Jumaat, 28 Oktober 2011

tak sompek..

Kiranya kali ni aku datang semula hanya untuk buang habuk, sawang semua yang bertakhta di blog aku ni. Kemain banyak ehh! untuk ayat klisenya tak sempat la aku nak menulis dalam blog ni. Aku kan sekarang tengah sibuk dengan exam ni.

Bercerita pasai exam ni, terus terang dengan jujurnya aku merasakan yang aku tidak akan lulus.Bukan sebab aku tulis menunjukkan aku ni tak yakin tapi aku tau la kemampuan diri aku ni bila masuk bab belajar ni. Kalau tak lama dah aku ada degree aeroangkasa (tipu okeyh!). sedangkan dulu aku belajar dari lower 6 sampai ke upper 6 pun aku tak mampu dapat sijil penuh apa lagi dalam keadaan aku belajar sebulan setengah. Ada orang kata STP ni antara exam yang paling susah di Malaysia..iye ke? kalau tak belajar tapi nak ambik memang la jadi antara exam yang terpayah di antara payah...ehh...mampu pulak aku menaip tanpa memandang keyboard ye..(hasil lama chatting ni..huhu)

Tapi bila dah masa belajar pun tak banyak..maka like it o not aku kene hadapi ler exam. Takpe la..ibarat kata kawan aku...dapat pengalaman menjawap soalan stpm. Nak sedapkan hati aku la tuh tapi ok la..boleh la..tq fren

Tapi lagi sadisnya petang tadi kat opis aku dapat email...exam KPSL pulak. Periksa naek pangkat dowwhh yang bakal kali ketiga aku hambek.Boleh? Yang menjadi msalah problemnya ialah tarikh KPSL tuh sama dengan tarikh paper second last aku stp aku. Macam takde rezeki ler aku nak ambek KPSL tuh. Takpe la..takde rezki...memang aku tak sempat nak ambek pun..emm...bukan rezki aku..huhu.

Ape pun aku mengharapkan doa hb, famili dan kawan-kawan semua agar aku dapat menjawap soalan STP nanti dan moga-moga aku tak antar ler kertas bertulis nama aku je....aku berdoa, bermohon moga semua tuh tak terjadi..

Ahad, 16 Oktober 2011

1 tempat, 1 masa 2 kejadian berbeza (sila buka zip seluar anda)

Fuhh..fuhh...kemain banyak sawang dan habuk kat blog ni ye. Alahai..blog ibu sayang,ibu tak sempat la nak jenguk2 kamu..bizi bangett!Ibu bizi mengejar cita-cita ibu. Ni ibu ada cerita ni skit..errr..ape hal aku beribu bapa ni? Uhh..cite mudah..buang tebiattt!!huhu

Aku bukan nak gelakkan orang jauh sekali nak memperlekehkan maruah orang. Tapi apa yang aku dan laki aku nampak memang sesuatu yang lawak dan memang tak boleh diterima akal langsung. Tapi ape2 hal aku gelak dulu ye....muahahaha

Kejadian ni dah 2 minggu berlaku. Masa tuh hb aku datang ke Bangi. So kami seperti biase memang akan makan kat luar la. Dan tempatnye seperti biase adalah di Medan Selera Sg Ramal..Sate Willy. Tapi sebelum tuh aku kene pegi jemput hb aku ni kat Ampangan, NS. Tu dia aihh...kemain jauhnya. Aku malas nak balik ke Bahau sebab memikirkan esok nak kene balik pagi-pagi dengan anak-anak..letih la.

Seperti biasa kami pilih highway LEKAS untuk nak lekas sampai Bangi. Err..ke Sg Ramal benarnya sebab sate Willy tuh dah nampak melambai-lambai...tunggu ye..Sebelum sampai ke Sg Ramal tuh kami kene lalu tol RM 1 mendekenamatol tuh..lupo! kete tak la banyak Q tapi terkawal la. Sebelum 1 kete je lagi nak lepas untuk ke turn kami..tetibe aku terpandang kete yang tol sebelah.Macam kete lama la jugak brand Nissan hape ntah Derang tengah nak bayar tapi tiba-tiba kuar lak pesengger sebelah. Yang tak tahan tuh member tuh pakai kain pelekat doowhhh...rupenye kete derang enjin dah x power. Terus kete tu majuk tak nak jalan..sian tui. AKu rasa faktor umur kete tuh kot dia jadi lagu tuh. Terus ler member tuh menolak kete tuh ke tepi. Tak tahu la apa dia rasa tapi yang pasti malu tahap 10 kot..aduaaiii...klau aku pun..

Yang lagi bestnye..kete yang kat depan aku ni pun buat lawak jugak.Member pakai kete kebal. tau la cermin tingkap tuh tak berfangsi tapi takkan la sampai nak kluar tarik cermin tingkap tuh kot?hahaha..lawak ler lu bro!Aduhhh....macam-macam la. Tapi bagi aku dah cermin tuh tak boleh nka tutup..bior ke je ler..ape hal nak susah payah? bukan ujan pun dak..


Jumaat, 7 Oktober 2011

Wanita dan air mata

Gugel pasai tajuk ni ghopenya dah ramai yang buat tajuk ni. Tapi mostly adalah kaum hawa. Biase la kan...pompuan dengan air mata MEMANG tidak boleh dipisahkan. Aku pun pelik. Knape ye mudah benar air mata ni kuar?

Sebelum aku kawen, aku sangat susah nka kuarkan air mata. Kalau tengok mak menangis-nangis tengok drama melayu atau hindustan sampai kuar air mata aku yang pertama akan gelak..kuang..kuang..kuang...bagi satu tindakan yang memang tak rasional. CIte je pun..bukan betul. Kalau aku dalam kesakitan, aku tak penah menangis. Malah aku pujuk hati supaya bertahan dengan dugaan yang Allah berikan. Padahal aku penah mengalami kemalangan yang terdasyat la orang kampung aku kata tapi maseh lagi aku boleh berjalan tanpa ketahui kaki yang selisih tulangnya hanya untuk mencari telefon awam. Untuk mengkhabarkan pada mak yang aku dan adek aku kecelakaan.Pun susah untuk air mata aku mengalir.

Ketika aku mula bekerja di sebuah jabatan kerajaan, aku telah difitnah oleh seorang pegawai. Dia menfitnah aku sampai sanggup berjumpa dengan sedara aku di tingkat bawah (aku di tingkat 7 sedara aku di tingkat 2) hanya untuk menceritakan keburukan aku. SUdahnya aku mohon cuti sebulan tanpa gaji atas alasan menjaga ayah sakit. Pun aku tak menangis cumanya aku tensen bila diperlakukan begitu padahal aku tak penah pun bercakap dengan dia.

Tapi semuanya berubah bila aku berkahwin. Aku menjadi seorang yang sangat sensitif. SANGAT-SANGAT SENSITIF! aku sudah terikut dengan mak..pantang tengok drama ke, hindustan ke, bila laki aku tak sensitif dengan aku ke, aku mudah sekali menangis.AKu akan menangis semahu hati aku sampai aku rasa air dalam badan aku dah kurang..muahahaha...teruk tui!

Skang dah ada anak..lagi la..asal anak buat hal je aku pun nangis. Skit-skit nanges. Haisshh macam Neng Yatimah jr lak aku. Belum hal aku dengan laki aku lagi.Lagi la senang mengalir hujan air mata aku ni. Aku mencik tau sebab ni bermakna aku adalah seorang yang lemah. Menangis bagi aku adalah petunjuk aku adalah seorang yang lemah. Urghhhh!!

Dan masa ni aku pun tengah nangis. Sebab? Yang sangat tak munasabah kerana aku tak boleh buat selesaikan masalah kira-kira stpm nih. Aduhhh...tensi tui~!Sudahnya dengan sikap aku yang suka nanges, tensen n stress semua ni aku pun kurus mendadak.Hambek!nak sangat kurus..terus jatuh merudum berat tapi belum ler tahap model tuh. Tahap model saiz M je..
Emm...ntahapehape aku membebel ni...

Anak dara saya yang sangat mesra jiran..

Anak-anak dara aku ni semua nya sangat peramah. Semua orang yang derang baru kenai semuanya selamber ditegur..macam dah lama kenai je. JIran jemiran ape tah lagi..anak-anak aku..muahahaha

Satu pagi yang baru saje berlalu..anak-anak aku ni menegur jiran sebelah umah aku ni. Memula si adek yang 'hai' dengan auntie aniz tuh. Lepas tuh si kakak lak. Bab si kakak ni yang buat auntie aniz dia tak lena tido kot..

Adek : haiii
Kakak : cantik baju...

hahahahaha...rezki kamu la aniz...pagi-pagi dapat pujian ikhlas dari budak kecik...

Rabu, 5 Oktober 2011

Isnin, 3 Oktober 2011

Akhirnya aku disini..



Disini di mana? di tempat duduk aku ni dan menghapdet blog aku. Al kesahnya disebabkan aku patutnya berada di perpustakaan waktu untuk mengulangkaji segala soalan percubaan tapi aku jadi macam tensi la pulak. Asyik jawap soalan matematik yang tak penahnya dapat jawapan. Last-last aku berguru dengan adek aku yang kat Perlis tuh. Boleh la tolong aku selesai 2 soalan. Memang aku lembap la.Aku dah lama tak belajarkan. Dulu tuh ade cekgu yang ajar..senang ler skit. Skang semua atas kaki sendiri. Terbeban den!

Dan skang aku amat tensi sekali bila aku tak boleh menjawap soalan berkaitan angka-angka ni. Dah la banyak paper lagi aku tak cover. Rasa amat terbeban. Skit lagi aku rasa macam tka nak ambik je exam ni. Aku pun dah nampak tangga ke universiti pun dah jauhhhh sangat. Macam takde harapan je aku nak pegang ijazah tuh. Emmm...stupido i am.

Tapi aku tau semua ni takkan berlaku tanpa izinNya. AKu redha dengan apa saje resultnya. Doa aku moga aku tak gabra on tat day dan aku tak bagi kertas jawapan kosong. AMin.

* aku ketika tak boleh jawap soalan..tensenn!!!

Terbaru pasai aku...

Senin baru (26 Sept) aku dapat mende alah ni atas meja aku. Aku penah merepotkan dalam entri ni pasai ni . Lepas tuh aku penah le mengechek brapa kali ntah kat web MPM ni pasai status aku. Dikatanya takde dalam sistem. Giler frustt aku pasai aku dah yakin bangat nka sambung blajar nih. Akhirnya aku ambik keputusan redha saje aku tak ambik exam ini tahun tapi akan ambik tahun depan. ALih-alih datang surat ni. Lerr...lupa nka habaq mai...dalam sampul ni adalah jadual exam STPM untuk 2011. Makno eh aku adalah salah seorang calon untuk exam ni.

Selama ni aku telah salah masuk sistem yang menyebabkan aku berubah fikiran. Jahat tau! Tapi yang lagi sadisnya dari hari jadual ni mai bermakna aku hanya mempunyai masa lebih kurang 1 setengah bulan untuk belajar. Nak kene cover untuk 5 subjek dowwhhh..giler aahhh!! La ni efek pada diri aku ialah aku tak lalu nak makan bile ngingatkan exam ni. Makin dekat hari, makin aku blajar makin ler aku tak boleh nka sumbat makanan. Bagus tak?KUrus? Memang suka kalau boleh kurus. Tapi kalau gol terus? NAUZUBILLAHHH!! moga Dia akan beri aku kesempatan untuk menduduki exam ni.

Tapi kenapa aku maseh ada masa untuk hapdet blog ni? Sebab aku nka luahkan kat sini apa aku rasa. Aku rasa macam aku boleh buat. AKu harapa Dia luaskan kepala otak aku untuk terima apa aku blajar dan moga apa yang aku blajr sedikit sebanyak kuor ler dalam exam tuh nanti.Amin..amin....Naseb ler aku dikelilingi kengkawang yang memahami. ADa yang bagi sokongan untuk aku terus je ambik exam tapi ada juga yang kata aku buang masa. Ahh...pedulik kan! bagi aku ini yang aku nak so must face it. Mesti..insyaallah..Aku perlukan bantuan dari Mu Ya Allah..