Khamis, 17 Mac 2011

kesayangan saya

Aku kembali! Semalam aku tengok blog aku..wallahh..bln Mac aku kosong..takde entri.Bagus sangat. Konon2nya sebok bebenor ler padahal kemalasan melanda tahap maksimum.
Ibu maiyakayna...WEKAPPP!!!

Entri yang ni aku nak cerita pasai kesayangan aku yang lain lak,.. tak lain tak bukan..
suami ku MR SHUBLI..gempak x?hehehe.
Dia ni la ayah kepada anak-anak dara aku tuh. Meh nak cite skit pasai laki kesayangan aku ni. This incik Shubli adalah original dari Kedah. Semangat utara dia ni sangat kuat walaupun dia dah berhijrah hampir 10 tahun ke Lonek. Mengapa aku cakap macam tu? Sepanjang aku kenal dia dari berkawan sampai dah jadi kawan sebilik dia ni loghat utara dia haram kot berubah.Jangan tanya la kalau bab makan..memang tak buleh lupa gulai kari tuh. Belum masuk lagi bab menum kopi yang pekat makes you-you...memang dia la jaguhnya. Dalam famili aku memang tak penah menum apatah lagi nak buat. Memang aku tak reti (ke ngko malehh??)jadi tanpa segan silu aku nak bongkar satu rahsia bahwasanya memula kawen aku telah belajar buat kopi dengan laki aku. Selepas 5 tahun kawen aku telah berjaya membuat kopi yang giler you-you
MySpace*mode-kembang idung

OOO...lupa lak nak bagi tau..nak ke tau? aku sebaya dengan dia ni. Nak ce cite sikit kesah aku zaman bujang dulu. Aku penah cakap aku tak kawen dengan laki yang sebaya aku kononnya laki sebaya ni selalunya yang aku jumpa perangai macam hampeh kelapa tua. Ngengado lobeh eh! Ok..memang tak semua tapi aku bercakap dari pengalaman aku yang rajin benor jumpa spesis macam ni. Tapi dah jodoh aku dapat juga yang sebaya TAPI laki aku ni tersangat la matang perangai nya. Alhamdulillah sangat2. Jodoh kan...mana nak tau..ingatkan tak kawen dah
MySpace, tak sangka lak sampai dah ada 2 anak.

Seantero Lonek tau yang aku ni duk berjauhan dengan dia ni.Wiken famili orang kata.Tapi jangan la pelik kalau kami berjaya juga mendapat dua anak. Memetik kata kutuk kawan aku " makin jauh makin bertambah ramai anak sebab jarang jumpa" lepas tu dia gelak tak hengat..itu dipanggey rezeki.

Dia ni dari muda sampai skang ni keje dia kekal abadi sebagai pesawah. Sian laki aku penat keje dia membanting tulang.. aku lak kejenye mengabehkan duit dia je..* istri mithali.. Skang kami telah maju setapak dengan mengusahakan kebun sawit. Dia ni memang berjiwa petanian. Aku tak kesah apa saja keje dia ni sebab aku kawen dengan dia bukan sebab keje dia tapi sebab DIA ADALAH DIA dan tentulah HALAL.

Aku rasa aku dah takde idea nak menconteng dah. Cukup2 la kot sebab aku letih toi menunggu anak ngan dia ni kuar dari tadi lagi tak balik. Jalan merata 2 beranak tuh.
Sebelum titik aku bagi korang tengok wajah kesayangan aku ni ye..ensem jauh macam Lonek ngan Copenhagen tapi manis dia tetap ada..huhu





p/s: sebhgian pic dia bersama istrinya yg gomok