Khamis, 12 Januari 2012

Persiapan akhir dan perasaan saya..

Baru je selesai mendraf email untuk ucapan selamat tinggal kepada kengkawan di opis aku.ramai tanya tak sedih ke nak tinggalkan infra..tipu ler kalau aku kata aku tak sedih tapi ye lah...takkan la aku nka berguling-guling untuk menyatakan betapa aku sedih untuk meninggalkan kamu semua kan? Allah je yang tahu apa dalam hati aku tika aku mendapat tahu berita kesahihan pertukaran aku ni. Sungguh aku tak menyangka seawal ni aku akan bertukar. Selama ni kalau orang tanya 'maseh di INFRA kakchik?" dan jawapan klise aku adalah ' ha'ah..tetap,berpencen dan bersawang kat sini'..muahahahaa...x boleh blah nyer jawapan aku. Sapa sangka akhirnya aku akan tinggalkan jua Bangi terchenta ni. Dalam umur aku yang muda lagi *muda lgi ke?? aku selalu memplanning yang aku akan duk di kampung di kala aku nka pencen nanti. Tapi Allah Maha Mengetahui. Akhirnya aku akan balik ke kampung untuk berbakti di sana..untuk orang-orang asli..boleh?

10 tahun aku di KL dan selangor ni. Macam tak caya sungguh aku berjaya harungi hidup di kota *ayat novel ni dengan banyak cerita,ceriti,pahit,manis, kenal orang tuh,kenal orang ni, dapat bf,bakal bf..hehe lepas tuh kawen, beranak dan sampai ketahap sekarang ni. Allah Maha Besar..hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk hambanya. Semua telah berlalu tahun ke tahun dan yang pasti kebahagian menunggu untuk aku dan famili aku.Itu la jugak harapan aku bila dapat pindah ni.

banyak kenangan pahit manis sepanjang aku disini. Tiap tahun ada manis,masam,pahit dan segalanya sepanjang di sini. Tapi bagi aku..yang pahit aku simpan dan aku jadikan iktibar dan pengalaman hidup supaya lebih beringat dan yang manis..lagi la aku simpan,simpul ketat-ketat, nunnn jauh di satu tempat di sudut hati aku..sampai mati ..insyaallah aku takkan lupa.

Dikesempatan ini..aku nka mintak mahap banyak-banyak pada sesapa yang terguris,terasa,temarah atau apa-apa je sepanjang kita berkawan atau berkenalan. Aku tak sengaja sebab aku pun bukan sempurna mana..maafkan aku sahabat sekalian. Yang termakan,termenum..aku mintak tulun la halalkan kalau tak muntah darah la den weh..huhu...

Apo laie den nak merapu ni?entah la..mahap zahir batin la kot??hehehe..

Rabu, 11 Januari 2012

kesah anak ngan ayah derang..

Disebabkan aku kene melapor diri subuh spie kek seremban maka anak-anak aku terpaksa la aku tinggaikan kat ayah derang. Emm...bukan aku x caya kat laling aku bila bab jaga anak. Yang sadisnya pagi tuh jugak la ayah derang ni demam ni. Aduhh!! aku dah agak dah kalau demam ni maknanya anak-anak aku bakal jadi anak terbiar la nih. yeahh!!naluri ibu ni memang kuat. Anak-anak aku kui 10 pagi baru mandi. Gosok gigi? mintak mahap la yo! bakal jadi lombong emaas la dalam mulut si kakak tuh.

Tapi aku salute laling aku ni sebab dia jarang mulut bising banding dengan aku yang sambil tangan jalan kemas umah mulut aku pun berjalan gek 'menyanyi' untuk famili tercinta..muahahaha..Tadi on the way nak ke Seremban si kakak tepon dengan suara sayu dia nak ikut.Dia ingat ibu dia balik Bangi.tak la sayang...ibu tak balik Bangi. Ibu keje kat Seremban.Sian...sedih hati aku dengar dia ckap tadi..ishh...ishh..

Petang laling calld bagitau esok dia ada meeting dengan sapa ntah pagi. Ahh..sudahh!!mana lak aku nak letakkan anak-anak aku ni?dah la taska tak cari lagi, jiran sebelah umah aku lak takde umah ari tuh, aku lak nak kene balik keje kat Bangi.. Ufff!!ibu penin!ibu penin! Dalam pada tuh aku saje google taska kat Bahau. Dapat la pulak. Alhamdulillahh!!terus tepon terus setuju.

Malam tuh balik je dari Seremban sampai bahau terus g survey taska tuh. Menggagau je cari umah tuh tapi jumpa la akhirnya. Pagi esok tuh lepas ayah derang ngantar ke sana aku tepon owner taska tuh. Derang tanya anak aku penah antar taska ke sebelum ni..Aku pun ye la tapi ape hal kan..sebab derang tengok anak-anak aku tak takut langsung even 1st day n nanny pun semua orang baru. Derang wat macam biase je. Alhamdulillah..aku risau gek terutama si kakak sebab dia dah besar. Si adek takde hal..duk mana pun dia boleh idup.Tapi alhamdulillah sangat-sangat anak-anak aku sangat berdikari. AKu suka anak-anak aku macam tuh mungkin sebab dari dalam perut aku lagi derang dah rasa duk dengan aku je sebab ayah derang jauh jadi duk mana-mana pun derang pandai bawak diri. Lagi satu memang aku tak ajar anak takut dengan keadaan sekeliling. Biar derang jadi kuat. Sekental semangat Sumaiyah.

Ingatkan bersawang kat situ je..

Aku ada cite kat sini kan pasai den kono transfer balik kampung. 9hb Jan aku g melaporkan diri kek HQ JAKOA di Seremban dengan menumpang sepupu aku subuh spie dari Bahau. Kemain la baik aku ni kazen aku cakap datang lapor diri subuh sebab selalu orang datang tengahari atau petang atau dengan kata laen sesuko hati derang. Aku lak tak tau kalau tau memang aku pun nka buek gitu yo!huhu..

Sampai je kat sana ramai je beratur kat luar pintu sebab polisi antara staff JAKOA negeri ni tiap-tiap minggu rotate jadi pemegang kunci opis. Jadi ari tuh yang pemegang kunci tuh pulak ntah poie ke mano mako eh semua pakat behimpun luar opis nak punch kad. Last sekali semua punch kad merah..muahahhaa. Aku?orang baru kan..ikut je la. Secara kasarnya staf kat opis Seremban ni aku tengok ok..semua peramah. CC kat sini semua peramah dan baik..kire senang la aku nak kontek derang kalau ape-ape hal kat daerah nanti kan.

Rupenya dalam ramai-ramai staf tuh ada sorang CC ni dah dekat 10 tahun berulang dari Juasseh ke Seremban.Perghh..tegar tui dia berulang.Kemain jauh eh macam dari Infra nak ke Damansara melalui jalan yang jem lagaknya. Tapi agak haru sikit sebab aku tak dapat jumpa dengan Pengarah JAKOA cik Bakar sebab aku dapat tau jumaat minggu sebelum tuh derang dah rai Cik Bakar dapat transfer ke HQ JAKOA sebab naek pangkat. Congrats bos! So kene la aku mengadap Timbalan Pengarah (TP). Aku ingatkan macam kat opis lama gred 41..ghopenye gred 27.hambek!muda sesangat ko dah jadi TP yo!

Ni aku nak cite pasai keje aku kat daerah Jempol nanti. Semua yang bercerita kat aku agak mengecutkan perut aku. Sebab aku akan lebih menjaga kebajikan orang-orang asli di sekitar daerah Jempol. Ni yang aku paham skit-skit la tapi kalau salah mmintak mahap la yo. Sampai derang cite kalau derang sakit penin kepala sikit pun derang akan panggil orang JAKOA ni. Macam keje JKM pun ada aku rasa tapi aku redha je la. Aku dah nekad bila mintak tukar ke jabatan ni. Aku langsung tak survey keje baru ni sebab lagi akan buat aku sedih nka tinggal kota metropolitan ni (lah sangat..muahahaha). Aku nekad aku redah je macamane pun keje aku nanti. Kenaikan pangkat? ada yang kata susah la skit aku nak naek pangkat kalau dah duk daerah nu tapi bagi aku..betul-betul aku tak kesah. Ada rezki aku naek pangkat..alhamdulillah. Takde rezki aku keje la macam biase...berpencen dan bersawang la pulak kek JAKOA Jempol tuh.

Bagi aku ni semua boleh menambahkan pengalaman dalam diri aku. Kene jugak la kot keje kehulu ke hilir dengan diri aku ni. Lagi pun aku rasa kat opis lama aku dah lama dalam zon selesa. Insyaallah la..memang aku tau banyak dugaan bakal menunggu aku tika keje di daerah nanti tapi aku akan cuba dan mesti boleh buat.Insyaallah..sok kalau baca cite pasai aku merintih kek tompek kojo baru nanti layan kan je la yo..huhu

ADIoz

Khamis, 5 Januari 2012

Penghijrahan..

Akhirnya setelah setahun berjuang untuk bertukar demi untuk bersama keluarga..hari ni aku telah mendapat surat yang mengesahkan tempat aku kat tempat keje baru.Iyup!aku yang sengal ni akan berhijrah ke tempat baru. Sempena 2012 ni aku sambut dengan berita penghijrahan aku ke daerah Jempol. Aku akan bertukar ke JAKOA. What is JAKOA?JAKOA stand for Jabatan Kemajuan Orang Asli atau dulu dikenali sebagai JHEOA.

Apa aku rasa sekarang?sedih?hepi?teruja? emm...kosong...empty..tuh je yang aku rasa.Bukan aku tak nka pegi...bukan..tapi aku rasa macam..terlalu awal.Emm...aku target aku dapat bulan Mac atau April tapi ye la...kita merancang kan...Tuhan menentukan.Maka aku redha je. Cakap pasai redha ni..aku tak penah pun pegi tengok opis baru aku ni walaupun aku selalu nampak signboard opis ni kalau gi Bahau.AKu redha macamane sekali tempat keje baru ni,macamane cara keje baru ni..aku redha je. Yang pasti rentak keje aku akan bertukar seiring dengan rentak keje baru ni.

Yang paling aku pikirkan ialah bagaimana agaknya situasi aku yang akan tinggal serumah dengan laling aku selepas 5 tahun tak penah duk bersama. Macam-macam yang aku pikirkan pasai ni. Mampukah kami?mampukah aku? Salah satu sebab aku mintak tukar ni adalah kerana anak-anak aku. Aku rasa tak mampu lagi untuk menjaga tanpa kehadiran ayah derang ni. Aku perhatikan 'kebrutalan' si kakak ni terjadi salah satu apabila dia berdepan dengan aku..ibunya sahaja. menurut ayahnya..kakak mudah sekali dijaga bila dgn dia.Amat berbeza bila dengan aku..so camno tuh? Lagi 1 dah hampir setahun aku berulang pagi senin dengan anak-anak dari Bahau.Aku tak boleh bayangkan situasi itu bila anak-anak dah mula sekolah nanti. Tentu kesian sebab penat dan akan ilang perhatian pada pelajaran lalu merosot prestasi.

Nauzubillahh..jauhkan la! Apa lagikan doa dari seorang ibu untuk anak nya melainkan doa yang baik-baik sahaja? Apa aku buat ni adalah untuk kebahagiaan famili aku. Untuk suami dan anak-anak. Sebab pangkat?ada yang bising kat aku kalau pindah jauh-jauh gini peluang kenaikan pangkat kurang. Emm...lantak la! aku langsung x terpikirkan pangkat ke hapa..pangkat x menjamin apa-apa. Apa yang aku pegang..rezeki ada dimana-mana. Ada rezki aku naek pangkat..ade la..xde rezki aku nak naek pangkat..gini la pangkat aku sampai ke pencen. Takpe..aku redha..sekali lagi..aku buat demi famili dan demi Allah. Ramai nasihatkan aku..berjuang di jalan Allah demi kesejahteraan famili..dunia akhirat.

Dan untuk aku teruskan perjuangan aku ditempat baru ni..aku dah lama berfikiran positif dan terbuka. No matter what happen..aku kene hadapi..memang bukan mudah tapi aku percaya Allah sentiasa ada untuk permudahkan urusan hambaNya ini. Aku pegang doa tuh.

Untuk penutup..aku ucapkan selamat tinggal dan terima kaseh pada semua yang menyokong,membantu pertukaran aku ni..kenkawan yang banyak berada di sisi aku masa haru biru aku tika suami tiada disisi..aku sangat menghargai korang semua..hanya Allah saja yang membalas jasa korang. Kita hanya merancang Dia yang menentukan..aku pasti ini yang terbaik dari Dia untuk aku. Percaya lah..memang aku hilang korang untuk hari-hari bersama tapi kenangan bersama kita dulu akan aku kenangkan hari-hari..selagi maseh diberi peluang oleh Allah untuk benafas di bumi ini..aku akan ingat.

- Salam penghijrahan -