Sabtu, 13 Ogos 2011

Boleh ke?


Aku jalankan rutin macam kat uma even aku bermalam kat spital.Gila sakit badan tido sekatil dengan adik. Tempat tido yang dia bagi untuk mak yang menjaga adalah seperti sofa bed yang tak boleh lipat. Naseb aku ler! gamaknya kene la aku numpang dak adek. Adek pun aku tido dengan dia lagi stim mata dia nak tido. Alhamdulillah..anak aku jarang melalak malam-malam. Mungkin sebab dah jadi anak dara...dah besor..

Tadi doktor yang mengechek cakap mungkin anak aku boleh discharged esok. Insyaallah harap betul ler yang doktor tuh cakap. Demam adek pun dah kurang. Cirit dia pun dah tak berapa nak cair.Antibiotik yang disumbat dalam tangan macam nampak improvment.Skang budak-budak dalam wad semua bakal melalak bila nampak orang yang pakai baju putih dan pink ni.Pantang nampak sungguh.AKu rasa kalau dah besar mesti berdoa jangan la si baju putih atau si pinky ni datang. Haru!

Tak larat dah aku tido dalam wad..bosan!sakit badan!Tapi demi adek...ibu sanggup dek...silap!benarnya demi anak-anak ibu sanggup..bior cuti ibu dah nak zero jumlahnya..ibu sanggup. Maka citenye raya tahun ni ayah n anak-anak akan beraya kat bahau je la ye...huhu

Tiada ulasan: