Rabu, 22 Jun 2011

Krisis Tebusan Bangunan AIA

Tarikh 4 Ogos 1975 adalah satu hari yang telah menggemparkan negara.Aku pun tak lahir pada zaman ni..aku lahir 5 tahun lepas peristiwa ini.

Ianya bermula pada hari tersebut iaitu hari Isnin apabila 10 orang pengganas dari Red Army Japanese (JRA) telah merempuh masuk dan menawan bangunan American International Insurance yang ketika itu menempatkan yang antaranya menempatkan pejabat Kedutaan US dan Sweden.

Sedikit latar belakang mengenau Red Army Japanese (JRA) atau Tentera Jepun Merah. JRA dikenali juga sebagai Anti-Imperialist International Brigade (AIIB), Briged Perang Suci dan Barisan Demokratik Anti Peperangan. Pegasas JRA ialah Fusako Shigenobu, seorang wanita Jepun. Amerika terlibat dalam Perang Vietnam 1957-April 1975.

Sekitar 1970-an banyak serangan dan pembunuhan dilancarkan di seluruh dunia. Serangan pembunuhan dilakukan di Lapangan Terbang Lod di Israel pada 1972. Kumpulan Black September telah menyerang dan membunuh 11 atlet Israel di perkampungan Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972.

Tujuan perjuangan JRA ialah menghapuskan kerajaan Jepun dan sistem monarki di Jepun dengan melancarkan revolusi di seluruh dunia sejak September 1969 . JRA dalam bahasa Jepun ialah 'Sekigun-ha'. pemimpin intelektual JRA iaitu Takaya Shiomi telah dipenjarakan pada 1970. Ahlinya seramai 200 orang, bergabung dengan Rengo Sekigun atau United Red Army pada Julai 1971. 12 daripada ahlinya mendapat latihan senjata di puncak gunung Jepun.

Pada 1971, JRA berkerjasama rapat dengan perjuangan Palestin iaitu Barisan pembebasan Popular Palestin (PFLF).[1]

Ketika tragedi itu pengganas JRA ini telah menawan 53 orang tebusan selama 3 hari.Tebusan dikumpulkan di tingkat 9 bangunan AIA dan ditahan selama 79 jam. Mereka menuntut agar kerajaan Jepun membebaskan rakan mereka yang dipenjara di Jepun dan Sweden selain 2 kereta untuk ke lapangan terbang untuk terbang ke Libya.Mereka menggugut untuk membunuh kesemua 53 tawanan sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi. Mereka mahu ke Libya kerana Presiden Libya Muammar Ghadafi menyokong perjuangan kemerdekaan di seluruh dunia termasuk perjuangan PLO untuk menuntut pembebasan bumi Palestin dari cengkaman Israel,gerakan Moro di Mindanao dan IRA di Ireland.

Akhirnya kerajaan Jepun berkompromi dan menghantar banduan dari Jepun ke Malaysia dengan Syarikat Penerbangan Jepun (JAL). Kapal terbang yang sama membawa pengganas ke LIbya. Hasil rundingan JRA berjaya membebaskan 5 orang pemimpin mereka yang dipenjarakan di Jepun dan Sweden.Seterusnya mereka diterbangkan dengan DC8 pada 7 Ogos 1975 ke Libya.

Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan Ketua Polis Negara iaituTan Sri Mohamed Hanif Omar
(sekarang Tun).Menteri Dalam Negeri ialah Tun Ghazali Shafie. Tun Ghazali pada ketika itu berada di Indonesia tapi kembali ke Malaysia dan berjaya berunding dengan pengganas selama 3 hari di dalam bangunan AIA. Terima kasih pada kemampuan Tun Ghazali yang fasih berbahasa Jepun.Hasilnya pegawai kedutaan Amerika berjaya dibebaskan. Tokoh yang ditukar ganti dalam drama tebusan itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Dato' Ramli Omar dan KSU Kementerian Tan Sri Osman Samsuddin Cassim. 2 orang ini menjadi pengiring JRA ke Lapangan Terbang Subang. Mereka menaiki kapal terbang DC8 yang mereka rampas di Korea Selatan untuk ke Libya. Kapal terbang singgah di Lapangan Terbang Colombo, Sri Lanka sebelum mendarat di Lapangan Tripoli, Libya pada petang 8 Ogos 1975. Dato' Ramli Omar dan Tan Sri Osman Samsuddin Cassim selamat kembali ke Malaysia pada 10 Ogos 1975. Dari awal hingga akhir tiada pertumpahan darah berlaku.

Antara tebusan yang ditawan ialah Frederick Bergenstrahle iaitu Pegawai Kedutaan Sweden dan Ulla Odqvist setiausaha Kedutaan Sweden.

Krisis ini dikira kemenangan pada perjuangan organisasi JRA.Tahun 1970an adalah kemuncak perjuangan JRA. Kesan dari peristiwa tersebut pejabat kedutaan Amerika telah dipindahkan ke lokasi baru di persimpangan Jalan Ampang. Raja Sweden Carl XVI Gustaf menganugerahkan Royal Order of The Polar Star kepada Tan Sri Osman Samsuddin Cassim pada 16 September 2009 iaitu kira-kira 34 tahun kemudian. Anugerahkan disampai oleh duta Sweden ke Malaysia H.E Helena Sangeland. Tun Abdul Razak telah meninggal pada 14 Januari 1976 beberapa bulan selepas kejadian tersebut.

Untuk pengetahuan korang dan aku sekali okeyh..gila gigih aku menulis entri pasai sejarah ni. Ayat diubahsuai oleh aku dan sumber dari sini dan juga dia ni

Tiada ulasan: