Jumaat, 26 Ogos 2011

Ucapan raya

Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua korang yang baca blog aku ni (ok..aku tau memang takde yang baca blog aku nih)

Raya tahun ni aku tak balik Kedah okeh..eko-no-money. So boleh ler sesape nak datang ke umah aku kek Jolobu tuh..

Pada yang beraya jauh-jauh tuh jangan keselamatan rumah anda...iye la..ingat orang je kene jaga keselamatan ke? umah pun kene tau! masuk dek orang yakni pencuri ilang ler weh rete bende...
Oleh itu kalau yang duk taman tuh jangan lupa inform pak polisi ketiadaan anda dirumah untuk derang pantau okeh..

Kalau kat kampung lak..beringat ler pada yang ada anak. Tengok-tengokkan anak tuh..kot la ramai-ramai sepapat tuh ada lak yang kreatip buat mercun dari bahan terbuang ke,bahan semulajadi ke..ingat anak-anak anda yang baru mula nak idup baik kecik atau dah besar iye..

Aku pun dok ingat kan orang.Aku pun kenkadang lupa tapi takpe la kan..kita ingat mengingati iye

Akhir kalam...berhati-hati di jalanraya

Selasa, 23 Ogos 2011

b.a.b.i pun tak malu giler gini

Haaa....SILA JANGAN memikior ke lain apa bila anda membaca tajuk ni. Memang..ianya memang tajuk yang hampeh tapi percaya la..apa yang aku alami lagi la sangat hampeh!
Kesah aku ni ada 2 situasi tapi lokasi nya ada di 2 plaza tol di somewhere Kedah dan LEKAS.Errghh..aku nak cite pun aku malu nih!muahahaha

SItuasi 1

kami sefamili on the way ke Bangi melalui highway LEKAS. Ok ler laki aku ni memang ler asal dari sebuah kampung di Kedah tapi bukan la kampung ulu banat. Cumanya ari tuh mungkin laki aku terlupa ke hapa agaknya. Kan ke stended ler kalau sesapa yang lalu LEKAS ni memang banyak tolnya. Cekik darah tui. Tapi mengenangkan dekat nak balik kampung maka layan kan je ler. Kalau dari Pilah tol pertama ialah tol Senawang yang rege RM 1.90 (mahal doo..). Yang kedua lak Tol Setul tapi tol yang ni kene ambik kad dan bayar kat Tol Kajang something-mende-kenamanya. Regenya RM 4.90. Benarnya biasa dah laki aku lalu tol ni dan tahu yang memang sampai je tol kat Kajang kene bagi kad dan duit.
Tapi pada hari kejadian tuh sangat sadis bagi kami. Laki aku bagi duit je. DIA BAGI DUIT JE...yang budak tol ni pulak menunggu ngulur tangan nak mintak kad. Naseb ler laki aku ni tak blah gitu je. Kalau blah gitu dia melanggor lak tiang tol tuh kan. Dan naseb baek ler aku ni bini prihatin. Aku cakap ler dngan laki aku ' b, kad tol awk mana'..warghhh!!! rupenye laki aku TERSANGAT LUPA untuk bagi kad tol. Dia ingt bayar duit je. Warrghhh!!!lagi sekali. Dia boleh lupe!TENSI tui aku! Malu dengan budak tol lagi sekian..tapi takpe..dah setel ok.

Situasi 2
Kejadian bongok ni pulak berlaku kad tol somewhere Kulim hightech. Time ni derang ni tengah promosi kad Touch n Go. Selama ni kami pengguna Paid n Go tegar. Setel bayar duit budak tol ni tanya kalau nak beli kad TnG tuh. Tengah promosi katanya dalam 20rm padahal aku tau itu la harga benornya.
En. Laki ku ni tau TnG ni tapi ntah ngapa hari tuh dia macam blurrr je bila budak tuh buat offer.?
Macam tak nka beli memula tapi lepas aku usyar en laki ni suh beli baru ler member kata ok. Tapi disini la bermula kesah bongok yang malu giler pork amat sangat.

Suami : ok sya beli..bagi 2 la
Aku lak blur...ape hal nka beli 2? adakah 1 untuk aku guna?

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&

&



Suami : bukan macam prepaid ke? bila dah abih duit nak kene beli kad baru?
Budak tol : *terdiam

Aku?..... rasa nak masuk muka ngan badan dalam dashboard ..


Nabila Huda (anak Amy Serach) bakal bercerai?.

Wahh..aku ada entri pasai artis dowwhh...percaya la..
kredit untuk dia ni..

Dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.


“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya. Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati"
Kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.
Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah...Boleh??

Apa pun moga masjid ni maseh bisa kukuh lagi...insyaallah

Ahad, 21 Ogos 2011

For u my dear kazen..


Entri ni adalah sambungan dari entri ni. Pic diatas diambil masa kenduri kawen aku tahun 2006. Masa ni masih lagi famili yang bahagia. Kazen aku ni (bang din..masih tidak mampu memanggil arwah bang din) adalah kazen aku yang paling tua belah mak aku. Kirenya dia ni macam pengganti along aku kalau ape-apa hal di KL dan pakar rujuk aku serta sis aku.

Bebaru ni bila dapat called dr mak pasai kematian dia, aku agak melompat dari katil. Macam susah nka percaya sebab aku baru je begelak ketawa dengan dia sehari sebelum puasa di kampung. Kebetulan ada famili dia (famili pak long ) buat kenduri arwah dan dia pun sampai lambat. Aku dengan mak berborak dengan dia di dapur rumah pak long yang mana kami semua tau memang port terbaek untuk kami semua bekumpul dengan air teh. Maseh terngiang-ngiang lagi di telinga suara dia suruh bancuh teh. Lepas ni memang aku tak mampu nak menum teh sebab akan teringatkan dia.

Tak dapat dipastikan sebab kematian.Kami cuma boleh cakap...sudden death atau kematian mengejut. 'dah sampai masa dia' ayat termudah kami cakap sebab cakap lebih tanpa sebab boleh mengundang fitnah..dosa lagik.

Kenkadang bila terdengar lagu Rindu Bayangan atau Hotel California lagi la melelh air mata aku. Lagi Rindu Bayangan lagu yang dia nyanyi waktu kenduri kawen Bangah Fizi di KL. Hotel California lak lagu yang aku request dia nyanyi waktu kenduri di Jelebu. Ohh..abang ku..sungguh aku tak pecaya yang kau sudah pegi meninggalkan kami. Untuk selama-lamanya.

Luluh hati aku bila tengok anaknya Aus dan Mamat yang menangis. Sedih mengingatkan kenangan bersama ayah mereka. Semestinya banyak kenangan pahit manis mereka anak beranak...isskk...isskk...dibandingkan dengan kenangan kami yang hanya sekadar sepupu ni.Kenangan dengan istrinya? Ada kesah sedih disebaliknya tapi cukup aku katakan 'dia meninggal tanpa istri dan anak disampingnya '.Ok jangan ditanya atau 'errkk??" ini semua takdir masing-masing. Mak aku cakap dah bahagian masing-masing. Dan aku pasti semua anak-anaknya (Nor, Amin, Adib) pasti sangat bersedih mengingatkan arwah ayah mereka. Apa lagi perginya di bulan ramadhan dan hanya tinggal beberapa hari untuk raya.

Aku sekeluarga pun dah rasa takde bahang kemeriahan raya yang bakal datang ni,.nka pulak aku tak balik kedah tahun ni..eemmm..aku pun tak pasti patut tak aku buat entri ni dengan tajuk ni. Entah ler...tapi yang pasti sambil taip ni sambil layan mata aku yang kabur ni...air meleleh semedang...

Amin untuk arwah Saifudin Yusof

Khamis, 18 Ogos 2011

abang aku dah takde...

16 Ogos sepatutny adalah hari ulangtahun mak ngan ayah yang ke 41.Tapi sedihnya kami pada tarikh yang sama abang sepupu aka abg din aka anak buah manja mak meninggal. Alfatihah untuk arwah...

nanti kita (aku ler) story apa yang terjadi pada tarikh dapat berita itu.
Mood~ sedih

Ahad, 14 Ogos 2011

Terima kaseh Allah


Akhirnya adek discharged ari nih. Paru-paru dia tidak lagi berbunyi bila bernafas which means kahak dah takde dalam paru, batuk dah tiada, demam dah kurang, muntah dah takde, cirit sudah berganti najis biasa, selera makan menum alhamdulillah..harap lepas ni adek akan ok. Terima kaseh Allah.Kau permudahkan urusan hamba mu ini..aminn





Sabtu, 13 Ogos 2011

Boleh ke?


Aku jalankan rutin macam kat uma even aku bermalam kat spital.Gila sakit badan tido sekatil dengan adik. Tempat tido yang dia bagi untuk mak yang menjaga adalah seperti sofa bed yang tak boleh lipat. Naseb aku ler! gamaknya kene la aku numpang dak adek. Adek pun aku tido dengan dia lagi stim mata dia nak tido. Alhamdulillah..anak aku jarang melalak malam-malam. Mungkin sebab dah jadi anak dara...dah besor..

Tadi doktor yang mengechek cakap mungkin anak aku boleh discharged esok. Insyaallah harap betul ler yang doktor tuh cakap. Demam adek pun dah kurang. Cirit dia pun dah tak berapa nak cair.Antibiotik yang disumbat dalam tangan macam nampak improvment.Skang budak-budak dalam wad semua bakal melalak bila nampak orang yang pakai baju putih dan pink ni.Pantang nampak sungguh.AKu rasa kalau dah besar mesti berdoa jangan la si baju putih atau si pinky ni datang. Haru!

Tak larat dah aku tido dalam wad..bosan!sakit badan!Tapi demi adek...ibu sanggup dek...silap!benarnya demi anak-anak ibu sanggup..bior cuti ibu dah nak zero jumlahnya..ibu sanggup. Maka citenye raya tahun ni ayah n anak-anak akan beraya kat bahau je la ye...huhu

doakan rezki raya ni..

Aku tetibe mempunyai menat nak juai kueh untuk raya.Biskut raya ler namanye. Tapi beskut aku ni beskut simple tapi aku rasa mesti ramai yang malas nka buat kan..kan..kan..so disini aku nak pekenalkan beskut raya aku cornflakes coklat mk..harga rm 15 sebalang 50 biji. Sudi?
leh oder ke haku...0147190310
lepas raya pun leh je ..aku layan je
ni sample pic beskut raya aku...







Jumaat, 12 Ogos 2011

di mana la hati ko mak...

Semalam aku ngan adek je tido dalam wad ni.Subuh tadi ada masuk 2 pesen. Semua kes demam panas. Yang lagi sadis sorang tuh kali ke 2 kene sawan tarik. Nauzubillah..jauhkan anak-anak aku dari dugaan berat sebegitu ya Allah.Belum mampu lagi nak menanggung beban melihat anak-anak aku menderita begitu.

Kat sini aku brau perasan semua doktor ngan misi kat sini memanggil kami yang si ibu ni 'mak'.Berborak biasa pun derang panggey mak. Aterr..kot tak sesuwei nak memanggil kami akak ko adek ko..tapi aku layan kan yo. Memula ingatkan kot aku salah dengar..bila dah betul dengar kot kat aku sorang je dia panggey gitu..ghopenye dengar kat katil sebelah, jiran katil depan semua nye sama. Kesahnya. Tapi semua doktor pompuan ..takde doktor laki.Bagus jugak takde la malu sangat kami yang 'mak' vog di divas ni.muahahaha....

Tadi masa lawatan YB doktor ni kat jiran sebelah..haku tedengar serang cakap pasai sorang baby yang mak dia lari tak balik..tinggalkan anak dia sorang-sorang kat sini.Derang kata kalau tak datang lagi mak eh nak kene panggey pekeja sosial spital ni uruskan kes dak ni. Yang aku nak bgtau korang bukan pasai baby ni nak kene dialihkan ke orang lain tapi mak dia.Untuk pengetahuan koraang baby tuh memang baby sangat baby. Dalam umur 9 - 10 bulan kot.Bayangkan la macamane keadaannya klau baby yang duk dalam wad takde 'mak'nya.Kesian,sedih,hiba,geram,tak sampai hati segala macam mak nenek bercampur.

Katil baby tuh diletak sebelah kaunter senang misi-misi ni nak jaga.Tapi iye la..mana nka sama dengan mak sendiri yang jaga ye dak?baru je tadi aku dengar baby tuh melalak lapar..kemain lama dia nangis n kemain lama baru ler aku dengar dia diam..rasanya sebab dah kene sumbat milk kot, Aduhh...siannya la.Patutnya mak dia akan terus sua tetek bagi susu kat anak dia tapi yang ni??kene tunggu mana-mana misi yang free untuk buat milk.Tapi misi sini semua nye ok..alhamdulillah..semua caring kat baby tuh.

Dengar lagi baby tuh nangeh.Aduhh...aku nka buat apa nih? aku teruskan dengan memhapdet blog ni boleh?

Sian anak dara aku..

Malas nka tulis panjang..sila tengok ler gambar-gambar yang sempat aku snap bila mood rajin aku bertandang...huhu

waktu si kayna sihat




di dalam wad..2315hrs 110811
bekas tangan kene cucuk..kat situ je 3 kali dicucuk



Khamis, 11 Ogos 2011

Kene masuk jugak...

Dalam entri lepas aku ada membebel pasai kayna demam x kebah-kebah kan? so selepas aku el ari tuh..balik bahau lagi teruk demam dia. Kali ni dengan muntah dan cirit.Komplit kata orang jawa.Maka ari senin seterusnya aku terpaksa el lagi sebab ni. Aku benarnya bukan suka el atau mc ni. Tapi semenjak ada anak ni semua el atau mc adalah disebabkan anak. Tapi subuh tuh aku ada berdoa agar dibalikkan sakit anak pada aku sebab aku kesian tengok derang ni tahan sakit. Ditakdirkan tuhan aku lak yang sakit tengahari tuh. Konon nak mc untuk anak akhirnya aku sendiri yang mc sebab salah makan.

Susahnya kalau house manager yang sakit n. Maka umah akan tak jadi beru[a rumah..berupa tongkang pecah lagi ada. Agaknya berkat doa seorang ibu...anak aku demam kebah ..aku lak yang tido tak hengat lepas stim ubat.

Memang tak sangka tui. Cempedak jadi kiwi. Aku benarnya risau rajin EL ni. Bukannya orang paham masalah kita.Tapi nka buat camne..

Khamis pagi tuh aku decided nka bawak adek ke spital swasta untuk chek darah ke hapa sebab aku tak puas hati dengan dokto2 lain semua kata dia tak serius. Pegi spital Azzahra..tu dia..kahak sudah bersarang dalam paru-paru.Kene ambik darah, kene masuk gas untuk cair kahak. Ini semua kene ditempuhi oleh adek dengan perasaan cemas ditambah pulak dengan ibu dia yang takut dengan segala macam jarum ni..elok sangat le tuh.

Akhirnya doktor kat sana buat surat suruh refer kat spital gomen sebab kahak dia masih ada lagi kat paru-paru. Adek di refer ke spital serdang so here we are...bekampung di hotel 3 bintang spital serdang. Waktu aku menulis ni adek dengan nyenyak tido. Sian dia...letih benar nampaknya. Mana taknya sampai ke petang tadi je dah 5 kali 2 blah tangan dia kene cucuk. Ambik darah untuk itu la..ini la...sebak aku tengok adek meraung bila jarum menyinggah kat tangan dia tuh tapi untuk kebaikkan dia jugak.Aku pun kene jadi hati kering demi untuk kesihatan adek di masa depan.Yang paling tersisih adalah kakak dia la...sian kakak dia..kalau kes macam ni kakak akan jadi anak terbiar ler. AKu pun tak sempat nak uruskan keje la, kakak, rumah n macam-macam lagi.

Tapi doa aku moga adek akan cepat sembuh. Moga tiada lagi penyakit berbahaya yang bersarang di dalam badan dia. Sudah-sudah la..aku tak sanggup tengok adek menjerit kene cucuk..sian!
KOrang tolong doakan adek ye...tq..amin

Rabu, 3 Ogos 2011

Teman terpaksa....

Ari ni aku terpaksa mengambil keputusan..EL sebab dak adek demam lagi. Tak kebah-kebah lagi demamnya.Ntah nak pandai akal apa pun x tau.Ape pun ibu harap demam adek cepat sembuh ok..sayang kamu tau...



Selasa, 2 Ogos 2011

mejika?

Tajuk ini merujuk pada ari ni. Alkesahnya anak aku si Sukainah (adek) telah dengan rela hati menjadi peneman ibu bersahur. Ingatkan dia tak sedar ghope aku gerak badan skit dia gerak badan lagi kuat.Dengan mulut melekap botol susu dia tuh...kengkang-kengkang jalan ngikut aku.Hmm...ikut la adek..janji kamu tak berkaroks di subuh nan indah itu.

Aku sahur senang je..2 biji telur separuh masak n air kosong 5 6 gelas..cukup ler nka tampung perut sampai petang. Ok...salah satu cara untuk aku berdiet..hehe..lepas makan terus buat milk si adek nak bagi dia tido.Dengan aku sekali tertido..naseb ler kui 6 aku terjaga sempat ler buat apa yang patut.

Bila nka kejutkan si adek aku terasa panas!wadehel???camne leh demam nih? aku syak sebab dia bangun subuh spie tadi..kot ler badan dia tekujat ke..mana tau?sistem badan baby ni memang peliks tau.Aku lak teringat yang si adek nka kene g klinik ari ni..nak kene cucuk setahun setengah. Cepat-cepat aku hangkut dia mandi dengan air suam n masukkan ubat demam peluru dalam montot dia. Agak panas tapi ibu tawakal..moga2 kamu sembuh.
Pegi je klinik misi situ cakap nak kene cucuk kalau diikutkan tapi tak boleh ler sebab dia demam.Misi tuh kata dak adek ni macam tau-tau je nak kene cucuk terus dia buat mejika mendemamkan diri..fuhhh!!selamat dari jarum!muahahaha...macam -macam la kamu adek!

Tapi tak telepas pun. Minggu depan ler aku kene bawak dak adek ke klinik tuh semula untuk cucuk. So minggu depan ibu akan bergigih untuk bangun seawal mungkin tanpa menyedarkan kamu untuk bawak kamu ke klinik.

Sekian repot ari ni.

Isnin, 1 Ogos 2011

Maaf lerr..ucop wilcha kater..

Benarnya banyak cite aku nak tulis untuk entri bulan 7 lepas.Tapi macam biasa..siang aku keje..takleh ler nka ngulat-ngulat tulis blog.Malam aku plan lepas tidokan anak-anak aku nka bangun berblogging tapi MACAM BIASA..aku yang tido dulu..haru tui!kalau weekend tiap-tiap kali balik bahau aku hangkut lektop ni tapi still tak sempat juga nka tulis sebab banyak keje house manager yang tertunggak nak disetel sampai la kesudah..sampai dah masuk bulan ogos.

Oleh sebab aku geram maka aku akan wat entri ekspres..semua yang berlaku bulan 7 atau bulan sebelum yang aku tak sempat tulih..boleh gitu??Layan kan je la yek..muahahaha

Selamat Berpuasa

Entri ditulis pada 1 ogos bersamaan 1 ramadhan. Pagi tadi bersahur di bahau dan lepas ni aku akan berbuka di bangi..baguskan?macam kencing kat KK berak kat JB..hehehe
anyway aku nak ucapkan selamat berposa pada kawan-kawan aku semua dan reader blog aku *ade ke?? takpe la..pada yang baca la aku tujukan ni. Harapan aku ini bukan la ramadhan aku yang terakhir..oppss...sebelum korang pikir laien baik aku bagi korang baca ni..hayati ok?
* posa tahun ni nak kuruskan badan..tensi ayah ngan anak kata ibu G...erghhh!!!

MUNGKIN INI RAMADHANKU YANG TERAKHIR

Ya Allah…,

Mungkin inilah Ramadhanku yang terakhir,

lalu....dengan rahmatMu kpohon,

Permudahkan untukku berzikir kepadaMu,

tanpa ada rasa jemu,

kurniakanlah bagi lidahku agar basah setiap waktu

berlagu syair rindu penuh merayu kepadaMu

Tuhan yang Satu.

Ya Allah...Mungkin ini Ramadhan ku yang terakhir

Moga solat yang ku kerjakan di awal waktu

penuh khusyuk dan tawadduk

antara tubuh dan qalbu berdiri menyatu

memperhambakan diri

kepadaMu YaAllah Rabbul Jalil.

Ya Allah, Mungkin ini Ramadhan ku yang terakhir

Ampunilah hambamu

kerana sering curang pada janji

'Innasolaati Wanuusuki Wamahyayaa wamamaati,

Lillahirabbil aalamin '

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku..

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam.

Meskipun aku tidak tahu

Mungkin ini Ramadhanku yang terakhir

Daku berjanji padaMu ya Allah

tidak akan ku sia-siakan walau sesaat yang berlalu

dan masa yang diberi kepadaku

di kesempatan yang lapang dan terluang

untuk ku selongkar ayat-ayatmu dari kitab yang diwahyukan kepada NabiMu

untuk bekal 'hari'ku di barzahMu

akan ku dendangkan dan ku syairkan di setiap waktu

biar sebati ditubuhku

* Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman dan bangkitkanlah kami di Yaumil mahsyar dalam iman.

kredit pada Dr Fauziah..dapat dalam email ni..