Selasa, 31 Mei 2011

Berusaha la KAYNA

BERITA Gembira!

BERITA Gembira!










SUKAINAH DAH BOLEH BERJALAN!!!!










yeehhaaaa!!!!seronoknye ibu kamu ini adek...!!!












kerana ini bermakna :

> ibu tak payah nak dukung kamu lagi..bongkak tangan ibu dek..
*LEGA

> kamu dah besar dan akan menjadi lagi besar lepas ni..
*ibu dah boleh bagi adik baru pada kamu?

> kamu akan bisa untuk melawan kakak kamu yang macam singa tuh

>ayah kamu dah janji nak bawak kita coti-coti malaysia bila kamu dah boleh berjalan * suka kan??

> kamu boleh berlumba lari dengan kakak kamu *yess..u can do it gall!!

> ibu dah boleh mengerahkan kamu untuk tolong ibu ambek hp ibu kat dalam bilik, atas meja, kat dapur etc..*ibu bos besar kamu

dan yang sekutu dengannya *ibu pikirkan lagi ok





tapi ibu juga terharu bila tengok kamu dah mampu berjalan sendiri bermakna

< kamu dah besar dan makin menuju dewasa

< kamu adalah anak dara ibu yang sihat dan mampu berdikari

< ibu tau kamu adalah seorang yang tidak putus asa untuk jatuh bangun hanya semata untuk pandai berjalan *proud wit u

Ibu tak mampu berkata-kata lagi sebab ibu rasa sedih bila tengok anak-anak ibu dah semakin besar , ibu masih lagi tidak percaya ibu mampu membesarkan kamu sendirian tanpa ayah kamu di sisi. Ibu garang bagi kamu tapi bagi ibu cara itu mungkin mampu untuk mendidik kamu menjadi wanita yang kuat, bersemangat waja...ibu mahukan semangat srikandi islam "Sumaiyah" sentiasa melekat di dalam diri kamu berdua selama-lamanya..Ibu sayang kamu anak -anak ibu..Dunia Akhirat..Insyaallah

Sabtu, 28 Mei 2011

Aku tak sengaja

Rabu lepas aku balik Bahau. Balik je keje terus siap gerak nak balik Bahau. Anak-anak rindu kat ayah dia..klisenye ayat..hahaha
Lalu je Bukit Putus tuh biase la...x penahnya takde kete..penuh memanjang..nyampah tui aku kalau ikut BUkit Putus tuh. Makin besar jalan makin banyak-banyak la kete. Bukit Tanggo kan bagus...xde banyak keto..suko den!

Lepas Ulu Bendul ada satu jalan lurus. Jalan lurus ni memang jadi kawasan untuk orang nak memotong q keto. Dekat lane ni memang semua akan bajet memandu laju sebab masing-masing nak cepat sampai umah * ke aku je pikir gitu??
Dalam barisan aku tuh kat depan aku ialah seekor kete fish (kelisa), belakang dia seekor maivi, aku dan seekor lagi maivi blakang aku yang maha laju nye x sesabor nak overtake aku. Sampai je situ aku dah nampak ada sekor beruk kat tepi jalan tengah ready nak melintas. AAhh....sudahh??!!!camno nka buat nih? aku tengok dreba fish tuh memang layan blues je dia bawak kete. Tensen tui!

Maka aku pun dah ambek tempat baek punye nak memotong 2 kete skali ni..terer kan aku?? hehehe
Lepas aku merendah gear tuh melajukan kete aku...si monyet ni pun melintas..memula dia melintas aku ingat kan kene kat kete maivi tapi naseb baek maivi dapat elak nak borok ni pun reves balik..macam tak jadi melintas. Ghopenye tak..member nak test je. Lepas tuh dia bantai ler kedepan nka melintas semula maka aku pun memang tak sempat nak ngelak ler...dummmm!!! dia langgar bumper kete aku. Haa kooo!! aku ke pembunuh dia??tapi aku tengok cermin...time tuh dia tak mati lagi...dia mati akibat kene gelek dengan kete blakang aku..si maivi. Maivi tuh lak memang dari Bukit Putus lagi laju kemain dia bawak. Mende dia kejor pun tak tau..

AKu tengok dia pun ngelak ke tengah jalan..naseb baek dia lak tak kene hentam dengan kete arah ke Seremban. Huuu...memang agak trajis la borok tuh kono gelek. Abeh nak buat camno?? bukan sengaja nak melanggar dia pun...kalau aku elak kan dia..aku lak tejunam dalam longkang dengan anak-anak.Jadi keputusan tepat harus di ambek dia saat genting gitu..harap tindakan aku ni mendapat pengampunan dariNya...hanya Dia yang mengetahui situasi sebenar..

Lepak2 di Bangi


MInggu ni aku tak balik Bahau.
Aku ada kenduri kat KL..
so sapa2 nak ajak aku meronggeng silakan la..
yang pasti syaratnya sanggup menjadi nanny anak-anak aku tanpa gaji atau ot..

SETUJU??

muahahahaha

Rabu, 25 Mei 2011

Anak dara saya

Kakak memang ler seroang budak yang aktif. Minggu lepas aku g ambik dia kat tabika teacher dia kata kakak menang game kuiz dianjurkan oleh dental Bangi.Aku tengok kakak takde la eksited sangat tapi teacher dia punyer eksited bercerita..tak tahan toi!hahaha
Rupenye dalam kuiz tuh derang bagi hadiah berus gigi. Hadiah tu lak ada 5 je n she won one of it..terer gek anak aku ni ye!Tersepit gek la bangga pada dak kakak ni.

Dak adik lak dah boleh jalan dengan lancarnya. Dah takde duk jatuh dah. Dia belasah jalan sampai tak reti nak duduk.Hemm....nampak gaya ibu dah boleh beli kasut ler untuk adik nih.Kelakar jugak tengok adik jalan. Macam orang sakit parkinson pun ada..getar sana sini..muahahahaha...apepun adik dak berjaya melepasi satu halangan dalam idup dia..chaiyokk adik!ibu bangga ngan kamu tau!

Seronok aku rasa bila tengok peel anak-anak dara aku nih. Masing-masing dengan perangai sndiri. Skang paling syok bile tengok derang gaduh. Dulu-dulu akak je yang pandai lepuk lepak adik ..tapi skang adik pun dah pandai balas. Maka terjadi ler scene bawang putih bawang merah..lepuk sana lepuk sini..lawak tui!muahahahhaha

Eemm...aku bahagia Ya Allah. Terima kasih atas kurniaan Mu ini. Mahligai ini pernah hampir goyah tapi alhamdulillah ianya kembali kukuh. Terima kasih Ya Allah menganugerahkan suami dan anak-anak ini kepada ku..terima kaseh

Khamis, 19 Mei 2011

Aku nak cakap jugak

Ahad malam lepas Datok S ajak makan luar. Member teringin nak makan mi bandung kata nya *ngidam?? Dekat Bahau tuh ada 1 tempat yang memang di gezet bila malam je jadi medan selera. Murah pun leh la.Sebelah tuh pulak ada kedai baju Hari-Hari. Stori pasai kedai ni aku takde la menat sangat nak beli baju kat sini sebab memang tak masuk selera aku baju-baju kat sini. Cuma nya malam tuh terdesak sebab nak beli stokin adik.

1 trademark kedai ni kalau masuk je akan di sambut dengan laungan 'Masuk' oleh staf derang.Tapi beralun-alun ler dia nyebut perkataan tuh *gonne yek aku nak pronounce kan sebutan tuh.Kalau kastemer nak kuar dia akan sebut 'pulangngg'. Dapat je stokin tuh aku pun berarak ler ke konter nak bayo. Sampai je konter tuh aku tengok dak yang keje cashier tuh tengah tik tok tik tok kat pc dia dalam YM. Terkujat gek aku sebab dia berani sungguh depan orang ramai buat keje tuh. Iye la..dia kan frontliner...nampak macam tak buat keje lak.

Benar nye dulu-dulu aku g kedai ni ada gak aku tertengok adegan yang sama. Tapi aku tak tegor. Malas aaa. Tapi kali ni aku sontan menegur dia "haa...chatting!" terus dia potong ayat aku "chatting dengan dealer" .. aku pun balas " best la keje kamu". Aku benarnya bukan apa..aku pun chatting jugak time keje *kantoii tapi aku bukan keje ngadap orang. Dia yang keje jumpa orang dah la tuh pc tuh betul-betul duk sama dengan mesin duit tuh. So nak tak nak memang akan ternampak. Macam takde etika keje lak aku tengok. Kan ke kamu yang duk depan ni membawa imej kompeni kamu?

Bagi aku kan ke boleh je kalau dah tak sempat sangat nak bagi info pada dealer tuh..chatting ler time takde kastemer. Kalau dapat kastemer yang tak tau pasai ni takpe la..tapi kalau dapat yang tau hal-hal gini idak ke menjejaskan imej kompeni dia?Tak salah cuma nya masa dia je yang tak kene..emm...pandangan ikhlas dari saya yang kabur -kabur ni bah.

Cuti di Bahau

Sempena cuti wesak (17/5/2011) lepas aku ambek kesempatan cuti sampai 4 hari..iye la..sabtu ahad tentu cuti, selasa dah cuti lagi maka senin cuti tersepit aku harung ler sekali. Sepanjang 4 hari tuh macam biase la rutin aku idup aku sebagai surirumah hujung minggu..menggunakan sungguh masa yang ada. Baju yang setinggi Gunung Angsi aku setel kan bukan setakat rata..sampai clear aku lipat..senang ati tengok bakul baju tuh kosong..suka!

Dapur aku berkilat *yo yo'oo je ..cuma 1 je..aku kekal tidak masak..memang shorga tui la jadi bini Datok S ni..masak memasak laki aku yang punye..muahahhaha gelak jahat. Hari sabtu tuh aku bangun awal..tetibe datang angin nak make over umah. Umah aku ada 3 bilik ..2 bilik depan n 1 bilik belakang.Bilik aku yang depan, tengah bilik untuk budak -budak ni n bilik belakang aku wat tempat salin baju,semayang etc.

So ari tuh hati aku digerakkan Allah untuk rajin telebih je pagi tu..aku pandang cermin kat bilik tengah tuh aku telah mendapat ilham untuk mengubahsuai semua bilik umah ni. Memula aku alih lemari kat bilik tengah tuh ke bilik depan. Bilik tengah jadi bilik aku, bilik depan ubah jadi tempat bersolek dan work station laki aku..bilik belakang kekal. Memula dah angkat lemari baju blakang ke bilik depan tapi mengenangkan bilik air kat dapur lepas tuh mesti nak kene lalu depan kalau nak pakai baju terus ubah plan..Kekal di belakang.

At last setel semua dalam tengahari ops make over umah aku. Tak sangka tui sungguh gagah perkasa aku bila leh ngalih lemari dan katil besi. Sorang-sorang tui i buat tuh. Datok S pun tak caya aku mampu alih semua barang-barang tuh sendiri. Haa...baru dia tau bini dia ni gagah berani *riak la pulak..Motivasi aku ' kalau aku nak mesti boleh'...bagus kan..nak kemas umah pun kene ada motivasi..ingat apa beb/??

Skang aku puas sebab dah cantik umah aku. Umah aku tak banyak barang yang besar so aku pun terpaksa la perah otak untuk kretip ubahsuai umah. Pueh hati den!

Gitu la kesah aku kalau cuti-cuti kek Lonek. Sapa cakap jadi surirumah ni mudah? Leh duduk-duduk je? leh tido-tido je? kalau la betul semua tuh..besst nye kan..


Selasa, 17 Mei 2011

Hari malas sedunia

Aku rasa aku adalah ibu yang sangat malas pada hari ini. Keje aku dari bangun tido lepas sembahyang subuh tadi ialah tido,tido dan tido.
Nasib baek la ayah budak-budak ni tepon bagitau tak payah masak..apekahh??EEYAAHUUUUU!!!! Allah Selamatkan Kamuuu...Allah Selamatkan Kamuuu...

Kejayaan adik

Dah 2 hari anak aku boleh berjalan. Anak dara aku si adik sebelum ni dah boleh jalan jatuh tapi selebihnya dia lebih rela merangkak sebab lagi laju kot. Tapi sekarang dia dah boleh nak berjalan penuh tapi kene disertai dengan puji-pujian..mintak puji'k bah anak saya ini..huhu

Anak-anak aku memang lambat kalau bab dapat kaki ni. Tapi kalau bab bercakap..memang tak tahan! Ibarat Wan Mayang den kato ' mulut leter makan buntot ayam'..muahahahaha!! kalau dak kakak...mulut dia kalau dalam keta selagi dia tak tido 2 3 jam..2 3 jam tuh la keje dia bercaaaakkkkkapppp je. Nyanyi ler..hape ler..leter sungguh! Dah tak larat nak bising suh diam dah...layan kan aje!

Skang dak adik lak ngikut. Mana tahan tengok kakak sorang je kene puji..adek pun nak jugak! Haa koo!! dia pun menjerit tak renti-renti ditambah lagi kalau kakak dia ngusik dia...lagi tak renti-renti dia menyanyi..tak larat dah ibu oiitt!! lantok korang ler!

Sronok tengok keletah anak-anak ni. Adik dengan ragam dia yang baru nak pandai..kakak dengan mulut leternye, lasaknye..hhmmm...kalau la ibu bisa kurus dengan kelasakan kamu berdua ni..alangkah bagusnya!tapi tak pun..ibu maintain je..*bongok!


Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Hari ni 16 Mei 2011 adalah Hari Guru. Benarnye aku langsung tak ingat sesape guru yang aku nak wish..huhu..sememangnya aku seorang murid yang bukan kesukaan cikgu. Maklum aku dulu super lemb*p nyer ((tak tegamak nak nyebut) murid.

Aku ada banyak sekolah rendah dan menengah. Ayah haku dulu polis hutan..berjalan je ler kejenye kami. Tapi rasanya kami dulu paling lama kat Pahang , kat Kerayong 10 tahun, kat Benta 2 tahun. 4 tahun last servis ayah kami kat Sabah. So mana la aku nak sempat ada cekgu peberet. Skang aku kene hengat Hari Guru ni sebab anak aku dak kakak dah ada cekgu dia. Kakak ni baru je 4 tahun tapi dah stat tabika umur 3 tahun. Dulu-dulu mak ajar bagi hadiah pada guru ngaji (arwah Pok De Usin) setiap kali raya tapi sekali raya je aku wat..aku malu..skang bila arwah dah takde aku nyesal tak praktik amalan tuh semasa arwah idup. Zaman aku dah ada anak ni aku berazam nak ajar anak-anak aku untuk menghargai orang yang bagi ilmu pada mereka. Walaupun hadiah tidak seberapa nilainya tapi ingatan nan ikhlas tuh yang penting.. *chewahh...

Untuk Hari Guru ni aku nak beli hadiah untuk kakak bagi pada teacher dia. Hadiah kecik je tapi aku hargai ilmu ajaran yang dia turunkan pada anak aku. Moga diberkati ilmu tuh.

Untuk guru guru di SK Kerayong, Bera (87-90), SK Benta, Lipis (91-92), SMK Sanzac, KK (93-96) dan STDUMA, Jelebu (96-97, 98-99) Selamat Hari Guru pada anda semua. Berkat ajaran anda saya berjaya walaupun bukan sebagai jurutera,doktor atau peguam tapi setidaknya saya berjaya sebagai manusia yang bermaruah..terima kaseh atas segalanya.

Lembap nak mamp*&*s bro ni!

Tajuk marah bengis ni aku tujukan pada pakcik celkom ni. lembap macam beruk line nyer! Kat Bangi tengah alam pun rajin dc..kat Bahau umah aku tepi jalan ni lagi pelahan macam cipan!
Geram tui aku! Ingatkan bawak balik lappy dengan berukben ni dapatla nak hapdet blog barang sekali dua tapi hampehhh!!

Erghh!!geram tui den!

Den tak kiro! Dapek yo gaji lopeh ni den nak tukar ko borok lain..borok yang ni den tambek teruigh tembak! Biar mamp*s!

Aku tengah berkira-kira nak guna balik meksis atau unifai..tengok dalam Majalah 3 semalam macam menarik je unifai nih...tengok la camno...dan ONGKOSNYA *harus

BONGOK!!

Khamis, 12 Mei 2011

seprais kojot borok dari laki ku

Perghh!!panjang giloz tajuk..tak tahan tui..haha *ok..gelak sorang





Alkesahnya pada pagi ahad nan lalu (1 mei 2011)..jiran sebelah umah aku kat Lonek panggey laki aku suh sembelih ayam laga derang yang sakit nak mampos. Ala-ala tak sanggup nak tengok la kan. Lepas laki aku sembelih tuh bini jiran aku ni lak cakap nak masak laksa. BUkan cakap apa..kalau akak ni masak laksa memang sedap terutama kuah dia..mabeles!!


Kebetulan hari tuh ada pasar ahad n laki aku memang nak g pasar. Bila akak ni kata nak buat laksa terus laki aku setuju nak sponser bahan laksa.Emm...takde apa yang pelik pun..




Tengahari tuh lepas makan, umah dah setel, ayah dan anak-anak dah kenyang maka tiba masa untuk beradu. Semua tegelimpang depan tivi..1700(5 ptg) akak sebelah umah ketuk pintu macam nak runtuh pintu aku. Member suh bangun makan laksa..huhu..buat malu je bini shubli ni! tapi bangun gek ler..makan kan...




Tengah sibuk mamam laksa tuh kan..tetiba aku nampak anak jiran aku ni bawak sebijik kek siap dengan lilin lagi. Aku pun tak kesah ler sebab pikir mungkin untuk besday akak ni ke...derang nyanyi Allah Selamatkan Kak Siti..




HOHH??!!




ghopenye laki aku wat seprais kat aku sempena belated besday aku. Isshh..isshh,...isshh...taching!terharu sungguh aku..ingat juga laki aku nak meraikan besday aku. Dah 3 siries ok!hahahaha...




Hadiah? sebijik ciuman dari dia untuk ku. Its ok..ingatan dari dia yang penting.




EEmm..Alhamdulillah Dia masih memberi kesempatan untuk aku bernafas hingga ke usia ni..bersama keluarga, mak dan ayah..dikurniakn suami yang sangat memahami,menyayangi,bertanggungjawap dan anak-anak yang comel, nakal..eemmm...semua nya terbaik dari Allah...terima kaseh Allah..terima kaseh atas segalanya..


Syukur Alhamdulillah Allah...



*pic tiada untuk kenangan..rugi kan...

Kojo gilo

Petang rabu semalam aku julung-julung kali telah wat keje gilo. Balik ke Bahau...miss my hb maybe..huhu..benarnye aku bosan duk kat Bangi ni bila ayah budak-budak ni takde. Sangat membosankan!Tak tau la...sunyi sungguh malam aku bila ayah dia takde.Lerr..normal ler kan..dah nama pun suami kita..tentu la rindu-rinduan..lain ler korang semua yang dok serumah hari-hari. Macam aku ni dah nak masuk 5 tahun kitorang join Kelab Perhubungan Jarak Jauh ni..tapi anak dapat jugak 2 ye tak dalam jauh-jauh pun..rezki maa...huhu

Benarnya aku tak rancang pun nak balik Bahau. Petang balik keje tuh je rasa macam rindu nak tido atas lengan ayah derang. So bila tanya dia..dia kata ok *off koz ler maka aku pun pecut ler kete dalam kui 1815 (6.15pm) bergerak. Naseb la anak-anak aku baik walaupun dak kakak sempat lagi mengusik dak adek dia *betul2 wat ibu hangen

Alhamdulillah dalam kui 2000hrs (8pm) kami selamat sampai ke umah kek Lonek. Sian gek tengok anak-anak aku macam penat je tapi steady. Anak2 aku rock semua..selamber je tido lambat even esok nak bangun travel pagi-pagi..caya la gals!
Esok subuh spie aku gerak dengan anak-anak ke Bangi.HUh! penat tapi seronok sebab keh jumpa ayah derang. Lepas rindu kami *harus ibunya...

Lepas ni pun sama jugak..aku akan mengulangi kesah-kesah kojo gilo aku ni selagi aku mampu dan selagi aku tak dapat tukor..huh! memang kojo gilo tapi kalau sanggup apa saja kann...huhu

Selasa, 10 Mei 2011

Adik muntah belahak

Malam tadi stat kui 2 pagi dak adek muntah belahak. Aku tak pasti adakah disebabkan susu baru ni tak serasi ke..tapi benarnya lama dah adek ni batuk-batuk. Habih toto berbau dengan muntah adik..eemmm...tak tahannya kakak lak..sanggup dia tido atas lantai sebab tak tahan bau busuk.Katanyanye la..dia tak tau dia pun dulu gitu gek...hehehe..anak-anak ni ..memang ler!

Hari ni aku plan nak bawak adek g klinik. Dapat ler aku mc sebab nak jaga askar ni. Tapi yang pelik bile kat klinik elok lak dak adek ni main ba..ba...chak dengan sapa-sapa ntah kat klinik tuh. Iye la..dia pun demam baru nak jadi..tapi takpe aku memang nak anak-anak aku jadi kuat..takde la merengek-rengek sebab batuk ke demam ke..Alhamdulillah..

Balik je dari klinik...dengan aku-aku sekali belayar sampai ke India..Hambek! ni la pasainya bila dah jadi ibu ni..malas ke rajin ke kene gek la bangun layan anak-anak dengan darurat-darurat macam ni.,kui brapa sekali pun.

*Harap-harap ayah datang ari ni..semua rindu ..ibu lagi ler..hehehe

Selamat Hari Ibu

Sebenarnya aku tak tau pun bile hari keramat ni. Maklum la awak tak penah sambut ye tak..ibarat kata hb aku 'dah ada anak ni hari-hari ler hari untuk ibu' * ayat untuk ngelat bagi prezen kat ibu la tuh..
Tapi untuk tahun 2011 ni macam biase jugek la...takde la prezen ape-ape pun cuma aku lak yang akan bagi seprais kat mak. Alaa..potong-potong kek je...itupun aku beli kek kecik je. Nasib ler aku sempat pkir nak wat gitu sebab sebelum tuh mak cakap ' takdepun anak-anak mak yang tepon ucap Hari Ibu kat mak' ...huhu...aku diamkan aje. Ater..bila dah tengok kek terus diam la ye dak...nasib baek ler aku pun tak stat emo.

Tapi sedeynye masa-masa tuh la kamera aku pun bateri kondem.Bengong tui!huhu..

Untuk Mak, Selamat Hari Ibu..bukan keh tak hengat tapi saje buat tak hengat sebab hengat nak beli kek ni je. Mak keh tau keh ni bukan anak mak yang baik..yang baik-baik pun bukan tapi keh penah buat mak terasa hati dulu. Keh mintak maaf banyak-banyak mak..minta maaf sangat-sangat. Keh harap mak tak simpan dalam hati ye mak...kenkadang keh pun terpikir ngape la keh tak menat nak tepon mak, nak tanya kabar mak dah ler keh jarang bagi duit kat mak sekarang.
Mak, keh tak teppon mak sebab keh jenis malas nak bersembang..tapi keh tepikir kalau satu hari nanti mak takde ..bila keh rindu kat suara mak mesti keh nyesal tak tepon mak hari-hari macam Kak Lang buat.
Mak, keh kenkadang tepikir gek satu hari nanti anak-anak keh mesti layan keh lagi teruk dengan apa yang keh buat pada mak skrang. Keh nyesal tapi tak pandei ler nak ngubah...

Mak..selebihnya keh takut bila tiba masa 'itu'.Masa mak takde. Keh takut nak menghadapi masa tuh. Keh tak kuat mak. Walaupun keh dah ada anak-anak dan suami tapi keh masih perlukan mak. Keh perlukan mak kalau anak-anak keh tak sehat, kalau laki keh tak sehat, keh nak mak kat sebelah keh..sob..sob..sob..keh sunyi mak kalau mak takde. Nak balik kampung mesti tak best kalau mak takde..
huwaarghhh!!!!

Mak, ampun kan keh mak..dosa dulu ngan skrang mak..keh tak reti nak cakap tapi keh bagitau kat sini je. Mak halalkan susu yang mak bagi keh menum dulu. Sungguh mak kalau ler ada salah silap yang keh tak perasan. Tolong la mak jangan simpan dalam hati mak..bagitau la keh mak. Beban sangat kalau keh tau mak nyimpan dalam hati.

Mak..im minta maaf ye mak..jarang tepon mak..
Mak..im minta maaf ye mak..kalau ditakdirkan im pegi dulu...maafkan im mak..maafkan im mak

*mood Sedih...

Ahad, 8 Mei 2011

sambungan..







Hasil kerja si Ahsan...tq bro..nice shoot!

Yang ditunggu










*letih rr...sambung laen naa..

Khamis, 5 Mei 2011

Musibah

Hari ni aku pegi keje dengan mengangkut lappy aku. Ewwah..sah-sah nampak takde keje iye dak?huhu..memula aku bukak mukabuku tengok apa terbaru kat wall kronee. Sekali tu dia..tekejot borok Pak Mat kampung sebelah...umah Asbah tebakor! Asbah was my x skolmate kek STDUMA.Sian lak baco cito dalam blog Ain..Ain ni lak moderator Kroneezen xSTDUMA 97..emm..susah tui tak wat sesi kenalan awal-awal ni kan..huhu..*mengong sedih lak baca kesah Asbah ni..sahabat aku ni ibu tunggal dengan 2 anak.

Habis semua harta bende dia..yang dapat diselamatkan dia ngan anak-anak je. Sungguh-sungguh Allah menguji dia tapi semua ujian tuh kan ade hikmah di sebaliknya. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Aku paham kesusahan dia dalam keadaan keseorangan macam ni. Tapi aku pasti Asbah kuat untuk hadapi cabaran ini. Yang penting sekali harta dunia akhirat dia iaitu anak-anak selamat. Bila menghadapi musibah macam ni aku selalu teringat ayat kawan aku...dalam nasib tak baik mesti ada nasib baik..Insyaallah hanya Dia yang Maha Mengetahui..wallahualam.

Memula baca berita tuh terus aku tepon dia tapi numbor tepon dia offline. Ghopenye tepon member pun selamat tekubur dalam kebakaran tuh. Dia pinjam tepon anak buah dia. Trimas pada Ainn yang sangat prihatin dan updated nombor terbaru Asbah. Dapat la aku bercakap dengan dia. Tapi Asbah ni memang kuat..aku dengar suaranya pun tenang je tadi..alhamdulillah dia redha. Aku senang hati dapat bercakap dengan dia sebab apa lagi yang boleh dia buat dalam keadaan sekarang? Hanya bertenang dan bersabar..Allah sedang menguji dia

Baca dalam dinding mukabuku Ainn..dia sefamili nak g wat site visit ke umah Asbah. Aku pun setuju nak join sebab aku pun dah lama tak jumpa Asbah. Janji kui 2030 jumpa kat McD seksyen 6 Shah Alam. Sampai kat lokasi Asbah kui 2100.Emm..member duk surau. Dari cite dia jiran sebelah umah dia yang penyebab kebakaran. Entah la kann..mende nak jadi..
Apapun trimas pada Ainn sebab melancarkan derma kilat untuk Asbah sefamili. U go gal!Untuk Asbah i know u can face it..dan jangan lupa kengkawan ko sentiasa ada untuk membantu ko.

Tapi terkilan sikit sebab takde gambor. Aku lupa nka bawak kamera..huh!