Hari ni 16 Mei 2011 adalah Hari Guru. Benarnye aku langsung tak ingat sesape guru yang aku nak wish..huhu..sememangnya aku seorang murid yang bukan kesukaan cikgu. Maklum aku dulu super lemb*p nyer ((tak tegamak nak nyebut) murid.
Aku ada banyak sekolah rendah dan menengah. Ayah haku dulu polis hutan..berjalan je ler kejenye kami. Tapi rasanya kami dulu paling lama kat Pahang , kat Kerayong 10 tahun, kat Benta 2 tahun. 4 tahun last servis ayah kami kat Sabah. So mana la aku nak sempat ada cekgu peberet. Skang aku kene hengat Hari Guru ni sebab anak aku dak kakak dah ada cekgu dia. Kakak ni baru je 4 tahun tapi dah stat tabika umur 3 tahun. Dulu-dulu mak ajar bagi hadiah pada guru ngaji (arwah Pok De Usin) setiap kali raya tapi sekali raya je aku wat..aku malu..skang bila arwah dah takde aku nyesal tak praktik amalan tuh semasa arwah idup. Zaman aku dah ada anak ni aku berazam nak ajar anak-anak aku untuk menghargai orang yang bagi ilmu pada mereka. Walaupun hadiah tidak seberapa nilainya tapi ingatan nan ikhlas tuh yang penting.. *chewahh...
Untuk Hari Guru ni aku nak beli hadiah untuk kakak bagi pada teacher dia. Hadiah kecik je tapi aku hargai ilmu ajaran yang dia turunkan pada anak aku. Moga diberkati ilmu tuh.
Untuk guru guru di SK Kerayong, Bera (87-90), SK Benta, Lipis (91-92), SMK Sanzac, KK (93-96) dan STDUMA, Jelebu (96-97, 98-99) Selamat Hari Guru pada anda semua. Berkat ajaran anda saya berjaya walaupun bukan sebagai jurutera,doktor atau peguam tapi setidaknya saya berjaya sebagai manusia yang bermaruah..terima kaseh atas segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan