Isnin, 12 September 2011

Dia anak yatim piatu..

Dalam orang semua bergembira menyambut syawal, suami aku diuji Allah dengan berita kehilangan mak aka MIL aku pada 9 syawal baru ni. Takziah pada famili suami aku. Memang hebat dugaan famili mertua aku hadapi. Tahun lepas adek ipar bongsu, anak tunggalnya dan suaminya meninggal akibat kemalangan pada 6 Syawal 2010. Tahun ni sekali lagi dibulan Syawal ibu mertua ku dijemput olehNya. AKu redha dan aku pasti suami dan famili juga redha. Yang pasti kita semua akan dijemput ke sana cuma bila dan bagaimana hanya Dia yang tahu.
Aku dapat berita ni dalam petang kui 6 kot. 2130hrs kami bergerak dari Bangi ke Kedah.

Alhamdulillah 0345hrs kami semua selamat sampai di Alor Setar. Dan sangat berterima kaseh pada semua ipar duai dan sedara mara di Kedah sebab sudi menunggu kami. Akhirnya 1030hrs jenazah selamat dikebumi. Alhamdulillah semua anak-anak arwah semua sempat menabur bakti kali terakhir untuk arwah. Masing-masing ambek part sikit-sikit. Ada yang ambek part mandi sampai ke part sembahyang jenazah. Semua merasa. Bagi aku sebagai menantu agak terkilan bila tak dapat nak join bila nka mandikan jenazah. AKu dah niat nak sama-sama mandikan arwah mak tapi keadaan anak-anak kecil aku tak mengizinkan aku. Aku tak dapat nak menabur bakti pada mak mertua aku untuk kali terakhir. Maafkan Ti mak..

Mak..damai la mak di sana. Kesian anak-anak mak. Semua macam kosong bila mak takde.Anak mak Shubli bawak kete tak henti dari KL ke Alor Setar mak. Dia tak sabar nka jumpa mak. Maafkan anak dan menantu mak ni sebab tak mampu nka tunaikan hasrat mak nak ke Bahau. Maafkan kami mak. Kekangan masa dan ekonomi membataskan pergerakan kami mak.Mak selalu kata ayah ada dengan kami di Bahau berkali-kali sebelum mak pergi. Padahal mak nak jumpa dengan ayah dan adek kat sana.Mak..bulan Syawal juga mak pergi lepas Adek pergi pada Syawal tahun lepas. Adek pergi 6 Syawal mak pulak 9 Syawal. Kami redha mak..kalau ditakdirkan kami pulak syawal tahun depan...kita akan bertemu di sana ye mak. Maafkan saya mak...kalau saya gagal menjadi pilihan pilihan mak. . Alfatihah untuk mak di sana.

Tiada ulasan: