Khamis, 19 Mei 2011

Aku nak cakap jugak

Ahad malam lepas Datok S ajak makan luar. Member teringin nak makan mi bandung kata nya *ngidam?? Dekat Bahau tuh ada 1 tempat yang memang di gezet bila malam je jadi medan selera. Murah pun leh la.Sebelah tuh pulak ada kedai baju Hari-Hari. Stori pasai kedai ni aku takde la menat sangat nak beli baju kat sini sebab memang tak masuk selera aku baju-baju kat sini. Cuma nya malam tuh terdesak sebab nak beli stokin adik.

1 trademark kedai ni kalau masuk je akan di sambut dengan laungan 'Masuk' oleh staf derang.Tapi beralun-alun ler dia nyebut perkataan tuh *gonne yek aku nak pronounce kan sebutan tuh.Kalau kastemer nak kuar dia akan sebut 'pulangngg'. Dapat je stokin tuh aku pun berarak ler ke konter nak bayo. Sampai je konter tuh aku tengok dak yang keje cashier tuh tengah tik tok tik tok kat pc dia dalam YM. Terkujat gek aku sebab dia berani sungguh depan orang ramai buat keje tuh. Iye la..dia kan frontliner...nampak macam tak buat keje lak.

Benar nye dulu-dulu aku g kedai ni ada gak aku tertengok adegan yang sama. Tapi aku tak tegor. Malas aaa. Tapi kali ni aku sontan menegur dia "haa...chatting!" terus dia potong ayat aku "chatting dengan dealer" .. aku pun balas " best la keje kamu". Aku benarnya bukan apa..aku pun chatting jugak time keje *kantoii tapi aku bukan keje ngadap orang. Dia yang keje jumpa orang dah la tuh pc tuh betul-betul duk sama dengan mesin duit tuh. So nak tak nak memang akan ternampak. Macam takde etika keje lak aku tengok. Kan ke kamu yang duk depan ni membawa imej kompeni kamu?

Bagi aku kan ke boleh je kalau dah tak sempat sangat nak bagi info pada dealer tuh..chatting ler time takde kastemer. Kalau dapat kastemer yang tak tau pasai ni takpe la..tapi kalau dapat yang tau hal-hal gini idak ke menjejaskan imej kompeni dia?Tak salah cuma nya masa dia je yang tak kene..emm...pandangan ikhlas dari saya yang kabur -kabur ni bah.

Tiada ulasan: