Khamis, 19 November 2015

Buang sawang jap..Marathon 2012-2015 *1

Assalammualaikum

Aku dah kembali ke pangkal jalan..huhu..maksudnya aku dah mula rajin nak terkinikan blog aku ni. Kemain lama aku tak mengupdatekan blog ni. Malas kot! hahaha..tak semenggah tui! faham tak?
Last aku cite pasai camne aku kat Jempol kan.Dan aku masih lagi kat Jempol. Masih kat tempat keje lama aku. Tapi ada sedikit perubahan dalam hidup aku..aku marathon je la ye kisah yang aku rasa menarik untuk di share..ahaks

Julai 2012
Aku melahirkan seorang bayi laki. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa kami untuk mendapat sorang hero dalam famili kecik aku ni. Oleh kerana lahir dalam bulan pose maka nama diberi Mohd Shahru Ramadhan. Dulu panggil adik sebab rasanya macam dah takde tambahan tapi kalau dah rezeki Dia..sapa la kita nak menolak ye tak?hehehe..nanti aku cerita selebihnya apa berlaku selepas bersalin.
Kata nak marathon kan..kang lama-lama marathonbel #marathonbebel#

November 2012-Dis 2012
Aku mula kan harian aku sebagai surirumah sebab aku ambik cuti 2 bulan tanpa gaji..untuk jaga anak..benarnya aku takde hati nak keje so aku ambik keputusan bercuti lama untuk dapatkan kembali aura bekerja di tempat..konon la sangat kan..hehehe...disamping tuh laki aku cakap cuti untuk kuruskan badan #betuljugak#..huhuhu

Jan 2013-Mei 2013
Aku mula masuk keje awal Januari. Kurus tuh kurus la #chehhh# tapi sekurus hati aku jugak sebab lepas tuh aku mula bekerja tanpa gaji selama 5 bulan..haa..kaooo!! caya tak keje gomen tapi gaji tak dibayar??nanti aku cite lanjut..

Julai 2013
Aku dapat berita yang paling menggembirakan dalam hidup aku..rasanya..my wish come true..aku dapat offer sambung belajar kat USM. PJJ je la tapi..Alhamdulillah!! memang lama aku idamkan nak sambung belajar akhirnya tercapai. Yang buat aku lagi sronok sebab impian aku untuk belajar di universiti kebangsaan malaysia tercapai..USM tu banggg...dah sama taraf dengan UM dah aku rasa..hahaha..lagipun aku minat cite Ali Setan 1. Nanti aku cerita selanjutnya masa aku mula regster sampai la ni dah tahun 3 #perghh#giler#lama#tak#update#

Sept 2013
Orientasi pelajar baru PJJ USM selama seminggu. Syahdunya minggu orientasi ni terjadi masa raya ke 7(kot??) so kami pun ambik kesempatan membolehkan juga diri untuk balik ke kedah n terus ke USM Penang.Best kot dapat masuk U!?? macam dalam cite Ali Setan 1 tuh tapi bezanya aku masuk masa dah beranak pinak, dan separuh masa. Yang lagi mengindahkan cite ..masa ni aku tengah peknen 2 bulan..peknen lagi??!!Rezekii..terimo  yo lah...Ditakdirkan aku mendapat roomate dan classmate sepnjg aku orientasi itu juga tengah peknen..keempat-empat kami tengah peknen masa kami kat orientasi hari tuh..hahaha...

Jan 2014
Untuk pelajar PJJ USM diwajibkan menghadirkan diri ke USM setiap tahun selama 2 minggu untuk berjimba..haa...kao hado?? muahahahaha...berjimba dengan kelas dan ujian..takdenye la jimba seronok2 dehh tapi disebabkan aku dok bayang ijazah #aminnn# maka aku teruskan..#kipidap#dongibap#. Masa ni aku tengah 5 bulan nak masuk 6 bulan peknen..roomate aku masa intensif Gha namanya tengah tunggu hari. Dia ni pun ada kesah menarik yang aku akan share on next entry ..wahhh...OMEnglish haku!hahaha




Tiada ulasan: