Jumaat, 16 Disember 2016

End of 2016

Salam
Bagusnya aku kan..last skali aku blogging 2015 n now at the end of 2016 aku berblogging lagi and guess what..selepas 5 tahun menabur budi di daerah ni aku akan bertukar ke bandar..ke Seremban and sadly pun duduk di JAKOA Daerah SerembanRembauPortDickson. Herrmmm...masak aku rasa aku nanti. Aku akan berulang dari Jempol ke Seremban yang ambk masa sejam perjalanan selama ntah berapa tahun aku kene ngadap..aku rasa aku nak dengar cakap klik aku supaya simpan duit banyak buat modal..kita BISNES...jadi bos sendiri. Mungkin aku takde rezki untuk naik ke peringkat lebih tinggi dalam karier aku..mungkin aku akan berpencen setakat pangkat ini sahaja..owwhhh..ini bukan la impian hidup aku tapi kita hanya merancang Allah is the best planner..so aku akan sentiasa doa yang terbaik untuk aku,keluarga dan karier.

The best part is this will be the final coundown for my study..wahhh...ohmaienglish sangat la ko kan..puiiii!☺dan aku hanya berharap aku tak kene berulang lagi ke penang tahun 2018 atas sebab kene repeat paper. Walaupun nak abis tahun blajar pun tapi i swear to mymum..aku tak penah sekali pun ambik gambar kat pintu pagar USM..never at once..adoii..tak boleh menunjuk la aku penah masuk u..kuikuikui..sila la muntah ye..hahaha

Banyak suka duka aku sepanjang 4 tahun aku belajar ni dan yang paling sadis,taching sekali ayah aku meninggal masa aku tengah final exam. Sememangnya itu merupakan pengalaman aku yang paling sedih dan paling kuat aku kene hadapi. Ujian Allah tu belum berakhir..ayah aku meninggal 2014 ahad dalam bilik air rasanya masa tuh ayah masuk untuk ambik wuduk solat zuhur. Kebetulan masa tu aku kat umah kaklang di KL sbb  esoknya isnin aku ade paper last iaitu paper yang paling tough pada aku yang memang aku yakin akan jadi penyebab aku failed. Walaupun sepatutnya ayah boleh dikebumikan malam tu tapi mak aku menolak sebab adik kat penang dengan along kat terengganu belum sampai lagi dan adik aku sorang lagi masih diSarawak.,.yang terawal balik aku,kaklang,bangah n co,laki aku dan anak2 dari bahau.Malam jenazah ayah dimandi kan dna alhmdulillah aku, kaklang n bangah diberi kesempatan untuk mandikan jenazah ayah..sedihnye ya Allah tak dapat aku bayangkan..setiap kali aku menyapu bahagian badan ayah semua memori masa kecik dengan aayah semua terbayang..Allah..sedihnya macam nak pecah dada aku..selepas dikapankan, aku,kaklang,bangah,mak, cucu2 semua dpt tgk muka ayah. tengah malamnya adik dari penang sampai ,,along sbuh baru sampai.

Aku ada minta pada mak untuk kebumikan ayah awal pagi sebab sempat sebelum aku ke shah alam untuk exam tapi mak aku kata x dapat maka aku pun redha kui 9 pagi selepas dapat restu mak, ayah utk kali terakhir, aku berangkat ke shah alam untuk paper kui 2 ptg. Adik aku Jamal di UNIMAS pun tengah final exam pada masa tuh..lagi sadis hari tersebut merupakan paper pertama dia..ALLAH...ko kuatkan lah hati aku dan adik aku..aku jawap paper dengan perasaan bercampur baur..aku redha sebab aku langsung tak ingat apa aku dah belajar tapi aku tawakal je dan aku memang redha dan bersedia klau ditakdirkan aku gagal paper ni..masa ni aku terbayang muka ayah je. Allah Maha Kuasa..aku pun rasa mcm nak terduduk bila tengok result ..alhmdulillah..aku lulus paper tuh. Jamal pun lulus exam dia..
 Dan har ni aku telah berada di tahun akhir..aku sentiasa ingat ayah dulu masa aku nka exam untuk paper tahun pertama  'ayah doakan ko lulus pereksa ni ye kakchik'..berkat itu la dan dengan keizinan dari Dia..maka disinilah aku..semoga aku berjaya sehingga ke segulung ijazah..insyaallah ayah..im hadiahkan kejayaan ini untuk ayah..

emm...poanjang lak karangan aku..till then..jumpa 2017
salam

Bodoh itu warisan

Salam..maaf malam ni aku nak meroyan pasai BODOH. Sebenarnya bukan bodoh ni aku nak highlight tapi manusia bila berbuat selalu perkara tidak befikir panjang, terus bertindak tanpa berpikir kesan akibat dan akhirnya perangai warisan ko akan terkeluar..walau macamane pandai pun ko rasa diri ko.

Ini pandangan aku yang tak berapa nak pandai ni. Tapi sebodoh aku pun aku rasa ape mende aku nak cakap, aku nak buat selalunya aku tak terus buat..tapi aku akan pikir dulu..sebab aku akui masa aku muda mudi dulu aku selalu kurangberpikir sebelum aku bercakap atau nak buat apa. Kononnya masa tuh semuanya betul so tak berapa nka peduli kesan pada orang ke pada diri sendiri ke sekurangnya tapi bila aku dah kawen, menginjak usia,dah beranak ni aku mula berpikir panjanggggg sebelum aku berbuat atau bercakap. Nak pulak bila bekerja aku mula paham dan didik diri aku supaya bad attitude kene BUANG, DELETE dari idup ko kalau nak keje lama. Nak pulak keje dalam bidang sosial yang memerlukan aku berhubung dengan ramai orang..lagi la..supaya nanti apa berlaku selepas itu tak menampakkan aku yang bodoh.

Ini pulak bodoh warisan. Bodoh warisan ni pulak bila ko dah tau memang ada keturunan dia yang ko penah nampak buat perkara dan ko melihat pula orang itu melakukan perkara bodoh itu sama seperti keturunan dia buat dulu..well tats wat i call bodoh bergenerasi.Erghhh..aku memang tak boleh terima perkara ni dan nak pulak its happen to your child. Owwhhhmaii..

Kesimpulannya..berfikirla panjang-panjang sebelum ko bercakap atau bertindak supaya akhirnya ko tidak dicop bodoh atau keturunan boodoh ko disebut-sebut.

#lovmychild#

Sabtu, 28 November 2015

Ke penang kita weiihhh! #sukajalan#

salam u'ollz..skarang jam 5.21 pagi. Aku baru je lepas buat keje sekolah haku. Petang ni nanti dalam kui 4 petang aku akan belayar ke Pulau Pinang untuk siapkan kene sekolah berkumpulan. Sebenarnya nak shooting ujian lisan untuk subjek English..kang tak boleh ambil final exam lak aku kang sbb x cukup syarat. Aku dah survey jadual ketapi ni masa yang dijangka sampai kui 9.45 malam. Harap selamat sampai,selamat siap keje dan selamat balik...tak boleh lelama..askar ramai..huhu...
baju pun tak kemas lagi..buku nak kene pulang library pun tak angkut lagi.Kesah buku library ni aku pinjam dari awal tahun masa kursus intensif tahun ni sampai ke la aku tak pulang..parah la aku membayor duit denda ni..rasanya ada beribu kene bayar ni..haruuu!!

Aku dah stat menguap2 dah ni. Since tangan aku dah rasa macam nak membengkak ni sebab dari tadi kejenya menampor nyamukkk je..so aku akan berhenti di sini dulu. Nanti ade masa dan kesempatan aku bersiaran dari Pulau Pinang..USM dihati #poyokaukakchik#

salam

Buang sawang jap..Marathon 2012-2015 *2

Sambung marathon *2

April 2014
Aku melahirkan  sorang lagi princess. Alhmdulillah..kelahiran kali ni ibarat kata laki aku..terbersin je anak terus meluncur..haa...iye lah cik abg..pueh sya ni bang oii!!Since nama anak aku semua mula dengan S maka untuk si kecik ni nama diberi Shahidatul Nafisah selepas merujuk dengan pakar rujuk aku..ustaz shah #terima kasih bos#

Jun 2014
Masih lagi tersiksa dengan berat badan yang tak turun *padahal aku yang x boleh nak diet*. Dalam masa ni juga aku memperjuangkan diri demi untuk segulung ijazah..wahh..ayat ko kakchikk!!!aku ada final exam la..hehehe...aku final kiranya untuk semester pertama. Pengiraan semester di USM ni bagi yang PJJ ialah 1 semester bersamaan setahun so untuk yang PJJ ada 4 sem bersamaan 4 tahun..itu cite kalau takde paper kene repeat la..kalau kene repeat..tambah la 1 sem lagi jadi ler 5 sem..hambek!! Muak wehh..apa pun aku hanya mampu berdoa jangan aku kene repeat paper.

Julai 2014
Start keje dan dapat bos baru..lagi..kire nya dalam 2 tahun servis kat Jempol ni aku dapat 3 bos la..hebat x JAKOA Jempol ni? *krik*krik*krik*. Bos yang ni ok so takde la masalah sangat..boleh berkompromi.

Sept -Dis 2014
Result kuar sept dan alhamdulillah aku lulus..emm...so-so la kata orang kampung aku. Ibarat kata akak senior tuh..asalkan lepas naik sem baru..apeadehal??!! Iye lah..kenkadang bukan sekadar alasan klise tapi pengalaman aku sendiri sepanjang jadi student PJJ ni klau bab belajar memang semua tak boleh nak celen budak yang fultime. Nasib PJJ USM ni tak perlu ke kelas seminggu sekali mcm ada sesetengah U. Macam aku la..sepanjang aku dah masuk tahun 3 ni rasanya ada sekali dua je kot aku g kelas. Gitu ler tapi ada yang lagi terer dari aku langsung tak penah pegi kelas so memang derang tak tau la kelas belajar tuh kat mana letak duduknya pensyarah kita..hahaha..mampu kao?? Nanti ler aku cite kan pasai PJJ USM tapi nka lebih lanjut boleh view kat dia ni sebab aku pun asal mula tergerak hati ni sebab baca dari blog dia la tapi ape pun semua ni bergantung pada rezeki.

Jan 2015
Aku ke USM untuk kursus intensif dalam 2 minggu..so 2 minggu la aku fefeeling ala-ala pelajar U...hahaha. Bukan g sesaje je ye..beserta dengan test hokeyh..stress sebab kelas kui 10 leas tuh kui 4 petang nka kene hadap test pulak..kenkadang ada yang 1 hari 2 test kene hadap..mampu ko??

*rasaya cukup dah kot aku menulis memane peristiwa penting yang pernah terjadi kat aku sepanjang aku tak rajin memblog. Tapi ini pun aku tak tau berapa tahap  kerajinan aku. Ada cerita menarik..ade la ye dak..c'ya..salam


Khamis, 19 November 2015

Buang sawang jap..Marathon 2012-2015 *1

Assalammualaikum

Aku dah kembali ke pangkal jalan..huhu..maksudnya aku dah mula rajin nak terkinikan blog aku ni. Kemain lama aku tak mengupdatekan blog ni. Malas kot! hahaha..tak semenggah tui! faham tak?
Last aku cite pasai camne aku kat Jempol kan.Dan aku masih lagi kat Jempol. Masih kat tempat keje lama aku. Tapi ada sedikit perubahan dalam hidup aku..aku marathon je la ye kisah yang aku rasa menarik untuk di share..ahaks

Julai 2012
Aku melahirkan seorang bayi laki. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa kami untuk mendapat sorang hero dalam famili kecik aku ni. Oleh kerana lahir dalam bulan pose maka nama diberi Mohd Shahru Ramadhan. Dulu panggil adik sebab rasanya macam dah takde tambahan tapi kalau dah rezeki Dia..sapa la kita nak menolak ye tak?hehehe..nanti aku cerita selebihnya apa berlaku selepas bersalin.
Kata nak marathon kan..kang lama-lama marathonbel #marathonbebel#

November 2012-Dis 2012
Aku mula kan harian aku sebagai surirumah sebab aku ambik cuti 2 bulan tanpa gaji..untuk jaga anak..benarnya aku takde hati nak keje so aku ambik keputusan bercuti lama untuk dapatkan kembali aura bekerja di tempat..konon la sangat kan..hehehe...disamping tuh laki aku cakap cuti untuk kuruskan badan #betuljugak#..huhuhu

Jan 2013-Mei 2013
Aku mula masuk keje awal Januari. Kurus tuh kurus la #chehhh# tapi sekurus hati aku jugak sebab lepas tuh aku mula bekerja tanpa gaji selama 5 bulan..haa..kaooo!! caya tak keje gomen tapi gaji tak dibayar??nanti aku cite lanjut..

Julai 2013
Aku dapat berita yang paling menggembirakan dalam hidup aku..rasanya..my wish come true..aku dapat offer sambung belajar kat USM. PJJ je la tapi..Alhamdulillah!! memang lama aku idamkan nak sambung belajar akhirnya tercapai. Yang buat aku lagi sronok sebab impian aku untuk belajar di universiti kebangsaan malaysia tercapai..USM tu banggg...dah sama taraf dengan UM dah aku rasa..hahaha..lagipun aku minat cite Ali Setan 1. Nanti aku cerita selanjutnya masa aku mula regster sampai la ni dah tahun 3 #perghh#giler#lama#tak#update#

Sept 2013
Orientasi pelajar baru PJJ USM selama seminggu. Syahdunya minggu orientasi ni terjadi masa raya ke 7(kot??) so kami pun ambik kesempatan membolehkan juga diri untuk balik ke kedah n terus ke USM Penang.Best kot dapat masuk U!?? macam dalam cite Ali Setan 1 tuh tapi bezanya aku masuk masa dah beranak pinak, dan separuh masa. Yang lagi mengindahkan cite ..masa ni aku tengah peknen 2 bulan..peknen lagi??!!Rezekii..terimo  yo lah...Ditakdirkan aku mendapat roomate dan classmate sepnjg aku orientasi itu juga tengah peknen..keempat-empat kami tengah peknen masa kami kat orientasi hari tuh..hahaha...

Jan 2014
Untuk pelajar PJJ USM diwajibkan menghadirkan diri ke USM setiap tahun selama 2 minggu untuk berjimba..haa...kao hado?? muahahahaha...berjimba dengan kelas dan ujian..takdenye la jimba seronok2 dehh tapi disebabkan aku dok bayang ijazah #aminnn# maka aku teruskan..#kipidap#dongibap#. Masa ni aku tengah 5 bulan nak masuk 6 bulan peknen..roomate aku masa intensif Gha namanya tengah tunggu hari. Dia ni pun ada kesah menarik yang aku akan share on next entry ..wahhh...OMEnglish haku!hahaha




Ahad, 5 Februari 2012

den pantang kojo last2 minit nih..

Haa...tu la deh! Dah la keje tuh aku belum termaktub kene buat last2 bising suh aku buat..apa cerr? ngamuk ape hei ni kakchik?begini critenye......

semalam..jumaat bos aku bagi keje pasai data tabika orang asli. Dia cuma tunjuk-tunjuk je  format tuh tapi tak kata dateline keje ni. Jadinya aku pun sibuk la buat keje lain..almaklum banyak kojo la katakan...klisee.. data tuh takde la aku ambik endah sangat..buat lebih kurang je ler. Dalam kui 1630 petang 1 called telah mari dari HQ di semban. menanya aku pasai tabika. Bila aku tanya format tuh dia lak tak paham. sudahnya aku lak yang kene explain kat dia mende alah tuh sebab aku pun tak paham yang mana dia nak. Ghopenye dia nak yang data pasai tabika yang bos aku suh buat pagi tadi. 

Hambek!!lagi beberapa minit nak balik dia tepon menanya. Aku cakap aku bagi keje tuh hari rabu tapi di bekeras nak hari senin atau selasa. Lupa kah dia senin dan selasa kami orang nogori bercuti? ke dia eager nak repot untuk dia siap so dia suh aku siapkan hari senin? huh!tak nak den datang opis ni luar waktu opis. Takut den!

Pueh aku betekak dengan dia baru la dia kata ok hari rabu.Naahhh...kan ke senang bro? Aku memang la akan buat keje tuh tapi tengok la masanya.Aku kalau keje last minit ni mula aku sakit kepala. akhirnya memang takde keje yang siap.Aku buat insyaallah keje tuh..tapi masuk keje rabu ni ye...

yang bos aku pun 1 heii...cakap la siang-siang pasai duedate keje tuh. Ni tak pasai-pasai aku lak sakit kepala pasai ni. HUH! x gomar den!

Sabtu, 4 Februari 2012

Derang lagi terer area utan nih...

khamis baru ni aku g site visit (macam YB daaa...) ke tabika kampung orang asli Kampung Batu Peti...jalan nak masuk kampung ni takde la susah benar. Jalan pun jalan tar..bukan la jalan tanah merah ke hapa ke ye..kiri kanan jalan dikeliling pokok getah. dalam perjalanan nak ke tabika ni aku ngan bos aku ternampak 2 orang budak kecik..aku rasa lingkungan umur sumaiyyah dengan sukainah. opkos la aku kesian dan risau kan sebab bebudak..duk dalam utan lak tuh. dalam kepala aku mula la dok pikir macam2.

aku saspek 2 beradik ni kot main-main kat luar rumah lepas tuh terus jalan sampai tak sedar terus sampai ke utan ni..aku saspek la..aku bajet bos aku ni nak berenti tapi dia tak berenti..slow-slow dia kedepan ...ehhh!!tak boleh jadi ni?!!terus aku beleter dengan dia bos..'stop lerr' last2 dia maleh dengar aku leter dia stop then tanya mana mau pigi? di bantainye nangeh la pulak..parah!

abih dah nangeh gitu kebetulan ada kete kat depan nak kuar makan kami pun tepaksa berlalu ke depan. Dalam pada tuh aku nampak ade sorang pompuan naek motor dan aku bajet ni mak derang nihh. Iyup!bila aku pusing belakang je memang mak derang sebab dia berenti nka ambik bebudak tuh. Lerrr...!!bertuah tui la mak dia!ade ke patut?

bos aku tuh ade gek cakap...bebudak ni lagi terer kawasan utan ni compare kita..hahahah...aku lupa yang aku deal dengan orang asli. Hutan kan mainan derang..

Muahahahahaa...macam mane leh lupa??