Hari ni aku pegi keje dengan mengangkut lappy aku. Ewwah..sah-sah nampak takde keje iye dak?huhu..memula aku bukak mukabuku tengok apa terbaru kat wall kronee. Sekali tu dia..tekejot borok Pak Mat kampung sebelah...umah Asbah tebakor! Asbah was my x skolmate kek STDUMA.Sian lak baco cito dalam blog Ain..Ain ni lak moderator Kroneezen xSTDUMA 97..emm..susah tui tak wat sesi kenalan awal-awal ni kan..huhu..*mengong sedih lak baca kesah Asbah ni..sahabat aku ni ibu tunggal dengan 2 anak.
Habis semua harta bende dia..yang dapat diselamatkan dia ngan anak-anak je. Sungguh-sungguh Allah menguji dia tapi semua ujian tuh kan ade hikmah di sebaliknya. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Aku paham kesusahan dia dalam keadaan keseorangan macam ni. Tapi aku pasti Asbah kuat untuk hadapi cabaran ini. Yang penting sekali harta dunia akhirat dia iaitu anak-anak selamat. Bila menghadapi musibah macam ni aku selalu teringat ayat kawan aku...dalam nasib tak baik mesti ada nasib baik..Insyaallah hanya Dia yang Maha Mengetahui..wallahualam.
Memula baca berita tuh terus aku tepon dia tapi numbor tepon dia offline. Ghopenye tepon member pun selamat tekubur dalam kebakaran tuh. Dia pinjam tepon anak buah dia. Trimas pada Ainn yang sangat prihatin dan updated nombor terbaru Asbah. Dapat la aku bercakap dengan dia. Tapi Asbah ni memang kuat..aku dengar suaranya pun tenang je tadi..alhamdulillah dia redha. Aku senang hati dapat bercakap dengan dia sebab apa lagi yang boleh dia buat dalam keadaan sekarang? Hanya bertenang dan bersabar..Allah sedang menguji dia
Baca dalam dinding mukabuku Ainn..dia sefamili nak g wat site visit ke umah Asbah. Aku pun setuju nak join sebab aku pun dah lama tak jumpa Asbah. Janji kui 2030 jumpa kat McD seksyen 6 Shah Alam. Sampai kat lokasi Asbah kui 2100.Emm..member duk surau. Dari cite dia jiran sebelah umah dia yang penyebab kebakaran. Entah la kann..mende nak jadi..
Apapun trimas pada Ainn sebab melancarkan derma kilat untuk Asbah sefamili. U go gal!Untuk Asbah i know u can face it..dan jangan lupa kengkawan ko sentiasa ada untuk membantu ko.
Tapi terkilan sikit sebab takde gambor. Aku lupa nka bawak kamera..huh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan