanya wehh!! Ni nak exam nyer hal la ni. Ok cakap pasai exam ni dalam entry yang lepas-lepas kan..semalam 14 Disember 2011 adalah kertas akhir aku..kertas BM 1.Perghhh....memang mencabar minda dan menggoncang buah jantung aku ni ha...maklum ler orang belajar last minit ni..

Sepanjang masa bermula dengan tarikh aku dapat jadual exam tuh aku dah stat study (la sangat..huhu) untuk exam ni. Naseb ler aku ada akak ipar yang keje cekgu kat Terengganu tuh maka dia menasihatkan aku study menjawap semua soalan percubaan stpm 2011 seluruh Malaysia. Haa...kaooo!!1 negara nyer paper aku print...naseb ler zaman dah maju ni..xde la aku nka kene cari kengkawang baru dikalangan cekgu seluruh negara nak dapat soalan. Taip dalam google then terus print out. Mudah dehh?

Alhamdulillah aku dikurniakan kawan sekerja yang sangat membantu. Dari segi pegawai penyelia aku..dia memberi kelepasan kepada aku untuk duduk study di library. Apa-apa hal dia tepon aku. Terima kaseh semua. Aku berserah dan bertawakal pada Allah sepanjang masa exam.

Doa dan tawakal la aku pada Dia moga apa yang aku study kuar la dalam soalan exam. Allah Maha Besar! Alhamdulillah ada juga soalan yang aku sempat study subuh spie sebelum exam kuar tapi boleh jawap tak ko kakchik??Alhamdulillah bulehh! walaupun dah lama tak mempraktikkan kelebihan merapu aku ni..huhu.

Ape pun aku kene tunggu bulan 3 tahun depan ler nak tau resultnya. Aku malu nka berdoa meminta kejayaan atas usaha aku yang sedikit ni tapi Allah Maha Mengetahui. Hanya Dia yang boleh merubah segalanya kan..kalau aku gagal pun aku redha dan aku bersedia untuk duduki peperiksaan tuh semula tapi kalau lulus..ALHAMDULILLAHHH!! err...korang kengkawan aku yang baek hati yang membaca blog aku ni tolong la mendoakan kejayaan aku ni ye..hehehe..luv la fren.